Laporan Polis dari Unit Amal Bukit Gantang |
"Saya amat hairan dan pelik dengan ugutan dan fitnah jahat dari mereka yang membuat tuduhan mengatakan Unit Amal akan dicabar sekira hadir dalam program DSAI di Kemunting dengan mengatakan "Jika berani sila lah turun",sedangkan Unit Amal Bukit Gantang tidak terlibat langsung dengan program yang mereka bantah,maka saya rasa bertanggunjawap untuk membuat laporan polis kerana perkara ini serius" - Ujar Zainuddin.
Zainuddin juga menjelaskan bahawa Unit Amal bukanlah kumpulan samseng,ianya adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk kerja-kerja amal bagi semua pihak, cabar mencabar yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawap amat dikesali. Penugasan anggota Unit Amal dalam menjaga keselamatan dalam sesuatu program dilakukan dengan niat iklas bukan mencetuskan huru-hara sepertimana yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawap.
"Tindakan undang-undang susulan terhadap penulis artikal tersebut mungkin kita (Unit Amal) akan ambil sekira perlu dalam masa terdekat" - Ujar Zainuddin lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan