Terbarunya ialah dilaporkan segala maklumat mengenai manifesto dan senarai calon di Perak bagi UMNO BN telah bocor diketahui umum sebelum diumumkan secara rasmi.
Perkara ini disahkan sendiri oleh laporan blog upahan UMNO Munafikun. Ceritanya seperti berikut:
Pihak tak bertanggung jawab bocorkan manifesto BN Perak |
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pembocoran itu memberi peluang pakatan pembangkang menelitinya sebelum mengumumkan manifesto mereka minggu lalu.
Sikap tak bertanggung jawab
“Saya tidak mahu tuduh siapa yang bocorkannya, tetapi ini sikap tidak bertanggung jawab dan mereka pula bersikap tidak budiman (gentleman).
“Bersikap budimanlah sedikit,” katanya selepas melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Kontinjen Polis Perak di sini, semalam.
Zambry yang juga Menteri Besar tidak menolak kemungkinan manifesto yang dilancarkan pakatan pembangkang di negeri ini sebenarnya adalah manifesto BN negeri.
Manifesto belum muktamad
Beliau bagaimana pun berkata, manifesto BN yang dibocorkan itu sebenarnya belum dimuktamadkan lagi dan dalam proses semakan akhir.
Justeru, katanya, BN negeri akan melancarkan manifestonya secara rasmi tidak lama lagi bagi memberi pilihan kepada rakyat negeri ini menelitinya.
Katanya, beberapa elemen dalam manifesto itu sebenarnya sudah diterangkan kepada rakyat sedikit demi sedikit dalam beberapa perjumpaan bersama penduduk sebelum ini.
Beliau berkata, manifesto itu nanti akan memberitahu rakyat apa yang BN lakukan untuk kesejahteraan mereka selain meneruskan dasar mengutamakan rakyat yang dilaksanakan sejak empat tahun lalu.
Nama calon PRU 13 pun bocor
Sebelum ini senarai calon pun bocor ia menyebabkan parti pembangkang menghimpit mereka agar tidak bertanding dan ada yang ajak menyertai pembangkang,
Harap mereka yang dikenal pasti dapat dihumban keluar dari pejabat SUK.
.....................................
Orangni berpendapat, segala yang berlaku didalam UMNO BN Perak sekarang adalah tanda-tanda besar keruntuhan kerajaan HARAM yang dibentuk UMNO BN di negeri Perak.
Hancur UMNO Munafikun Al- Barisan Najis..!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan