Selepas PRU13 yang amat dramatik ber-blackout yang memenangkan BN,selepas Najib kelam kabut angkat sumpah jadi PM,ramai rakyat nampak jawatan menteri-menteri dalam kabinet Najib sekarang dah macam bidang sektor perkerjaan, boleh diminta-minta dan dipohon-pohon_agak rasa macam layak dilayak atau terlayak boleh isi borang SPA8 kemudian hantar kat Najib atau mereka yang ada kabel besar boleh terus jumpa Najib atau Rosmah untuk dapatkan sesuatu jawatan menteri.
Paling awal minta jadi menteri dalam kabinet Najib selepas PRU13 ialah menantu Pak Lah, Khairy Jamaludin dengan muka sekupang menawarkan diri konon-nya nak sesangat jadi menteri. Dan akhirnya dapat juga jawatan yang KJ idamkan dengan dilantik jadi Menteri Belia dan Sukan.
Pung_pang_pung_pang riuh gempita diperkatakan oleh rakyat,hinggakan penyokong UMNO sendiri pun fedup dengan cara KJ yang gila jawatan dan ramai ahli UMNO yang tidak setuju dengan perlantikan KJ.
Tak reda lagi pasal isu KJ minta jawatan menteri dan dah dapat pun jawatan tersebut....KINI..!!
Kedebom..!! Puak dari Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA ) pula minta jawatan menteri dari Najib_dah macam oder roti canai kat kedai mamak pula puak KIMMA ni buat untuk dapatkan jawatan menteri.
Macam-macam alasan dari Faruk Raju yang wakili KIMMA bagi kat Najib,konon-nya KIMMA banyak jasa dalam perjuangan BN dan konon-nya akan menyemarakan semangat BN jika ada wakil KIMMA ada dalam kabinet Najib.
Memang benarlah_semua yang berkerja dengan UMNO BN hanya nampak kebendaan,jawatan dan kesenangan masing-masing. Pasal rakyat mereka tolak tepi selepas dapat sedikit mandat berkuasa.
Tak mustahil lepas ni banyak lagi permohonan yang menjatuhkan maruah perjawatan menteri akan dapat didengar...Najib mungkin dah terjaga sedikit yang dia sekarang dikelilingi puak-puak yang gilakan jawatan...hahaha....
Ada baiknya jawatan menteri dalam kabinet Najib di Iklankan di media cetak dan dilaman web MyGomen_senang sikit puak dalam BN yang gilakan jawatan memohon jawatan menteri....hahaha....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan