Oooo.... rupanya YB Zahir Al Khalid DAKNA DAKNO menang sebab undi karung pos....hahaha...
Dari jumlah 3388 undi awal (dulu dipanggil undi pos) Zahir dapat 2649 dan Ust Fakharudin calon PAS dapat 739, mejoriti keseluruhan undi hanya 887 dan Ust Fakharudin menang bagi undi awam dengan perolehi 10,158undi manakala Zahir hanya dapat 9,135undi saja.
Ini bermakna Zahir boleh digelar YB Pos bagi DUN Kemunting....hahaha.....
Patutlah tiada sambutan atau majlis kesyukuran dibuat oleh UMNO Bahagian Taiping atau UMNO Kemunting selepas menang PRU13 lalu...khabarnya Zahir akan tetap jadi YB boneka oleh UMNO Bahagian Taiping.
apa tak nya..!! Sebarang peruntukan atau dana dari negeri atau pusat akan masuk karung Ketua UMNO Bahagian dulu (Shalimin) dan Zahir terpaksa jadi bangsat seperti penggal lepas juga kalau mahu menolong rakyat di Kemunting.
Inilah nasib YB Zahir yang dikatakan tak pandai cari makan dengan cara UMNO sepanjang jadi YB dalam UMNO,ramai yang kata Zahir ni menurun sikap perangai ayahnya juga yang pernah jadi YB dan berpegang dengan nasihat ayahnya supaya jadikan jawatan YB untuk jadi hamba kepada rakyat secara jujur,sedangkan member dikelilingnya ibarat buaya lapar yang suka ngap sama dan ngap sini.
Patutlah para pembodek UMNO sekitar Taiping tak berapa suka dengan YB Zahir,sebab orang nak jadi baik mana boleh hidup UMNO...hahaha....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan