Pengikut

Sabtu, 18 Mei 2013

Mental Ustaz Kazim Terganggu

Secara peribadi Orangni tak pernah menyangka mental ustaz Kazim amat lemah dan amat longlai...apapun Orangni tak menafikan,tahap ketahanan mental seseorang ada had dan ada tara-nya. Orangni pun tak terkecuali....hahaha...

Tetapi apa yang terjadi pada Ust Kazim yang tersiar didada media massa hari ini amat memeranjatkan, seorang Ustaz yang ada nama seperti selibriti mengaku tewas dengan fitnah yang didakwanya. Camana nak berjuang ustaz..? Jika dibandingkan dengan para pemimpin yang lain,baik dalam BN atau dalam PR_ ancaman,fitnah dan segalanya lebih dashyat lagi yang diterima dari berbagai pihak setiap masa.

Mengejutkan juga dakwaan Ust Kazim  bahawa ada ugutan bunuh, ini kes berat... Orangni syorkan perkara ini amat perlu diambil tindakan sewajarnya. Soal keselamatan bukan perkara mainan_ Di syorkan Ust Kazim buat laporan Polis atau pihak-pihak berkaitan politik pun buat laporan Polis. Biar pihak berkuasa siasat dakwaan ugutan tersebut.

Jangan kerana nak cari publisiti, ugut bunuh ini dibuat perkara main-main...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan