Ahad, 9 Jun 2013

Presiden MIC Jaga Lu Punya Mulut...!!!

Pengerusi Kelab Adun Barisan Basional (BN) Negeri Perak, Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib menggesa supaya Presiden MIC, Datuk G Palanivel tidak menggunakan isu Speker Dun Perak untuk mengukukuhkan kedudukan di dalam parti tersebut.

Beliau mendakwa, kenyataan berbaur ugutan daripada Palanivel sebelum ini hanya akan menjatuhkan kredibilitinya sebagai presiden di dalam salah satu parti komponen BN.

"Palanivel tidak boleh mencari alasan lain untuk mengembalikan popularitnya, termasuk mengheret urusan pentadbiran negeri dengan masalah politik yang sedang dihadapi beliau.   

"Tindakan Palanivel ini menggambarkan seolah-olah beliau bukanlah seorang presiden sebuah parti komponen dalam BN ," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terbaru, menurut laporan media MIC mengugut untuk menolak semua jawatan kerajaan di Perak di bawah pimpinan  Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dari Umno, jika jawatan Speker Dun tidak diberikan kepada salah seorang pemimpin mereka.  

Palanivel mengatakan partinya hanya akan kekal sebagai mesra Barisan Nasional (BN) di Perak akan tetapi tidak akan menerima sebarang jawatan dalam Exco di negeri dipimpin Umno itu.  

Parti itu juga akan menolak pelantikan jawatan pegawai khas dan penasihat kepada Menteri Besar kata Ahli Parlimen Cameron Highland itu. 
 
"Apabila pembangkang mengetuai kerajaan negeri Perak, jawatan Speaker diberikan kepada orang India," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Khusairi yang juga Ahli Parlimen Tanjong Malim berkata Palanivel perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan menghormati jawatan yang dipegangnya sebagai salah satu parti komponen BN.
.................................


Ini sikit lagi kisah MIC dan UMNO Perak Sebelum PRU yang lalu, kekecohan semua orang tahu  tentang Zambry Kadiaq akan mengurangkan kerusi MIC kepada 2 kerusi Dun berbanding 4 pada 2008. 

Dalam PRU-13  lepas MIC hanya menang satu kerusi Parlimen di Tapah yang di wakili oleh Datuk M. Saravanan dan kalah buat kali kedua di Sungai Siput yang diwakili oleh Datuk SK. Devasamy. 

2008 MIC juga kalah semua 4 kerusi iaitu di Pasir Panjang, Behrang, Hutan Melintang dan Sungkai. 

2013 sekali lagi MIC kalah di semua 3 kerusi Dun iaitu Buntong, Jelapang dan Hutan Melintang 

Ramai orang UMNO anggap  MIC wajar buat kerja saja  untuk kedudukan parti sebelum bercakap soal boikot atau nak bising mahukan jawatan dalam kerajaan negeri.

Dalam tahun 2010 juga MIC hanya berjaya mendaftar pengundi sebanyak 179 orang sahaja. 

Ia menunjukkan MIC Perak berada ditahap yang sangat lemah pada pandangan UMNO Perak. 

Jadi UMNO Perak sekarang menganggap MIC hanya bikin sibuk saja dalam BN Perak...hahaha...

Ini adalah malapetaka kebiasaan kepada UMNO BN.
Amat jelas Pemimpin BN saling tidak mempercayai antara satu sama lain.
BN PARTI MEMPERJUANGKAN
PERKAUMAN
Datuk G Palanivel sila jaga lu punya mulut...sebab UMNO tarak suka lu cakap lebih-lebih...hahaaa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan