Isnin, 8 Julai 2013

Atlet Wanita Mabuk Di Rogol Rakan Bergilir-GIlir : KJ SALAHKAN JURULATIH/PENGURUS PASUKAN

PENGURUS dan jurulatih harus bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan disiplin yang baik dalam kalangan atlet bagi menjamin tiada insiden salah laku.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai jurulatih dan pengurus pasukan, mereka bukan sahaja memberikan nasihat dalam bidang sukan yang diceburi, malah menjadi model yang baik kepada atlet.
“Ini penting terutama membabitkan atlet pelapis, sebagai jurulatih yang berpengalaman seharusnya memberikan contoh yang baik kepada atlet mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan atlet negara di pejabatnya di Putrajaya semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kes seorang pegawai pengiring skuad bola baling Wilayah Persekutuan yang mendakwa dirogol di Perkampungan Sukan Malaysia (Sukma) 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Rabu lalu.
Susulan laporan yang dibuat mangsa, polis menahan tiga atlet bola baling lelaki Sukma 2013 bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol yang dilaporkan di Perkampungan Sukan tersebut.
Khairy berkata, laporan yang diterima mendapati sebelum kejadian itu berlaku, individu terlibat dikatakan membawa masuk minuman keras ke Perkampungan Sukan, malah diketahui jurulatih mereka.
“Apa yang jurulatih buat. Saya mendapati mereka (jurulatih dan pengurus pasukan) gagal dalam memberikan contoh yang baik kepada atletnya,” tegasnya.- BERNAMA
.....................
Contoh yang baik dari KJ / Ketua Pemuda UMNO....hahaha...
Atlet sukan di rogol cemar SUKMA 
ATAU 
Atlet sukan minum arak cemar SUKMA..??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan