Simunjan, 25/7/2013 – Seorang lelaki ternyata mempunyai kekuatan luar biasa apabila dia ditemui masih bernyawa walaupun kemaluan, perut dan tangan kirinya cedera parah selepas terkena tembakan daripada selaras senapang patah ketika keluar berburu rusa di dalam hutan Kampung Kepayang di sini kelmarin.
Kejadian pukul 3.30 petang itu berlaku ketika Narawi Uji, 40-an, pergi memburu rusa bersendirian di dalam hutan tersebut sejak Isnin lalu sebelum dia dikatakan tergelincir lalu terjatuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, ekoran itu, senapang yang disandang mangsa terlepas dan terhentak ke tanah sebelum ia melepaskan satu das tembakan.
“Tembakan itu mengenai kelengkang mangsa hingga mengakibatkan saluran kencingnya hancur manakala perut dan tangan kirinya cedera. “Mangsa kemudian sempat menghubungi rakannya menggunakan telefon bimbit yang dibawanya.
Rakannya tiba sejam kemudian sebelum bergegas membawa mangsa ke Hospital Simunjan yang terletak kira-kira 40 kilometer dari hutan tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan