Jumaat, 12 Julai 2013

Ummat ISLAM Ipoh Ditindas, Dataran MBI Khas Untuk Hiburan SAHAJA



Niat untuk mengadakan solat tarawih dan tazkirah sepanjang Ramadan di padang Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak kesampaian apabila permohonan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditolak.
        
Ahli Jawatankuasa Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Cawangan Perak, Roslan Ali berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan pada 17 Jun lalu untuk mengadakan projek transformasi bagi menyatupadukan masyarakat Islam melalui majlis keagamaan.
        
Menurutnya, ia adalah program kali pertama dilaksanakan di luar masjid dan merupakan pendekatan baru untuk berdakwah secara santai sepanjang Ramadan.
        
“Kami melihat lokasi di padang Dataran MBI sangat sesuai memandangkan ia di tengah bandar raya, selain menyediakan pelbagai kemudahan untuk  orang ramai.
        
 “Selepas membeli belah dan berbuka puasa di Dataran MBI, mereka boleh terus berjemaah dan bersolat tarawih sambil mendengar tazkirah di sini,”katanya.
        
Beliau berkata, pihaknya turut menjemput Imam bertaraf Al-Hafiz dari Bangladesh untuk mengetuai solat tarawih yang bakal diadakan nanti.
        
Katanya, permohonan mereka bagaimanapun telah ditolak melalui satu pesanan khidmat ringkas (SMS) beberapa hari lalu yang dihantar pegawai yang bertanggungjawab tanpa memberi sebarang alasan.
        
“Saya terkilan juga sekurang-kurangnya berilah jawapan bertulis. Saya mahukan penjelasan mengapa permohonan ini ditolak sedangkan sebelum ini, pelbagai bentuk hiburan boleh diadakan di lokasi sama.
        
“Saya sangat berharap pihak berkenaan dapat memberi keizinan untuk kami adakan solat tarawih di Padang Ipoh selama dua hari sebagai ganti kepada cadangan asal sebelum ini yang ditolak,” katanya.

Ada orang islam yang "PANAS" bila alunan al-quran dan zikrullah dialunkan di tempat2 awam....  lagi panas bila dengar tazkirah... Islam x dapat dikembangkan sebab masih ramai orang islam yang benci melihat ISLAM itu mahsyur....  lainlah konsert untuk belia ...bercampur2 dengan bukan mahram...itu baru lah terbaik.
Orangni yakin kalau Media Prima TV3 mintak kelulusan nak buat jom heboh gerenti lulus dalam 5 minit je..................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan