Ada kalanya otak jahat aku bermain-main dengan persoalan tentang sahabatku...
Sehebat-hebat Hj Suhaimi sebagai pejuang rakyat yang tak mengenal siang dan malam - merempuh berbagai halangan - menerima berbagai tekanan dan tahanan.
Kini beliau hanya terlantar menentang kesakitan sepanjang hari hampir sebulan sudah di wad biasa HosSHAS Temerloh.
Tak adakah buah fikiran dari permimpin PR untuk menempatkan beliau di tempat perubatan yang lebih selesa - Inilah nasib manusia yang usianya dihabislan dengan memperjuangkan rakyat terutamanya masyarakt Felda dan Orang Asal.
Kalau tokoh pejuang rakyat sehebat ini hanya terlantar di wad biasa dengan perubatan yang biasa - Bagaimana kalau aku yang tidak ada satu habuk pun sumbang kepada parti dan rakyat?
Inilah pemikiran otak jahat aku untuk mereka yang mendabik dada sebagai pejuang rakyat.
Mungkin Hj Suhaimi bukan seorang rakyat yang sepatutnya diperjuangkan hidupnya oleh Pakatan Rakyat.
Ohhh jika aku saeorang yang kaya dan ada sedikit kuasa - aku akan hantar sahabat ku ini ke luar negara untuk perubatan yang lebih baik.
Kini aku dan keluarga aku hanya mampu berdoa agar sahabat ku ini segera sembuh dan turun ke medan rakyat ... APA MACAM?
- Pak Jabit atau Man Kadir dalam FBnya.....
*** Korang fikirlah sendiri segala luahan Pak Jabit ataupun dikenali Man Kadir.....
Demi kebajikan parti...tenaga,masa dan segalanya dikerah,tapi kebajikan diri seorang pejuang parti selalu dibuat lupa oleh parti....
Jika seorang pejuang marhain meminta akan dikatak tidak ikhlas dan kalau merunggut pun dikatakan tidak ikhlas,tapi kalau parti merunggut,pejuang akan bingkas.....siapakah kita dan siapakah parti..?
Pendapat aku...Luahan Pak Jabit Memang Betul,PR ibarat macam Kacang Lupakan Kulit selepas demam PRU..!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan