Allah mengizinkan untuk beliau menjadi tetamu-Nya. Tentunya berkat sabar, ikhlas, jujur dan tamakninah menghadapi cabaran dan dugaan hidup yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh Yang Maha Berkuasa.
Pada sisi lain Wan Temela selayaknya adalah antara mereka yang sepatutnya menerima Dana 1AZAM (Program Akhiri Zaman Miskin) yang dilancarkan pada 2010 dengan peruntukan 100 juta.
Tapi dana itu kabarnya (sebagaimana diberitakan dalam suratkabar hari ini) telah diselewengkan oleh mereka yang diberi amanah atau dipertanggungjawabkan. Mereka yang disyaki terlibat dengan penyelewengan itu ialah Bekas Setiausaha Politik BEKAS menteri bersama enam lelaki lain.
Beliau juga adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri. Turut di sita bersamanya ialah 10 kenderaan termasuk kereta mewah yang ketika ini diletakkan di perkarangan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM).
Siasatan masih diteruskan oleh SPRM. Soal mereka terbukti bersalah atau tidak, itu bab lain. Kadang-kadang disebabkan masalah teknikal atau kepintaran peguambela memutar belitkan hujah, pesalah yang sepatutnya dihukum gantung sampai mati boleh dibebaskan kerana 'ada keraguan munasabah' .
Isunya, kepada siapa lagi rakyat harus meletakkan kepercayaan jika jentera pemerintahan dan tidak mustahil menteri sendiri terbabit dengan penyelewengan atau salah guna kuasa.
Penyelewengan yang sedang ditangani oleh SPRM itu tentunya berlaku ketika Bekas menteri masih menjadi menteri dan bekas Setiausaha Politik masih menjawat jawatannya.
Hal ini memberi isyarat BAHAWA tidak mustahil penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa juga boleh berlaku atau sedang berlaku pada menteri menteri yang lain atau jabatan mahu pun kementerian dan juga agensi di bawah mana mana kementerian.
Tidak terkecuali kementerian atau jabatan yang berkaitan keagamaan. Begitulah, siapa pun boleh bertukar menjadi dajal (buta mata hati=sukma=jiwa insani) apabila pangkat, kedudukan, wang (harta) menjadi kiblat dalam kehidupannya.
Dan Wan Tamela adalah bukti kejujuran, keikhlasan, ketabahan yang dihimpun berpuluh tahun untuk dilafazkan di hadapan Kaabah...aku datang kepada Mu ya Allah...Aku datang tanpa syirik....(Labaikallah huma labaik.....). Semoga mereka yang mengkhianati bangsa, agama dan negaranya menerima ganjaran setimpal dengan apa yang telah dikerjakannya....
Sumber - FB Khalid Salleh
Sumber - FB Khalid Salleh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan