Rasanya selepas selepas PRK kat Sungai Limau selesai SPR mungkin boleh buat PRK kat Linggi N9 pula...sebab dah jadi trend sekarang bila ada PRK saja penduduk disekitar tersebut akan dapat habuan segera dari para pemimpin UMNO BN yang mempunyai kuasa memberi peruntukan.
Mungkin ada yang kata cam mana nak buat PRK sebab tiada kekosongan kerusi bagi DUN atau Parlimen..bagi Orangni senang je_suruh ADUN atau wakil rakyat tu letak jawatan segera supaya senang nak bagi rakyat dapat bantuan...hahaha...
Dalam PRK Sungai Limau memanglah wajib dibuat PRK kerana kekosongan kerusi DUN tersebut sebab pemergian Allhyarham Ust Azizan.
Tapi tengoklah apa yang berlaku kat Sungai Limau sekarang...Pak Menteri dengan mengunakan kuasa menteri turun berkempen dengan menabur berjuta-juta-juta ringgit konon nak bantu rakyat_ (Malas nak senaraikan jumlahnya...hahaha...) Pendek kata kepala paip kat rumah pengundi rosak pun Pak Menteri UMNO boleh bagi peruntukan berjuta-juta.
|
Keratan dari Sinar |
DUN Linggi adalah salahsatu contoh patut buat PRK sebab masaalah air paip berkarat,tapi tiada tindakan dibuat setelah bertahun-tahun berlaku serta laporan pun dah buat,jadi wajarlah diadakan PRK. Mohon ADUN N32, Linggi, Abd Rahman Mohd Redza (UMNO BN) kosongkan kerusi DUN untuk kepentingan rakyat di DUN Linggi.
|
DUN Linggi wajar buat PRK |
Apapun mungkin banyak lagi tempat lain pun wajar buat PRK dinegara ini terutamanya dikawasan rakyat yang dihimpit masaalah yang berlarutan seperti di Sabah dan Sarawak yang menjadi masaalah tradisi iaitu masaalah jalan perhubungan yang sangat menyedihkan. So PRK adalah jalan terbaik supaya mudah dapat bantuan dari Pak Menteri UMNO BN.
|
Sabah juga perlu adakan PRK |
YB yang rasa tak mampu bantu rakyat sila letak jawatan dan buat PRK untuk rakyat senang...hahaha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan