Jumaat, 4 Oktober 2013

Semoga Kenderaan Pusat Khidmat Baru Ahli Parlimen Bukit Gantang Selamat

Kenderaan untuk berkhidmat kepada rakyat Bukit Gantang untuk bawa barang-barang bantuan kepada  yang memerlukan. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan beri kekuatan dan kesihatan kepada YB Ust Idris Haji Ahmad Ahli Parlimen Bukit Gantang untuk melaksanakan amanah parti kepada beliau... Tahniah YB...

Sebelum ini kenderaan Pusat Khidmat Bukit Gantang pernah diserang oleh samseng belaan UMNO

Sekadar mengimbau kes Samseng taik minyak UMNO Bukit Gantang:
Pada pagi 19 Februari  2013 sebuah kenderaan Pusat Khidmat  telah  di-ketuk corong pembesar suara oleh seorang samseng taik minyak UMNO Bukit Gantang yang tidak berpuas hati dengan kehadiran kenderaan tersebut berhampiran kedai kopi haram miliknya, dikatakan samseng tersebut  bernama Abdul Malik bin Arifin berbaju hitam memukul mengguna  senjata keras besi atau kayu berukuran 6 kaki panjang.

Bagaimana pun  Ustaz Idris Ahmad  ( MP YB Bukit Gantang Sekarang) yang berada dalam kejadian tersebut melarang membalas tindakan pihak terhadap samseng tersebut,beliau juga melarang   menghasut pemuda -pemuda atau mana-mana pihak untuk membalas tindakan samseng itu. Satu laporan Polis telah dibuat untuk kes tersebut - Info SisiBukit




Tiada ulasan:

Catat Ulasan