Sabtu, 8 Februari 2014

Gambar keadaan patung lilin yang terbakar di-The Red Carpet Wax Museum di i-CT mengerunkan

Menggerunkan
Beginilah rupanya patung lilin Her Majesty Queen Elizabeth II yang telah dirosakkan akibat perbuatan khianat di The Red Carpet Wax Museum di i-CT, Shah Alam  pada pagi Jumaat 07 Februari 2014. 

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 02:37 hrs dan kebakaran dapat dikawal pada jam 03:31 hrs.  Kejadian berlaku ketika pasukan keselamatan tiada ditempat kejadian dan sedang melakukan rondaan. Pelaku memasuki muzium berkenaan melalui pintu keluar yang tidak diletakkan pengawal keselamatan. Memang tiada pengawal keselamatan diletakkan dipintu keluar kerana menurut pihak pengurusan keutamaan keselamatan adalah untuk para pengunjung sahaja dan kejadian seperti ini tidak pernah dijangkan.

Dalam kejadian ini sebanyak 10 patung lilin telah dirosakkan termasuklah patung lilin Perdana Menteri Malaysia pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Nelson Mandela, Barack Obama, Mao Zedong, Vladimir Putin, Jackie Chan, Yasser Arafat, Prince William and Catherine Middleton. Buat masa ini belum ada lagi tangkapan yang dibuat dan motif sebenar sipelaku dalam kejadian ini masih lagi menjadi tandatanya. Rakaman CCTV kejadian ini tidak begitu jelas untuk mengenalpasti individu yang melakukan perbuatan berkenaan. 

Ketua Pegawai Eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew dalam kenyataannya yang dikeluarkan oleh The Malay Mail hari ini memaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih sedang giat dilakukan dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua bulan. Kerugian dianggarkan oleh pihak berkuasa berjumlah RM10 juta walau bagaimanapun beliau enggan membuat sebarang komentar berhubung perkara tersebut cuma menyatakan beberapa juta sahaja. Tambah beliau lagi, Patung lilin Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah patung lilin yang paling mahal diantara patung-patung lilin yang ada di muzium ini.

Datuk Eu memaklumkan bahawa kerja baik pulih harus dilaksanakan dengan kadar segera kerana muzium ini merupakan salah satu daripada daya tarikan pelancung dari dalam dan luar negara terutamanya dalam program Tahun Melawat Malaysia 2014. Beliau beranggapan kejadian ini sebagai satu pengkhianatan kepada muzium berkenaan kerana sipelaku tahu apa yang perlu dilakukan dan telah menggunakan bahan kimia yang betul untuk memusnahkan patung lilin berkenaan.  Menurut beliau lagi, patung lilin tersebut tidak akan mudah terbakar kecuali menggunakan bahan-bahan kimia yang tertentu sahaja.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato' Abdul Rahim Jaafar pula memaklumkan bahawa pihak polis masih lagi mengkaji rakaman CCTV kejadian tersebut.

Sumber : The Malay Mail 
..............................

Hukum Membuat Patung

Menyerupakan dengan Ciptaan Allah
Menurut jumhur ulama dari madzhab Hanafiyah, Syafi’iyah dan Hambali berpendapat akan haramnya membuat shuroh, baik itu gambar tiga dimensi (yaitu patung), begitu pula gambar selain itu. Bahkan Imam Nawawi katakan bahwa haramnya hal ini adalah ijma’ (kata sepakat ulama). Namum klaim ijma’ tersebut tidaklah tepat karena ulama Malikiyah menyelisihi dalam hal ini. Pendapat mayoritas ulama inilah yang lebih tepat berdasarkan dalil-dalil larangan membuat sesuatu yang serupa dengan ciptaan Allah.
Dalil-dalil larangan yang dimaksud adalah sebagai berikut.
‘Aisyah radhiyallahu ‘anha menceritakan,
قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – مِنْ سَفَرٍ وَقَدْ سَتَرْتُ بِقِرَامٍ لِى عَلَى سَهْوَةٍ لِى فِيهَا تَمَاثِيلُ ، فَلَمَّا رَآهُ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – هَتَكَهُ وَقَالَ « أَشَدُّ النَّاسِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الَّذِينَ يُضَاهُونَ بِخَلْقِ اللَّهِ » . قَالَتْ فَجَعَلْنَاهُ وِسَادَةً أَوْ وِسَادَتَيْنِ
Pernah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam datang dari suatu safar dan aku ketika itu menutupi diri dengan kain tipis milikku di atas lubang angin pada tembok lalu di kain tersebut terdapat gambar-gambar. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat hal itu, beliau merobeknya dan bersabda, “Sesungguhnya orang yang paling berat siksanya pada hari kiamat adalah mereka yang membuat sesuatu yang menandingi ciptaan Allah.” ‘Aisyah mengatakan, “Akhirnya kami menjadikan kain tersebut menjadi satu atau dua bantal.”  (HR. Bukhari no. 5954 dan Muslim no. 2107).
Dalam riwayat lain disebutkan,
إِنَّ أَصْحَابَ هَذِهِ الصُّوَرِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُعَذَّبُونَ ، فَيُقَالُ لَهُمْ أَحْيُوا مَا خَلَقْتُمْ
Sesungguhnya pembuat gambar ini akan disiksa pada hari kiamat. Dikatakan pada mereka, “Hidupkanlah apa yang telah kalian ciptakan (buat).” (HR. Bukhari no. 2105 dan Muslim no. 2107)
Dalam riwayat lain disebutkan,
إِنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَابًا عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمُصَوِّرُونَ
Sesungguhnya orang yang paling berat siksanya di sisi Allah pada hari kiamat adalah al mushowwirun (pembuat gambar).” (HR. Bukhari no. 5950 dan Muslim no. 2109).
Hukum Membuat Patung
Shuwar (gambar) dibagi menjadi dua macam yaitu bentuk 2 dimensi dan bentuk 3 dimensi (patung). Yang kita bahas adalah jenis yang terakhir.
Mengenai hukum membuat bentuk tiga dimensi (patung), mayoritas ulama -selain Malikiyah-mengharamkannya karena berdalil dengan dalil-dalil di atas. Dikecualikan untuk mainan anak-anak, sesuatu yang dianggap remeh (dihinakan), begitu pula sesuatu yang sifatnya temporer (tidak permanen) seperti jika dibuat dari manis-manisan dan adonan roti.  
Alasan diharamkannya membuat gambar dan patung:
1- Menandingi Allah dalam mencipta.
2- Dapat menjadi perantara untuk berlebih-lebihan terhadap selain Alllah dengan mengagungkannya lebih-lebih patungnya adalah patung orang sholih.
3- Menyerupai orang musyrik dalam membuat patung walau patung tersebut tidak disembah. Jika sampai disembah, maka lebih jelas lagi terlarangnya.
Yang termasuk dalam larangan adalah untuk patung yang memiliki ruh yaitu manusia dan hewan, tidak pada tumbuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan