Kerajaan Negeri Perak telah menetapkan bahawa Cuti Umum Negeri Perak sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Ahah Al-Magfur-Lah Perak ditetapkan pada tanggal 27 November setiap tahun. Sebelum ini Cuti Umum Negeri Perak sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak (Almarhum Tuanku Azlan) disambut pada tanggal 19 April. Tarikh berkenaan dipilih hasil daripada keputusan yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bersidang pada 09 Julai 2014.
DYMM Tuanku Nazrin Muizzuddin Shah diputerakan pada 27 November 1956 di Georgetown, Pulau Pinang. Baginda dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke- 35 dalam usia 58 tahun pada 29 May 2014 berikutan kemangkatan Ayahanda baginda pada 28 May 2014. Secara kebetulan, tahun ini dua kali Negeri Perak Cuti Umum sempena Sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
Sumber :- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Fan Page
Tiada ulasan:
Catat Ulasan