Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Malaysian Airlines (MAS). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysian Airlines (MAS). Papar semua catatan

Selasa, 25 Mac 2014

MH370 : Inilah wajah isteri Kapten Zaharie yang akan disoalsiasat oleh FBI

-----------------
Polis telah membuat soalsiasat terhadap lebih dari 100 individu dalam penyiasatan kes kehilangan pesawat MAS, MH370 sejak 8 Mac yang lalu.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein menjelaskan soalsiasat itu turut melibatkan isteri dan keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Co-Pilot Fariq Abdul Hamid.
Faizah Khan sewaktu muda
Dilaporkan tiada kesangsian yang timbul mengenai pembantu juruterbang. Isteri Zaharie, Faizah Khan dijangka akan disoalsiasat oleh petugas Biro Persekutuan Amerika (FBI).

Kehidupan peribadi juruterbang dikatakan kompleks, termasuk status hubungan di kalangan ahli keluarga serta kepercayaan politiknya. -- MMH


Sabtu, 15 Mac 2014

MH370 dan Anwar Ibrahim

...........
Anwar Ibrahim adalah ikon demokrasi secara meluas popular dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang didakwaan atas tuduhan liwat dilihat oleh ramai rakyat Malaysia sebagai penganiayaan politik. 
 Ahli politik  mengatakan ianya kempen, pencabar utama untuk parti pemerintah Malaysia, (Anwar Ibrahim) adalah mangsa kempen memburuk-burukkan yang sudah lama berjalan dan telah menghadapi tuduhan yang direka-reka. 
Kapten Shah, yang dianggap telah menghadiri perbicaraan dalam jam Putrajaya sebelum terbang, adalah dianggap marah dengan keputusan itu. 
Rakan sekerja telah memberitahu penyiasat juruterbang veteran adalah seorang aktivis sosial yang lantang dan kuat dalam sokongannya terhadap Ibrahim. 
Penyiasat berkata: 'Kami sedang mengkaji teori bahawa kepercayaan politik Zaharie mungkin jadi satu faktor. Terdapat sensitiviti yang besar sekitar ini tetapi kami tidak mampu untuk tidak meneruskan sebarang sudut dibawa kepada perhatian(siasatan) kami. ' 
 http://www.dailymail.co.uk/news/article-2581817/Doomed-airliner-pilot-political-fanatic-Hours-taking-control-flight-MH370-attended-trial-jailed-opposition-leader-sodomite.html#ixzz2w6J5u4z4
Nota Orangni: Semakin tak tau apa nak cakap,nak komen,nak soal atau nak tanya... sebab macam berskrip pula dilihat semua ini.... adakah #MH370 akan diseret ke isu politik tanahair yang sudah dibusukan oleh UMNO BN sejak sekian lama..??

Ahad, 9 Mac 2014

Kecoh..!!! UMNO Perak tak ambil tahu #MH370 sebab Zambry Kadir benci sangat kat Hamidah Osman..??


Dikala sekarang ini seluruh rakyat Malaysia berduka dengan tragedi yang masih misteri dengan kehilangan pesawat #MH370 yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi Sabtu.
Nampaknya UMNO Perak dengan dunianya sendiri, mereka tak minat pasal #MH370..sebaliknya mereka lebih suka bertengkar,bergaduh  dengan persoalan dan luahan seorang mantan ADUN Sungai Rapat Dato Hamidah Osman yang mempersoalan di laman FB beliau. 

Hamidah hairan kenapa MB Zambry Kadir tersangat benci kepadanya dan apa dosa-nya kat Zambry.... satu luahan dan soalan yang Orangni sendiri tak boleh jawap...hahaha...

Status yang dimuatnaik pada 6 Mac itu nampaknya menjadi hangat dengan komen-komen hingga sekarang....hingga berlaku tuduh menuduh,sindir menyindir dan hentam menghentam sesama sendiri dan paling bestnya...depa turut membalun Zambry Kadir....Habis adik,abang dan kakak riuh rendah bertengkar...
Ambik Kau...UMNO hentam MB dari UMNO sendiri....hahahaha...

"Sy x faham kenapa MB Perak benci sgt kat sy... Apa dosa sy kat dia??" - Status FB Hamidah Osman.
UMNO Perak dah tak ambil tahu kejadian #MH370...mereka sekarang sibuk bergaduh sesama sendiri...hahaha...


MH370 : Dunia bercerita mengenainya...

Boleh dikatakan mejoriti media massa dari laman cetak dan laman web hari ini mengisi ruang tajuk utama mengenai Penerbangan MH370 MAS, yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi Sabtu.
Akhbar di Australia, The Australian memaparkan tajuk 'Flight Families Pray for Miracle', sementara Sydney Morning Herald pula menggunakan 'Oil slicks Found at Sea in Search for Malaysia Jet' sebagai tajuk laporan muka depannya.
Muka depan akhbar USA Today pula memaparkan tajuk 'Stolen Passports Add to Flight Mystery'.
 
Akhbar yang diterbitkan setiap Ahad di Britain, The Observer dalam laporan muka depannya menggunakan tajuk 'Oil Slicks Spotted in Sea as Plane Disappears with 239 Feared Dead' 
Turut menjadikan insiden sebagai laporan muka depan ialah The New York Times dengan tajuk 'Passport Theft Adds to Mystery of Missing Jet Carrying 239', manakala laporan Washington Post pula bertajuk 'Passport Mystery Adds to Concern over Missing Jet' 
Laporan muka depan Beijing Bulletin pula menggunakan 'Passengers with Stolen Passport on Board Malaysian Airlines Flight' sebagai tajuk. 
Tidak ketinggalan akhbar Chicago Tribune yang memaparkan laporan muka depan bertajuk 'Malaysian Airlines Says Fearing the Worst for Missing Jet'. 
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal dilapor hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 
Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China. - BERNAMA

...................
Tahniah dan syabas kepada mereka yang menyiapkan hasil seni grafiti dan ini lah mesej semua warga Taiping Perak kepada penumpang-penumpang yang berada di dalam pesawat #MH370 


Sabtu, 8 Mac 2014

MH370 : Apa kita tahu dan tidak tahu....

Ahli keluarga penumpang MH370 turut berkumpul di Lapangan Terbang Beijing, China bagi mendapatkan berita terkini. - Gambar Reuters.Penerbangan MH370 masih lagi hilang lebih 24 jam dengan 239 penumpang dalam pesawat, pihak berkuasa memperluaskan usaha mencari dan menyelamat ke seluruh Laut Cina Selatan dan termasuklah Selat Melaka.
Pesawat Malaysian Airlines (MAS) Boeing 777-200ER berlepas pada 12.40 pagi pada Sabtu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi gagal tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.


Di bawah adalah apa yang kita tahu mengenai MH370:

* Penerbangan Malaysia Airlines terputus hubungan selepas berlepas dan lokasi terakhir yang diketahui adalah di luar Kota Baru.
* Tiada isyarat kecemasan atau tanda cuaca buruk.
* Penerbangan KL-Beijing membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
* Dua penumpang dalam penerbangan menggunakan identiti palsu.
* Dua lagi penumpang mempunyai identiti yang tidak dapat disahkan. [ Kini menjadi 4 ..??]
* Juruterbang pesawat berpengalaman.
* Pesawat tersebut menjalani pemeriksaan 10 hari lalu.
* Pesawat tersebut akan kehabisan minyak sekitar jam 8 pagi pada Sabtu.


Apa yang kita tidak tahu mengenai MH370:
* Di mana pesawat tersebut hilang?
* Apa yang berlaku apabila pesawat tiba-tiba terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara?
* Mengapa transponder kecemasan tidak berfungsi?
* Adakah ia berada di perairan Malaysia atau di lokasi lain?


Berikut berita tidak disahkan yang boleh dikaitkan dengan MH370:
* Apakah kesan tumpahan minyak dan kepulan asap dikesan oleh tentera laut Vietnam?
* Perbualan dengan industri minyak berkata pekerja di pelantar minyak Talisman Energy sekitar Blok PM-3 CAA melihat sesuatu terhempas ke dalam laut.
* Adakah pasport yang dicuri dikaitkan dengan pengganas?


Berikut berita petanda lain:
SEPANG , KOMPAS.COM - Berita terbaru yang boleh memberi petunjuk penting bagi kewujudan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH370 yang hilang pada Sabtu (8/3/2014) baru saja diterima. 
New Straits Times Malaysia melaporkan, seorang pilot pesawat Boeing 777 yang terbang 30 minit lebih awal dari MH370 memberitahu bahawa dia berkomunikasi dengan awak pesawat MH370 sesaat sebelum pesawat itu menghilang. Pilot yang meminta identitinya dirahsiakan itu berkata, dia diminta oleh petugas air traffic control Vietnam untuk cuba menghubungi MH370, kerana pihak berkuasa tempatan tidak boleh menghubungi pesawat itu. "Pihak berkuasa mengalami kesulitan menghubungi mereka, pesawat saya sudah berada di atas wilayah udara Vietnam dan saya diminta membantu menghubungi". Pilot yang sedang menuju ke Lapangan Terbang Narita, Tokyo itu mengaku berjaya berkomunikasi dengan MH 370 kira-kira pukul 01.30 Sabtu awal hari. Pilot itu menanyakan, apakah MH370 sudah memasuki wilayah udara Vietnam atau belum. "Saya yakin itu suara co-pilotantara Kapten Zaharie atau Kapten Fariq, namun suara yang agak statik, ada banyak interference , dan mumbling (merungut) ".Setelah itu, komunikasi hilang . Pilot itu meyakini bahawa suara itu bahkan boleh didengar oleh kapal-kapal di laut di bawah mereka. Dia mengira tidak ada masalah serius, memandangkan kehilangan kenalan adalah perkara biasa. "Jika Kapten Zahari mengalami kesulitan, pastilah dia akan mengeluarkan panggilan MayDay. Namun saya tidak mendengar apa-apa sama seperti yang lain".
 http://internasional.kompas.com/read/2014/03/09/1024178/Pilot.Pesawat.Lain.Berkomunikasi.dengan.MH370.Sesaat.Sebelum.Hilang