Siapa yang mengalu-alukan kedatangan Bomoh untuk mencari #MH370?
Pengikut
Khamis, 13 Mac 2014
MH370: Terbongkar siapa yang minta BOMOH datang KLIA...??
Siapa yang mengalu-alukan kedatangan Bomoh untuk mencari #MH370?
MH370: Saksikan Video bukti jasa & bakti Raja Bomoh kepada UMNO
Kisah Raja Bomoh UMNO: MH370: Amalan Khurafat dan tahyul bomoh Malaysia dapat perhatian media massa negara Arab
Saksikan vedio bukti Raja Bomoh bersetonggkol dengan UMNO Munafiq sekian lama.....
Rabu, 12 Mac 2014
MH370: Bomoh-bomoh akan dikerah bantu cari pesawat oleh Menteri..???
Dengan tidak disangka-sangka Menteri UMNO yang pegang folio Agama kata tak salah guna khidmat bomoh...apa punya malang umat Islam negara ini mendapat menteri yang konon-nya jaga kepentingan dan maruah Islam mempertahankan bomoh..jika menteri itu bukan Islam tidak jadi masaalah,tapi Menteri yang bernama Jamil Khir Baharom keluarkan kenyataan begitu..
Apa mungkin juga selepas ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Si Jamil Khir akan keluarkan arahan untuk kerahkan bomoh-bomoh mencari pesawat yang hilang tersebut...
![]() |
| Keratan akhbar: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140312/dn_18/Tidak-salah-guna-khidmat-bomoh---Jamil-Khir |
Jumaat, 7 Mac 2014
Artis sokong bontot Saiful hina Kapal Terbang MAS yang hilang
Sejak semalam jadi bertengkek-tengkek banggang dalam bertweeter...
Selasa, 2 April 2013
70% Artis Tanah Air Tidak Sokong UMNO BN - Man Kadir
![]() |
| "Cerita artis dan politik suatu fenomena...sebenarnya sudah lama bersama"- Komen Leman mengenai Nasir Bilah Khan |
![]() |
| Man Kadir |
Isnin, 25 Mac 2013
Sebarkan..!!!! : " HARAMKAN UMNO "
Pada 24 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 telah mengadakan taklimat bersama hampir 50 orang pemain cyber (blogger/facebookers) pro perubahan.
Pertemuan ini ialah siri awal ke arah memulakan gerakan yang dikenali sebagai ‘Haramkan Umno’.
Umno sebuah organisasi politik yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pada 4 Febuari 1988 melalui satu keputusan mahkamah tinggi.
Ini kerana pertembungan perebutan jawatan Presiden antara Dr.Mahathir dan Tengku Razaleigh telah dimenangi oleh Dr.Mahathir dengan taktik jahat antaranya ialah membawa perwakilan haram.
Kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan Umno diharamkan.
Kemudian Razaleigh telah cuba merayu keputusan pengharaman Umno tetapi sebaliknya Dr.Mahathir telah menggunakan kuasanya dengan memecat Tun Salleh Abbas (Ketua Hakim Negara pada ketika itu) dan menggagalkan persidangan rayuan pengharaman Umno.
Rupanya apabila Umno asal (1946) diharamkan, Dr.Mahathir meraih keuntungan dengan menubuhkan Umno Baru dan terus memperkukuhkan cengkaman kuasanya.
Setelah mendapat hak penubuhan Umno baru beliau meminda akta pertubuhan 1966. Semenjak itu Umno amat besar kepala mereka memikirkan undang – undang negara sudah berada di bawah tapak kaki mereka.
Semua perundangan termasuk akta pertubuhan diambil sambil lewa. Setelah Umno asal diharamkan maka semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan terbatal.
Kemudian Umno baru ditubuhkan maka seharusnya semua proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula dari awal, namun merasakan mereka amat berkuasa maka banyak peringkat Umno telah tidak bertindak dalam mendaftarkan semula organisasi Umno peringkat tertentu.
Kemudian keadaan bertambah parah berikutan banyak cawangan Umno yang tidak menghantar dokumen tahunan seperti dikehendaki akta pertubuhan 1966. Natijahnya tanpa sedar ribuan cawangan Umno menjadi cawangan haram.
Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram menghantar perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram.
Bahagian menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno secara automatik Umno itu sendiri haram.
Pada tahun 2008 dalam Umno bahagian Tanah Merah telah berlaku pergolakan perebutan jawatan, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram.
Maka kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram.
Ini diakui oleh Setiausaha Agung Umno sendiri dan Pendaftar pertubuhan, cuma kes di mahkamah dibuang kerana pengadu yang membawa kes ke mahkamah telah dipecat melalui surat pemecatan yang dikatakan telah di’back-dated’kan.
Pengadu telah hilang status sah sebagai ahli (hilang local standi) untuk membawa kes ke mahkamah.
Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan dengan perwakilan cawangan haram dan perwakilan dari mesyuarat haram Tanah Merah telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu yang seharusnya turut memberikan implikasi pengharaman PAU tersebut.
Dari maklumat dalaman tiada cawangan Umno berdaftar di Jeli, Bachok dan Tumpat. Hanya sebilangan kecil cawangan Umno berdaftar di Kota Bharu. Carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan adalah haram. (sumber SIASAH 2010)
Carian juga telah dibuat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Shah Alam, Pulau Pinang dan Alor Setar ke atas ratusan cawangan Umno namun Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan fail gagal dicari dan berada di Putrajaya.
Persoalanya mengapa di Putrajaya ? Berdasarkan Seksyen 10 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan semua warga Malaysia diberi hak untuk memeriksa dokumen pendaftaran mana – mana organisasi berdaftar di Malaysia kecuali beberapa dokumen sulit seperti laporan kewangan.
Malangnya carian di Putrajaya juga gagal mendapatkan maklumat yang dibenarkan berdasarkan akta pendaftar pertubuhan 1966 malah diwujudkan borang Pertubuhan 27 untuk membolehkan carian sepertinya dilakukan.
Diyakini seluruh negara 3/4 dari cawangan Umno adalah terdiri dari cawangan haram, malah ada bahagian Umno juga yang terdiri dari bahagian tidak sah pendaftarannya. Jadi kini tidak pelik bagaimana negara boleh berdepan dengan 1001 masalah dan krisis – ini kerana negara telah ditadbir oleh sebuah organisasi politik haram.
Maka SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mengajak seluruh rakyat pro perubahan untuk bersama dalam gerakan ‘Haramkan Umno’. Peranan semua:
1. Menyampaikan penerangan ‘kenapa Umno organisasi haram?’ ke seluruh pelusuk negara.
2. Menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing-masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke email haramkanumno@gmail.com
3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com
Maklumat berkenaan gerakan ini boleh diperolehi di www.anakmudamalaysia.com dan juga laman facebook Umno-Parti-Haram beberapa laman FB serta blog sekutu.
Gerakan ini juga akan memfailkan satu petisyen mahkamah berkenaan perkara ini dalam masa terdekat.
Ini satu gerakan serius selain dari usaha menggunakan seluruh ruang teknikal perundangan, gerakan ini juga akan menjadikan PRU-13 sebagai satu proses referendum rakyat untuk menolak organisasi haram sebagai pemerintah negara.
Mohon kerjasama semua pemain cyber dan editor media rasmi agar sama membantu hebahan dan dalam masa terdekat akan diadakan satu pelancaran terbuka ‘Gerakan Haramkan Umno’ di ibukota.
Sekian.
che’GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia
Sabtu, 16 Februari 2013
Aksi Melampau Terlampau : Leman Raja Lawak Vs Syed Saifuddin Syed Harman
![]() |
| Ini jawapan Syed Saifuddin mengenai aksi terlampau dan melampau.... |
![]() |
| Ini jawapan Leman diatas aksi melampau-lampaunya...hehehe.... |
Rabu, 6 Februari 2013
UMNO BN Masih Tak Jumpa “Punch Line”
Dikala serangan dan
pendedahan isu sudah dan akan masuk pusingan terakhir. BN UMNO masih berteriak
dengan suara serak sebab lama sangat menjerit nak bantu rakyat,nak bantu rakyat….macam skrip Labu Labi….nak cari kayu…nak
cari kayu… sedangkan berakhir dengan
angan-angan kosong dan sebab itulah UMNO BN dikatakan akan berhadapan dengan
PRU 13 paling getir pernah dilalui sebab banyak sangat berangan-angan dan masih
perasan sokongan banyak.Jumaat, 2 November 2012
Zambry Kadir arahkan Samseng UMNO balun Mazlan Aliman..!!??
Saya (Mazlan Aliman) yang menaiki Hilux Hj Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, direntap keluar dari kenderaan dan ditolak dengan kasar. Keadaan semakin tegang apabila jumlah mereka kian ramai. Mereka terjerit sambil memaki hamun. Menaikkan banner yg ditujukan kepada saya secara peribadi.
10 orang polis dari Balai Polis Lasah yg cuba mengawal suasana gagal meredakan ketegangan dan hampir sahaja tercetus perkara2 yg tidak diingini. Alhamdulillah, kehadiran 15 anggota Unit Amal diketuai Pengarah Amal Negeri Perak, Arif Muhammad serta Unit Keselamatan Pimpinan(UKP) seramai 8 orang berjaya menangani suasana provokatif yg dilakukan penduduk dipercayai Umno.
Bendera Umno dan BN dikibarkan. Samseng2 ini mengepung kami, menendang kenderaan ANAK yg cuba masuk serta mengugut utk memukul saya dengan menjerit ' kita balun Mazlan ramai2!'
KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA adalah aktiviti jelajah ke seluruh negara. Bertemu penduduk tempatan dan mengedarkan risalah. Kami masuk secara baik termasuk untuk menziarahi pimpinan tempatan dan memberi sumbangan kepada gen 2 Felda yg susah, ibu tunggal dan pesakit kronik.
Akhirnya, bila suasana semakin tidak terkawal, polis menasihati rombongan ANAK mengalah dan berundur. Walaupun dukacita dengan sikap tidak demokratik penduduk khususnya Umno, kami akur kerana tidak mahu berlaku perkara2 yg tidak diingini.
Sedihnya, tatkala Hj Razman membaca doa, mereka terus terjerit2 macam orang meroyan.
Peronda polis mengiringi konvoi kami keluar dengan selamat.
Demokrasi apakah ini?- FB
UMNO mempunyai talian hayat di 54 parlimen yang mempunyai tanah rancangan. Jadi Umno mahu FELDA terus menjadi kawasan putih...mereka meroyan gila khinzir la ganggu Felda..
Sabtu, 20 Oktober 2012
Chua Soi Lek jadi bodoh dan biadap kerana pesanan ringkas SMS
SHAH ALAM – Pemuda Pas mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada seluruh rakyat di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas mengenai hudud.Ketuanya, Nasrudin Hassan bimbang kenyataan Soi Lek bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan, boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.
Menurutnya, orang Islam wajib menerima hukum hudud, manakala bukan Islam pula tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaannya kerana ia tidak dikenakan ke atas mereka.
“Sehingga kini, belum ada kritikan daripada pemimpin Umno mengenai kenyataan Soi Lek. Saya berharap mufti membuat teguran kepada beliau.
“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu perlu bersatu menolak penghinaan yang dilakukan Soi Lek,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Nasrudin berkata, kenyataan Soi Lek mengenai hudud itu melucukan dan tidak masuk akal kerana beliau bersandarkan kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada individu tidak dikenali.
Nasrudin juga turut mempersoalkan tindakan Soi Lek itu.
Katanya, sebagai pemimpin sebuah parti besar dalam komponen Barisan Nasional, tindakan Soi Lek itu tidak profesional dan memalukan.- Sinar
Orgni: Betapa bodoh bahlolnya pemimpin tertinggi MCA ini...hanya sekadar kerana terima SMS saja pun boleh menyebabkan keluar kenyataan yang menyakitkan hati dan perasaan umat Islam dinegara ini.
Kerana SMS pun boleh terpengaruh..bolo..bolo.bolo...punya olang......hahaha...
Persoalannya sekarang...siapa gerangan yang kirim SMS tu kat Soi Lek...???
![]() |
| Sekadar tatapan untuk fikir...hehehe.. |
Khamis, 18 Oktober 2012
Bukti UMNO Perak sokong CSL tolak hudud
Patutlah Chua Soi Lek baru-baru ini mengatakan jika hukum hudud dilaksanakan maka 1.2 juta rakyat hilang perkerjaan.
Salah seoarang yang hilang kerja ialah Datuk Haji Ahmad Shalimin Setiausaha Politik kepada MB Zambry yang tidak berpeluang lagi merasmikan konsert amal konon-nya tapi ditaja syarikat arak di Taiping Perak.
Kat luar bangunan tu hanya tertera "konsert amal Tiger", didalam dewan tak tahulah camana rupa program tersebut..hehehe..
Aku bukan anti kepada hiburan pada kaum cina dinegara ini,itu hak kaum masing-masing dan aku hormatinya, tapi yang merasmikanya mengapa perlu seorang yang berbangsa melayu dan berugama Islam.
Tiada pimpinan BN lainkah di Perak khususnya diTaiping..?? Atau memang kerja rasmi program tajaan kompeni arak adalah kegemaran Shalimin yang juga sepol Zambry...hahaha....
Slogan gagasan NAJ1B memang membawa maksud tersirat dalam slogan terbaru Perak yang dirasmikan Najib semalam di Lumut. NAJ1B. NAJ1B bemaksud Negeri (Perak) Akan Jahanam 1 Bencana...semuanya kerana pimpinan UMNO.
Gambar: Aku snap disebuah lokasi berhampiran stesyen bas pekan Taiping... Arak bagi MCA memang biasa,tapi bagi Pemimpin UMNO ibarat burung gagak dan bulunya...mesti hitam...hahaha....(Gambar kecil...itulah Datuk Hj Shalimin...hehehe...)
Khamis, 11 Oktober 2012
Hasil didikan UMNO, MCA bantah pakaian sopan
ALOR SETAR: Majlis Bandaraya Alor Setar diselar setelah mengikut jejak Kelantan dalam melaksanakan ketetapan yang memerlukan model bukan Islam berpakaian sopan pada papan tanda iklan.
Datuk Bandar, Datuk Mat Noh Ahmad telah memberi amaran kepada pengendali papan iklan dan pengiklan bahawa mereka mesti mematuhi perintah yang memerlukan model wanita Islam pada papan tanda memakai tudung dan model bukan Islam berpakaian sopan.
Sebuah akhbar memetik beliau sebagai berkata bahawa orang-orang yang ingkar terhadap perintah itu akan didenda RM300 dan papan tanda mereka akan diturunkan.Mat Noh berkata majlis akan bertindak tegas terhadap orang-orang yang tidak memelihara kesopanan apabila memaparkan iklan luaran yang besar di kawasan di bawah bidang kuasanya.
Chong berkata majlis perlu merangka garis panduan yang betul untuk memastikan pengendali papan iklan dan pengiklan jelas mengenai ketetapan itu.
Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata pihak majlis menghina wanita bukan Islam dengan menggunakan perkataan "berpakaian sopan".
"Kesopanan adalah subjektif. Saya pasti wanita bukan Islam tidak mahu mendedahkan diri mereka di khalayak ramai."
Bagaimana anda menggambarkan pakaian yang sopan? Adakah majlis menganggap seluar pendek dan pakaian tanpa lengan sebagai tidak sopan?" tanya beliau. - MStar
** Nampak sesangat yang MCA dan Gerakan tidak faham konsep sopan didalam Islam.
Inilah didikan UMNO selama ini dalam memperkenalkan Islam kepada rakan-rakan-nya seperti MCA dan Gerakan.
Begitu juga dengan NGO-NGO pengampu UMNO seperti PERKASA dan JATI serta ulama muda UMNO ...sekadar jadi Pak Turut dicucuk hidung saja...hahaha...
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah yang berjuang memartabatkan Islam.
























