Janji
Konon-nya Di Tepati….inilah program
politik UMNO BN yang di jaja seluruh negara,lokasi mana yang dikenal pasti sokongan terhadap UMNO BN merudum
jatuh teruk maka di situlah dibuat program ini. Konon-nya nak tunjuk apa yang
dijanji UMNO BN ditunaikan,sebenarnya tidak lebih dari satu program untuk dengar kelentong Najib saja…hahaha…
Entah berapa kali
kawasan sekitar Taiping dan Bukit Gantang ini di datangi Najib dalam tahun 2012…dah
jemu dan meluat orang disini dengan kehadiran Raja Kelentong bermulut merah
ini…kali ini dikhabarkan pada hujung minggu ini, Najib dan Rosmah akan datang lagi ke Taiping lagi. Kali ini program “janji
dikelentongi” Najib akan berlansung disebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi
(ADTEC). Sebelum ini ADTEC menumbulkan konterversi buat MB Zambry yang mana kehadiran beliau
untuk merasmikan bangunan ini di boikot pihak dalaman UMNO sendiri. Menurut sumber lain mengatakan ADTEC di Taiping sehingga kini tiada ditempatkan pelajar atau pelatih disini untuk jalani sebarang latihan. Bermakna ini salah satu projek gajah hitam di Perak.
“Janji dikelentongi” - Dengan kehadiran program berunsur politik UMNO BN dikawasan
pengajian ADTEC ini menimbulkan tandanya, mengapa didalam kawasan ADTEC
program berunsur politik diadakan. Sedangkan ADTEC adalah sebuah pusat
Latihan Teknologi Tinggi dibawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Apa yang dapat dilihat disini UMNO BN khususnya UMNO Perak
semakin hilang akal dalam berpolitik,UMNO
sudah sasau dan gila dalam agenda
berpolitik,sudah tidak dihiraukan akan lokasi dan suasana keadaan untuk
berpolitik. Kemungkinan padang ADTEC bakal musnah dan rosak sepertimana Padang Esplanade yang musnah kerana program UMNO BN beberapa bulan lalu.[ Klik Sini] .Mengapa tidak digunakan stadium Perak di Ipoh..??
Sedangkan kerajaan negeri dikuasai oleh UMNO…Zambry tak ada power ke..??? haha…
Aku yakin sekitar Taiping akan dibanjiri ratus bas sewa
untuk memunggah ahli penyokong bodek ampu UMNO ke ADTEC pada hujung minggu ini,
sebab UMNO hanya boleh bernafas untuk hidup dengan memberi upah pada
penyokongnya saja….tanpa upah duit poket,tanpa makan percuma dan tanpa bas sewa
program UMNO akan gagal… berlainan program PR, contohnya Himpunan Hijau di
Kedah 1 Jun lalu,ratus ribu hadir tanpa di-upah walau sesen dari PR.
Khemah-khemah sudah
didirikan untuk program Janji di kelentongi dari UMNO BN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan