Pengikut

Ahad, 1 April 2012

Gempar..!!!! Kesan kemusnahan selepas lawatan OKU ke Taiping

Gambar yang dirakam pada 1 April 2012 jelas menunjukan kerosakan Padang Esplanade akibat lawatan  Muhyiddin 


2012 adalah tahun melawat negeri Perak..tidak hairan kalau ramai orang yang datang ke Perak sekali sekala untuk melancong ....tapi  agak menghairankan kalau datang berulang-ulang kali…baru masuk bulan mac dah berkali-kali dua Orang Kuat UMNO (OKU)  ini datang Perak..kejap Najib datang Perak tak lama kemudian  Muhyiddin pula datang..lepas Najib datang lagi kemudian  Muhyiddin ...Najib.. Muhyiddin ..Najib.. Muhyiddin ..begitulah mereka berdua silih berganti datang Perak.. Mungkin Zambry pun dah naik risau dengan gelagat dua OKU  ini..macam dah tak ada negeri nak ulang alik lawat..MB Haram Zambry Kadir pun naik pucat dengan keadaan ini…hahaha…

Kesan dari kekerapan dua OKU  ini ke Perak sudah ada kemusnahan yang jelas dapat dilihat dengan mata kasar sekarang, sekiranya  ke Taiping anda boleh lihat tapak kemusnahan iaitu sebuah padang dihadapan bangunan Majlis Perbandaran Taiping ( Padang Esplanade ) hancur,musnah dan lunyai akibat dari kesan tapak khemah gergasi untuk sebuah majlis pada 24 Mac lalu yang di rasmikan  Muhyiddin . Padang ini adalah tempat  orang ramai sekitar Taiping bermain ragbi, bola sepak dan lain-lain aktiviti sukan tapi sekarang telah rosak teruk kerana majlis OKU.

Mahyudin datang dalam masa hanya 1 jam saja ke padang esplaned tapi  kemusnahan padang terpaksa ambil masa berbulan mungkin bertahun untuk dipulihkan dan memerlukan kos-kos tertentu pula. Majlis Perbandaran pun satu hal…demi bodek OKU didahulukan,kemusnahan apa saja dilupakan..hahaha… 

Pada bulan april ini ada lagi kemusnahan yang bakal berlaku di Taiping…kali ini dengan 1 Platun tempur  berkekuatan 126 artis yang diketuai Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi… Nampaknya Menteri Pertahanan wajib  tukar  nama kepada Menteri  Pertahanan dan Hiburan…hahaha…  Kali ini Taiping Perak bukan saja hancur  pada lokasi  tapak program malah kemusnahan dari segi sosial akhlak anak muda.[ Klik Sini]

Orang Kuat Umno  datang semua musnah..!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan