Jumaat, 9 November 2012

Ceramah besar-besaran: UMNO sudah tidak percaya dengan media massa mereka sendiri.

Disebabkan keadaan rakyat sekarang yang sudah hilang kepercayaan terhadap media massa seperti TV dan surat khabar yang pro dengan UMNO BN, maka Umno ingin kembali kepada tradisi dalam corak perjuangan parti itu yang dilaksanakan dengan cara berceramah.

Keadaan ini berlaku disebabkan segala berita yang dihasilkan amat ketara diputar belit dan berat sebelah. Dengan itu rakyat sekarang sudah pandai menilai isi kandung bahan sesuatu berita.


Maka dengan itu Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan memberitahu parti itu akan menggerakkan Siri Jelajah Penerangan ke seluruh negara untuk menceritakan serta memberi pemahaman kepada rakyat di peringkat bawahan mengenai isu-isu semasa yang berlaku.


Program UMNO ini sudah jelas yang mereka tepaksa  bersusah payah turun kebawah berceramah seperti mana PR lakukan selama ini. Nampak gayanya macam standby nak jadi pembangkang selepas Pru 13...hahaha....

Ahmad Maslan berkata lagi usaha itu akan dilakukan secara berterusan sehingga menjelangnya Pilihanraya Umum ke – 13 nanti bagi membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar tentang kontroversi politik yang berlaku di negara ini.“

TV 3 suku,RTM,Utusan Meloya,Berita Hairan nampaknya sudah tiada berdaya lagi menambat kepercayaan rakyat,UMNO terpaksa ulang siar berita dan cerita putar belit yang penuh dengan pembohongan berbaur fitnah di tapak2 ceramah mereka nanti.

Ahmad menambah, bermula pada minggu hadapan, bahagian penerangan Umno akan mula bergerak ke kawasan-kawasan tertentu bagi melaksanakan siri ceramah pemahaman itu.

Sebenarnya apa yang rakyat nampak sekarang....UMNO semakin gelisah serba tak kena,macam cacing dok tengah panas.

Aku percaya siri ceramah UMNO kali ini hanya akan memperalatkan ajensi kerajaan sahaja,akan dipaksa JKR pacak khemah,pihak sekolah sediakan dewan dan sebagainya.
 
Pakcik Makcik pasti akan diangkut dan diupah ke ceramah UMNO,yang wajibnya makan percuma pasti ada....hahaha.... Nak harap orang datang sendiri dengan iklas...mampus tak ada yang datang...hahaha....

Satu lagi...UMNO pasti gunakan peluang caramah ini untuk edar risalah propaganda dan cd-cd fitnah juga akan ditaburkan seperti yang sudah berlaku...cuma kali ini agenda mereka pasti bertambah ganas,jijik dan busuk.

Ceramah UMNO edar risalah propaganda : Klik Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan