Jumaat, 9 November 2012

Penaung BAM tidak hadir majlis perkahwinan jaguh badminton negara


KUALA LUMPUR: Majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya Datin Wong Mew Choo berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 1,500 tetamu.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berkenaan menghadiri majlis yang berlangsung di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir meraikan pasangan mempelai.
Antara barisan Menteri Kabinet yang hadir termasuk, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Nadzmi Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong antara tetamu turut hadir.- mStar
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar bersama Pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya, Datin Wong Mew Choo pada majlis perkahwinan pasangan tersebut di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Jumaat malam.

Orgni: Dimanakah Penaung BAM Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mengapa Rosmah tidak hadir ke majlis yang digelar 'wedding of the year' ini..??

Rosmah pernah bersusah payah bergegas ke London semata-mata untuk menyokong Datuk Lee Chong Wei yang akan bertemu pemain dari Negara China, Lin Dan dalam perlawanan akhir untuk merebut pingat emas bagi acara Badminton dalam Sukan Olimpik 2012. 

Datin Seri Rosmah Mansor juga telah dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara Mei lalu.

Kenapa dan mengapa Rosmah tidak berada di majlis perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya Datin Wong Mew Choo..? 

Adakah dia tidak diundang walaupun berjawatan Penaung BAM..

Gambar Rosmah memeluk DLCW suatu masa dulu pernah menjadi panas..

** Aku tidak berniat memburukan  jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tapi mempersoalkan ketidakhadiran Penaung BAM....Kenapa..????


1 ulasan:

  1. First Lady telah menjadi 2nd. Lady dalam majlis ini.Besarlah Kemaluan kalau hadzir dalam majlis ini.

    BalasPadam