Jumaat, 29 Jun 2012

Lebuhraya Rakyat: UMNO Kelantan campak cangkul buruk tapi PAS Bukit Gantang Perak beri infak wang ringgit


29 Jun 2012 ~ Kg Setia Air Putih didalam Parlimen Bukit Gantang berlangsung  program ceramah isu semasa yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Kg. Setia dengan kerjasama MTD Kuala Sepetang dan PAS Kawasan. Program berbentuk penerangan isu semasa ini membariskan penceramah yang terdiri daripada Ust Nordin Jaafar (Yang DiPertua PAS Bukit Gantang), Ust Mohd Fakharudin Abd Aziz (Yang Di Pertua PAS Taiping ) serta penceramah utama yang dijemput khas dari Kelantan YB Dr. Fazli b. Datuk Hasan exco IT kerajaan negeri Kelantan. Majlis dipengerusikan oleh Sdr Nizam (SU PAS Caw. Tmn Berkat).

Didalam ceramah ini telah berlansung suatu kerja amal dari penduduk disini dengan melancarkan sebuah tabung khas bagi mengutip dana iklas untuk Projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai yang ramai rakyat tanahair ini sedia maklum bahawa inilah sebuah projek kerajaan negeri Kelantan dibawah pemerintahan PAS untuk keselesaan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan. Amat mendukacita ada segelintir orang UMNO mempersenda dan memperlekehkan usaha murni ini ujar Dr. Fazli dalam ceramahnya. Mereka (orang UMNO) mempersenda projek ini dengan ada yang datang memberi cangkul buruk,penyodok buruk serta kereta sorong buruk ke pejabat TGNA baru-baru ini.

Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu dijangka menelan kos antara RM1.5 hingga RM1.8 billion. Alhamdullillah...walaupun projek ini mendapat sindiran dari pihak UMNO,namun ianya mendapat perhatian dari seluruh warga PAS diseluruh tanahair..hakikatnya UMNO teramat gusar dan tak senang duduk dengan projek ini..

Khamis, 28 Jun 2012

Tamrin tunggu dipecat......

28 Jun 2012~ Taman Kota Jaya Simpang Perak : " Ramai yang bertanya pada saya...kenapa masih dalam UMNO..? Kenapa tak keluar dari jadi ahli UMNO, sebenarnya saya hormati UMNO,saya tunggu dia pecat saya..." - ujar Tuan haji Tamrin Gaffar Baba ketika berceramah diatas pentas ceramah PAS disini semalam. Tamrin juga menyatakan sikap bodoh sombong pemimpin UMNO yang tidak mahu menerima teguran menunjukan mereka amat bongkak dengan kuasa yang berada dihujung hayat sekarang. Sikap tidak mengakui kesilapan dan kesalahan ini akan menyebabkan UMNO BN bakal hilang kuasa selepas PRU 13 akan data

Ceramah anjuran Penerangan PAS Kawasan Bukit Gantang kali menyaksikan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berkongsi pentas ceramah terdiri daripada Ust Idris Hj Ahmad,DS Nizar dan Sdr Lim Guan Eng. Program ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran ribuan hadirin dari berbagai lapisan bangsa ke lokasi. Keadaan ini pada mulanya mendatangkan ketidakpuasan hati bagi pihak UMNO disini,yang mana kejadian mengoyak poster2 telah dilaporkan berlaku sekitar Bukit Gantang.

Kehadiran Tamrin yang masih lagi ahli UMNO diatas pentas PR amat memberi tamparan hebat buat UMNO Bukit Gantang yang sekarang dibelenggu berbagai isu...salah satunya Bangunan UMNO Bukit Gantang sedang beroperasi dalam keadaan menyalahi undang2...dah kena sita pun YB Rosli arahkan buka...haha..










Rabu, 27 Jun 2012

[Bukti UMNO terlibat] Isu sita Bangunan UMNO Bukit Gantang : YB Rosli kata “Bukan masaalah UMNO”


Hari ini 27 Jun 2012~  Akbar Sinar edisi Perak  tersiar kenyataan dari ADUN Terong yang nampak teringin nak jadi ahli Parlimen Bukit Gantang  YB Datuk Rosli  Husin. Dalam kenyataan tersebut  beliau menafikan UMNO terlibat dalam isu penyitaan Bangunan UMNO Bukit Gantang. Penafian YB Rosli ini tidak ubah seperti  cuba  kelentong rakyat. "Bukan masaalah UMNO" ...abis salah siapa..??? Dakwaan YB Rosli konon-nya  isu penyitaan itu berkaitan dengan sebuah  syarikat pemaju dengan Pusat  Pendidikan Darul Taalim, UMNO tak terlibat katanya.

Inilah lawak penafian kelentong YB Rosli ADUN Terong…
kenapa pula pada 14 Jun 2012 mahkamah Taiping  mengarahkan disita bangunan UMNO Bukit Gantang [Klik Sini]  dan [Sini]  Adakah itu kesilapan pendakwa..?? Atau kesilapan yang membuat keputusan penyitaan..?? kalau mengatakan  yang membuat keputusan penyitaan itu salah,YB Rosli boleh dianggap menghina keputusan mahkamah. Sebabnya bangunan yang disita itu memang sah tertera dipapan depan bangunan UMNO Bukit Gantang.

Menurut sumber maklumat  yang diterima dari penduduk Terong sendiri yang mana  dikatakan Pusat  Pendidikan Darul Taalim didirikan di situ didakwa sememang UMNO Terong dan beberapa individu orang kuat UMNO disitu terlibat dalam projek tersebut. Maka  sebab itulah alamat surat menyurat projek Pusat  Pendidikan Darul Taalim di atas alamat bangunan UMNO Bukit Gantang. Namun apabila sudah berlaku penyitaan ini kerana gagal dalam beberapa perjanjian dilihat UMNO Bukit Gantang cuba tidak mahu mengakuinya itu projek UMNO. Maka penafian YB Rosli ini tak ubah seperti  “Burung gagak dicelup tepung..tidak akan menjadi putih..”. YB Rosli masih mempertahankan kelemahan UMNO,kekalutan UMNO dan kesalahan UMNO yang berlaku sejak dahulu,kini dan selamanya...walaupun sudah jelas dan nyata semua yang berlaku dari hasil tangan-tangan UMNO sendiri.

 Lihat lah dokumen yang membuktikan UMNO Terong didalam Parlimen Bukit Gantang terlibat  dalam projek  Yayasan Darul Ta’alim…. Sekarang mau nafikan sebab malu ke..??? haha…

 Keratan akbar Sinar 27 Jun 2012 mengenai penafian YB Rosli - Bukan Masaalah UMNO… masaalah Najib atau Rosmah atau Zambry Kadir...??? hehehe...

INILAH GAMBAR  DI LOKASI YAYASAN DARUL TA’ALIM  KEPUNYAAN UMNO TERONG
Nampak tak bangunan sekolah,surau dan bilik asrama.??? Inilah projek UMNO Terong untuk rakyat.

 Janji Ditepati….Beberapa batang tiang cerucuk boleh dilihat dalam semak samun di kilometer 9 jalan Terong Taiping Perak sebagai tanda inilah projek UMNO yang mengakibatkan Bangunan UMNO Bukit Gantang disita…hahaha…

*Klik Gambar2 untuk leih jelas:

Selasa, 26 Jun 2012

Rupanya ada anggota Kor Risik pencen diupah jadi balaci UMNO..?

Menurut maklumat yang aku terima dalam minggu lalu bahawa terdapat seorang anggota dari ATM yang dahulunya dari kor Risik dan kini telah pencen beberapa tahun masih menjalankan tugas merisik profil politik.
Dikhabarkan beliau diupah lumayan untuk tugas tersebut bagi menyalurkan maklumat politik kepada UMNO BN terutamanya aktiviti anggota yang sudah tamat perkhimatan tentera atau  yang  masih berkhidmat tetapi tidak menyokong UMNO BN terutamnya didakwa dikawasan Taiping dan Bukit Gantang.

UMNO BN tidak cukup mengunakan khidmat penjawat awan dalam perkhidmatan untuk kepentinganya hinggakan anggota pencen pun dilaporkan diupah untuk menjalankan tugas mereka yang tidak lebih hanya ingin menakut-nakutkan anggota penjawat awam lain supaya jangan menyokong selain mereka.

Kepada yang dah pencen tu...buatlah cara pencen....janganlah menakut-nakutkan orang lain, dalam servis boleh la...dan cukup-cukuplah membodek tu..masing2 ada hak nak memilih  menentukan sokongan dalam servis atau dah pencen....haha..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Isnin, 25 Jun 2012

"Kalau Nizar turun situ...habislah.." - keluhan YB Rosli Terong.

"Kenapa bawa Dato Seri Nizar ke kampung kamu..??? kamu tahu..!! kalau Nizar turun kesesuatu tempat...maka habislah UMNO" - kata YB Rosli Terong kepada salah seorang penduduk kampung di Parlimen Bukit Gantang Perak. Sungguh takut orang besar UMNO terhadap manusia bernama Nizar.
Kejadian keluhan ini berlaku berikutan lawatan Nizar pada 23 Jun 2012 yang lalu kesebuah kampung yang dahulunya kubu kuat Parti Keris Bogel... Tapi sekarang...!!! tidak lagi nampaknya...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Ahad, 24 Jun 2012

Nizar bersampan dulu di Kg Dew saksi kelip2 sebelum ke Merdeka Rakyat

23 Jun 2012 ~ Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak Dato Seri Nizar yang terkenal dengan sikap suka menyantuni rakyat di Parlimen-nya bukan perkara asing disini. Dalam kesibukan tugas sebagai ahli Parlimen dan juga ADUN Pasir Panjang, Nizar tidak pernah kenal penat untuk turun padang kelokasi untuk melihat dan mendengar segala rintihan dan keluhan rakyat.

Baru-baru ini DSN sanggup turun ke kampung Dew untuk berjumpa dengan beberapa  penduduk disitu mengenai permasaalahan mereka disini. Walaupun pada malam tersebut beliau juga terlibat dengan sebuah program anjuran PKR di Taman Ria ( Pidato Perdana Merdeka Rakyat).

Dalam sessi lawatan  DSN  ke kampung Dew ini,beliau telah diberi taklimat ringkas mengenai produk pelancong (Kelip-Kelip) yang semakin terancam  oleh kerana beberapa aktiviti di tebing sungai (Kolam Udang). [ Klik Sini ]

DSN diberi peluang menaiki sampan bersama petugas Persatuan Kelip-Kelip disitu menyusuri sungai Sepetang untuk melihat sendiri keindahan suasana kelipan serangga Kelip-Kelip ini dimalam tersebut. Penduduk kampung disini berasa sukacita dengan kehadiran Ahli Parlimen kesini pada malam tersebut. 


Sdr Shukor dan Sdr Yusuf memberi taklimat kepada DSN,turut sama YDP Bukit Gantang Ust Nordin Jaafar.


DSN mengenakan jaket keselamatan sebelum turun kelokasi  Kelip2

Dalam kegelapan malam...menyusuri sungai Sepetang

Di pohon Merembang inilah menjadi tempat habitat Kelip2 

Saiz Kelip-Kelip ini hanya sebesar sebiji beras...

Selesai di Kg Dew.....DSN ke Merdeka Rakyat  berceramah dipentas pula

DSN bersama DSAI bersalam dipentas setelah selesai program Merdeka Rakyat