Sabtu, 8 Disember 2012

PAS Larut bergolak kerana ada daki-daki UMNO

Hari ini agak hebat juga tajuk didada akhbar Sinar Harian edisi Utara " PAS Larut Bergolak kerana calon".

Konon-nya 6 cawangan nak boikot PRU 13...Hahaha....

Alat pengesan aku mengatakan ini semua perangai UMNO...hehe..

Kenapa perangai UMNO ada dalam PAS...?

Ha....Kat sini aku nak cerita sikit apa yang berlaku dalam tajuk diatas.....

Setiap sesuatu yang berlaku mesti ada "kepala" yang aturkan..

Senang aku katakan memang tak ada akal punya pemimpin kalau merestukan percakaran dalam ahli-ahli hanya sebab tak puas hati  kerana dirinya terkeluar dari  senarai calon bertanding PRU.

Inilah spises-spises UMNO yang masih ujud dalam PAS. Walaupun dah jadi ahli PAS dan pernah jadi calon PAS sekalipun daki-daki perangai UMNO tetap ada.

Daki-daki UMNO ni memang susah mau hilang, salah satu sebabnya ialah semasa dalam UMNO dulu dia kecewa,kecewa tak dapat projek,kecewa tak dapat jadi calon dan sebagainya jadi masuklah PAS. Buat muka insaf,buat muka baik macam muka ustaz....jadilah ketua dan akhirnya jadi pula calon pru 12.

Walaupun tewas sepatutnya bersyukurlah telah diberi peluang....ini tidak, mau lagi dan khabarnya pandai-pandai atur kedudukan di Parlimen Larut, aku dari parlimen pegi DUN kau pergi parlimen...bla...bla...bla....

Belum apa-apa dah jadi macam tu...bukankah perangai UMNO nama-nya..

Jadi tak hairanlah kekotoran daki itu kembali menebal dek kerana konon-nya kecewa lagi.

Maka dibentuklah gerombolan-gerombolan daki untuk melahirkan rasa tak puas hati konon-nya,dibuat mesyuarat tergempar,dibuat undi,dipanggil wartawan dan sebagainya tanpa mengira kiri-kanan.

Bagi spises daki UMNO ini yang penting ialah berjuang untuk diri sendiri, apa kata keputusan atasan tidak lagi dihiraukan. Dicari segala ruang untuk hentam rakan sendiri.

Kesian aku dengan dua nama yang dikatakan dipersetujui untuk dicalonkan. Rata-rata mereka berdua ni (Tak payah aku sebut nama...) berjiwa besar berbanding se-ekor spises daki UMNO ni yang hanya pandai mengendong kamera kehulu kehilir....hahaha....

Kepada ketua-ketua cawangan PAS kat Larut yang mungkin terhasut dengan daki UMNO ni...ingatlah pada perjungan parti,bukan pada individu. Sehebat mana gerakkerja seseorang dalam sesuatu tempat bukan tiket utama nak jadi calon.

Apapun aku berterima kasih kepada DS Najib Tun Razak yang melambat-lambatkan PRU-13 ini...ada hikmahnya disebalik melambatkan PRU ni. Muka-muka daki UMNO dalam jemaah PAS dapat dikenalpasti dari terus kembang menjadi terus tebal.

Mungkin ramai lagi spises-spises berdaki UMNO selepas ini akan menyerlah apabila diuji dan senanglah nak disental jadi bersih....hahaha.....

Ingat...!!! Perangai UMNO dibenci jemaah PAS...!!!

Jumaat, 7 Disember 2012

Al-Fathihah: Pak Lah OCPD kembali ke Rahmatullah

8 Dis 2012: Taiping.

Al-Fathihah ~ Dimaklumkan bahawa Tuan Haji Abdullah bin Haji Omar (66) yang dikenali ramai dengan panggilan Pak Lah OCPD telah kembali kerahmatullah dalam jam 6 pagi tadi dikediamanya di Kg Sungai Ranting Taiping Perak.

Allahyarham adalah mantan OCPD Slim River Perak dan menyertai PAS setelah pencen dari perkhidmatan sebagai anggota PDRM.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solehin dan syuhada.

* Ucapan beliau di muktamar PAS menjadi kenangan...

Dalam Muktamar PAS di Kelantan yang lepas beliau berucap monyokong usul PAS Pusat dalam isu pengkhianatan Umno kepada negara.

Pengalaman beliau dalam pasukan polis termasuk 35 tahun menjawat jawatan polis cawangan khas menginsafkan beliau dalam perjuangan PAS yang sebenar.

Beliau berkata sudah bertaubat dan telahpun meminta maaf pada seluruh ahli PAS di atas apa yang beliau lakukan selama ini.

PAS merasakan permergian beliau satu kehilangan besar buat PAS dan negara dan berdoa semoga Allah ampunkan dosa dan rahmatkan beliau dan di tempatkan rohnya bersama-sama para nabi dan syuhada di akhirat sana...

Alllahuakbar3 walillaillhamd

** PAS kehilangan seorang pejuang khususnya bagi PAS Perak. Allahyarham Pak Lah OCPD sangat aktif dipentas-pentas ceramah PAS...Orangni berasa amat terharu dengan kehilangan Pak Lah yang memang mesra sepanjang mengenali beliau.. Takziah buat keluarga Allahyarham dari Orangni sekeluarga.

AES lemas ditemui

AES Kelemasan....hahaha...
Gambar: kesian...Sensor kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) ditutup,dibungkus atau serkup dengan plastik....Kalau la manusia diserkup macam ni rupa...tentu lemas....hahaha....

Syabas kepada kerajaan negeri Selangor kerana berjaya bertindak mengarahkan menutup beberapa buah kamera AES yang didakwa beroperasi secara tidak sah.

Moral kejadian bantahan terhadap sistem AES ini sebenarnya bukanlah rakyat suka dengan kemalangan jalanraya,tapi rakyat rata-rata tak puas hati dengan sistem AES ini diswastakan kepada puak kroni UMNO BN.

Lebih banyak kamera AES ditutup maka lebih banyak kantong haram kroni UMNO dapat ditutup...hahaha....

Berikut petikan kenyataan mantan KPN mengenai isu tidak wajar  AES diswastakan:
Perkara-perkara yang membabitkan pelaksanaan undang-undang seperti kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak wajar diswastakan kerana boleh menimbulkan persoalan di kalangan rakyat sama ada ia bermotifkan keuntungan, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Justeru, kata beliau, dalam keadaan sekarang penerangan yang terperinci harus dilakukan supaya rakyat benar-benar faham berkenaan hal itu dan tidak menimbulkan persepsi yang bukan-bukan.

"Sepatutnya benda-benda seperti penguatkuasaan kita tidak boleh swasta tetapi oleh kerana sudah dibuat begitu, jadi saya harap ini harus dimulakan dengan memberi pendidikan kepada orang ramai terlebih dahulu kerana mereka takut sekiranya sistem ini hanya untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak syarikat. Itu kita kena beritahu. Itu penting," jelas beliau. - SH.

** Projek AES dianugerahkan kepada syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang dikatakan dimiliki kroni UMNO..

Khamis, 6 Disember 2012

Ahli UMNO mengupah blogger PR jatuhkan Najib - Orangni bukan orangnya

Benarkah Syaitan yang dikenali akan gunakan Formula jatuhkan Najib untuk menang PRU 13 ?

DAN BENARKAH  SUDAH WUJUD GROuP BLOGGER DALAM PR YANG DIBAYAR OLEH UMNO UNTUK SERANG NAJIB..!!!!

Ini satu persoalan yang serius dan menarik.....hahaha...

Nampaknya ramai-lah dikalangan blogger dalam PR akan dapat habuan dari UMNO...bagi yang sanggup aje la....hahaha..

Aku disini menafikan terlibat dalam perkara ini, aku tidak diupah atau dibayar mana-mana pihak dan tak berminat pun makan upah dari puak Syaitan yang dikenali ini.

Memang hasrat terbesar aku dalam dunia blogger ini hendak jatuhkan kerajaan yang dipimpin Najib, tapi bukanlah Najib semata-mata,malah keseluruhan UMNO BN ingin aku jatuhkan dari tampuk pemerintahan yang ada sekarang ini...(melalui sistem berpilihanraya la....jangan salah anggap pula...hahaha...)

Menurut sumber semua ini berlaku kerana wujud puak didalam UMNO yang merasakan Najib Tun Razak satu liabiliti lantas mahu menjatuhkan Najib atas alasan kononnya dapat mengembalikan peluang untuk BN/UMNO memang PRU 13.

Kalau begitu...memang sah aku bukanlah blogger yang di-idamkan UMNO...hahaha...

Teringat aku sejarah Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan konon-nya  untuk membersihkan UMNO dengan melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi  dan Adakah langkah serupa..?

Sejarah itu kemudian berlarutan dalam UMNO apabila Tun Abdullah dikorbankan untuk BN/UMNO bertahan pada PRU 12...malangnya UMNO tetap malang disitu...hahaha...

Tun Mahathir dikatakan penyumbang terbesar dalam semua percaturan ini. Syaitan Tua yang dikenali ini sengaja  ujudkan puak dalam UMNO bagi mengubah kepimpinan tertinggi akan dijadikan sebagai satu alasan dan satu keperluan untuk menang BN/UMNO menang besar.

Pendapat aku...lantak p kat depa....hahaha....

Mereka sanggup mengupah musuh mereka sendiri untuk menjerut leher pimpinan tertinggi mereka...siapa agaknya yang mahu menjerut Najib..? Tentu sejarah yang lalu dapat menjawapnya...tentulah orang disebelah Najib sendiri...hahaha....

Kecelaruan dan perpecahan dalam UMNO semakin ketara sekarang ini.

Kepada rakan2 blogger dan facebooker yang sealiran dalam misi menjatuhkan UMNO BN...ayuh..!!! teruskan mengorak langkah..jangan toleh kebelakang lagi....Parti yang diterajui Syaitan yang diKenali wajib kita tumbangkan pada PRU akan datang. ~ Orangni blogspot

Hishammuddin Tun Hussein pengkhianat wajib letak jawatan

Musa Hassan: 'Saya bukan pengkhianat'

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dirinya pengkhianat apabila mendedahkan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, perkara tersebut baru didedahkan kerana sepanjang dalam perkhidmatan kata-katanya tidak didengar. "Ada orang berkata, jika kita berada dalam sesebuah kumpulan, kata-kata kita tidak ada yang mahu mendengar.

"Jadi apabila sudah tidak ada apa-apa ini (bersara), saya perlu mendedahkannya. Ini penting... untuk anggota polis sendiri, tidak ada niat lain," katanya.

Minggu lalu, Musa dalam satu sidang media mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai 'junior' dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Mengakui tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.

Tindakan itu dibuat demi melihat rakyat terus percaya kepada polis dan juga menjaga reputasi PDRM. - SinarHarian

Orangni: jika Musa Hassan bukan pengkhianat maka sah-lah Hishammuddin Tun Hussein seorang pengkhianat..!!! Kerana mencampuri urusan hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.

Hishammuddin Tun Hussein pengkhianat wajib letak jawatan Menteri Dalam Negeri....!!!

** BERIKUT IKUTI WAWANCARA MANTAN KPN MENGENAI KEJADIAN DI GOMBAK **

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan serangan samseng Umno yang diketuai Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai suatu bentuk pencerobohan.

“Apabila ada satu pihak menceroboh masuk, tugas polis ialah jangan sampai ada pertumbahan darah. Kalau nampak dia (Pemuda Umno masuk, jangan benarkan,” katanya pada forum ‘Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita’ hari ini.

Beliau merujuk keganasan samseng Umno pada ceramah di Gombak Utara, 4 Disember lalu yang menyebabkan seorang lelaki cedera tikam manakala Ketua Pas Cawangan Gombak Utara, Haider Samsudin luka di kepala akibat dibaling pasu.

Musa berkata, mana-mana pihak termasuk parti pembangkang berhak mengadakan ceramah di tempat terbuka, apatah lagi dalam premis persendirian.“Hanya bagi notis. Kalau di tempat awam, ada permit.

Tempat sendiri tak perlu. (Kalau) saya, tak letak berdekatan.

Sebelum berlaku, cegah dulu,” katanya.“Polis kena adil jalankan tugas. Adakah timbulkan keadaan tak tenteram. Kita tak mahu orang berceramah bersebelahan.

“Tugas polis untuk tentukan keselamatan orang awam. Bukan bertembung dan bergaduh. Keselamatan penting. Malu bila tengok politik bertikam,” katanya.Pada sidang media pula, Musa sempat berpesan supaya polis tidak perlu menghantar pegawai Cawangan Khas (SB) bagi mengekori pergerakannya.

“Tak payahlah ikut-ikut saya. Banyak kerja lain yang boleh dibuat pihak berkuasa. Saya hanya minta betulkan,” katanya merujuk teguran dibuatnya kepada Menteri Dalam Negeri.

Minggu lalu, Musa mendedahkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga sepupu Perdana Menteri, campur tangan dalam institusi polis ketika pasukan itu diketuai beliau.

Rabu, 5 Disember 2012

Syabas...!!! UMNO Bukit Gantang terima anugerah Bahagian paling aktif kelentong Zambry

Bukit Gantang, 5 Dis 2012: Dewan Bunga Raya Changkat Jering berlangsung satu program tertutup yang dibuat UMNO disini.

Biasalah...UMNO sentiasa buat siri-siri pertemuan yang nama-nya tertutup sekarang, kononya ada agenda gerakerja sulit yang hendak dibincangkan,tapi walaupun tertutup....segala isikandung didalamnya selalu tersebar keluar tak sampai beberapa jam kemudian.....hahaha.....

Menurut sembang-sumbang dari ahli UMNO sendiri selepas perjumpaan tertutup tersebut,menyatakan perjumpaan ini dihadiri oleh MB Perak yang tidak halal hanyalah untuk menyampaikan anugerah kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang YB Datuk Rosli (ADUN Terong) yang konon-nya Bahagian paling aktif di Perak.

Aktif kelentong...hahaha...

Wakil-wakil dari pimpinan UMNO lain ada juga yang datang,kecuali Ketua UMNO Bahagian Taiping yang juga Setiausaha Politik kepada Zambry tidak datang, sepatutnya Datuk Shalimin wajarlah hadir sebab Bukit Gantang  berjiran dengan Taiping, tapi mungkin sebab malu dan masih berbulu telinga kerana persenda member dalam kejadian di Ipoh tempohari...hahaha...[ Ceritanya disini ]

Wakil dari kaum cina dan india juga dijemput hadir,tapi tak berapa kerat yang datang, keadaan ini memang kebiasaan dalam siri MB non halal turun ke sesuatu lokasi di Perak, kalau perjumpaan terbuka pun ramai yang tak datang, inikan pula tertutup....hahaha...

MB tak halal Zambry Kadir dikatakan menyampaikan amanat PRU panjang lebar kepada semua yang hadir,namun tarikh masih entah kemana sebab Presiden UMNO masih belum ada thulur mau umum...hahaha...

YB Rosli dikatakan kembang lubang hidung seperti buah terong busuk setelah dipuji melambung tinggi oleh MB Haram Zambry Kadir diatas laporan aktiviti UMNO Bukit Gantang yang  dikatakan paling aktif seterusnya dianugerah Bahagian Paling Aktif.

Macam radioaktif yang mengancam kehidupan...hahaha..

Menurut sembang-sumbang dari ahli UMNO lagi, Zambry tidak tahu yang dia telah dikelentong hidup-hidup dengan laporan tersebut, Zambry tidak tahu yang YB Rosli sentiasa tidak hadir diprogram-program Bahagian.

Tambahan pula isu bangunan UMNO Bukit Gantang yang disita pun Zambry tak tahu, sebab itu semua pertemuan rasmi tak dibuat di bangunan UMNO Bukit Gantang....hahaha....

Semua penduduk disini tahu permasalahan rakyat didalam Parlimen Bukit Gantang  yang timbul lazim selalunya akan diadu dan diselesaikan oleh tenagakerja Pusat Khidmat Ahli Perlimen Bukit Gantang YB Ir Dato Seri Nizar Jamaluddin dan bukanlah UMNO Bahagian Bukit Gantang. Contohnya masaalah kritikal berkaitan tanah dan kelip-kelip di Kampung Dew.[ Klik Sini] dan [Sini]

Sembang-sumbang ahli UMNO juga mengatakan kembang hidung YB Rosli kali ini sebenarnya hanya seketika saja...hidungnya menjadi merah kembang kempis sejurus kemudian....

KENAPA...??

Sebabnya MB Non Halal Zambry dikatakan cuba memuji YB Rosli Husin dan ditambah bagi anugerah sebab ada motif tertentu,motif utamanya hanyalah untuk memujuk YB Rosli melepaskan jawatan Ketua Bahagian dan melupakan  hajat nak bertanding dalam PRU akan datang di mana-mana DUN dalam  Parlimen Bukit Gantang, sebab dah ada individu yang lain dan khabarnya Zambry sendiri pun berminat nak cuba nasib di DUN Terong yang diwakili YB Rosli sekarang.

Begitulah sinopsis perjumpaan tertutup yang berlangsung di Dewan Bunga Raya semalam... Lanun puji lanun kemudian akan dihumban salah satu lanun ke-laut untuk makanan jerung sebagai laluan se-ekor lagi lanun naik bertahta jadi lanun dalam sesuatu tempat...hahaha.....

Zambry memuji UMNO Bkt Gantang dalam Tweet-nya...
Tak sedar dikelentong Rosli...hahaha...

Selasa, 4 Disember 2012

Debat: Dewan Muslimat PAS cabar Shahrizat Jalil

Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Pusat

CADANGAN DEBAT TERBUKA WANITA MALAYSIA

AntaraKetua Muslimat PAS MalaysiaDenganKetua Wanita UMNO Malaysia

ATAS ISU TRAGEDI 13 MEI 1969 & PERPADUAN NASIONAL

Dewan Muslimat PAS Pusat mengambil serius berhubung satu kenyataan dan ucapan oleh Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 2012 bertempat di PWTC pada 28 November 2012 yang lalu di hadapan khalayak awam dan disebarkan juga di media-media cetak dan elektronik dalam negara.

Dalam ucapan beliau pada hari tersebut, beliau antaranya menyatakan bahawa :-“..Terdapat pelbagai kemungkinan implikasi yang boleh difikirkan, tetapi sesuatu yang paling menakutkan ialah sekiranya parti kita menjadi parti yang tidak lagi relevan dan ditolak rakyat.

Kita mesti pertahankan ini dari berlaku dan sebab itulah kita perlu bangkit sekarang dengan penuh kesedaran bahawa kita memegang amanah untuk terus menjunjung bangsa dan mendaulatkan negara ini.

Keduanya, dijauhkan Allah, jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.

Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang. Saya bimbang dan kuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita?

Kita pastinya tidak mahu…Untuk itulah, sebelum keadaan yang digambarkan di atas berlaku, kita perlu mengambil langkah dan mencari jalan untuk mengatasinya…”Kenyataan/ucapan tersebut boleh mendatangkan rasa takut, cemas, rasa tidak selamat, tidak tenteram, berunsur ugutan, menghasut dan seterusnya upaya dan cenderung mendatangkan khianat awam kepada ketenteraman masyarakat awam pelbagai kaum di negara Malaysia ini.

Justeru, atas kesedaran serta kewajaran berpolitik secara matang, bertanggungjawab dan berdedikasih, Dewan Muslimat PAS Pusat dengan ini mencadangkan satu “Debat Terbuka Kepimpinan Politik Wanita Malaysia” diadakan segera di antara Ketua Muslimat PAS Malaysia dengan Ketua Wanita UMNO Malaysia bagi mengupas isu ini.

Surat pemakluman Cadangan Debat Terbuka Kepimpinan Politik Wanita Malaysia ini akan dihantar ke Pejabat Ketua Wanita UMNO Malaysia dengan kadar segera.

Harapan kami agar cadangan ini dapat disambut oleh pihak YBhg. Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Dewan Muslimat sengaja tidak mengambil tindakan Laporan Polis terhadap kenyataan berunsur ugutan tersebut agar ruang Debat atau pun Diskusi Terbuka ini dapat diberikan laluan dan mengambil tempat.

Objektif utama kita adalah untuk merealisasikan satu politik yang lebih matang, bertanggung jawab dan berakhlak selari dengan tuntutan Islam dan kesantunan bangsa Melayu.

Dewan Muslimat juga bersedia untuk menjawab segala tuduhan dan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia sepanjang menyampaikan Ucapan Dasar beliau di Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia pada 28 November 2012 yang lepas.

Kami yakin dan percaya, pendekatan ini ( yakni Debat/ Diskusi Terbuka serta Berdepan ) adalah lebih wajar daripada masing-masing hanya berhujjah di pentas yang berbeza dan rakyat terus keliru dan terkeliru dalam memahami fakta dan data.

Sekian.Dr SITI MARIAH MAHMU
DTimbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan Muslimat PAS MalaysiaKuala Lumpur, 5 Disember 2012

- FB Zaleha Md Said 

Alasan tembak 21 das sebab nak hentikan kenderaan adik Aminulrasyid Kpl Jenain dibebas

Kes Aminulrasyid: Koperal Jenain bebas

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menerima rayuan Koperal Jenain Subi dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuannya memutuskan demikian selepas mendapati Jenain, 49, tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk menghentikan kenderaan dipandunya.

Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.Ketika menjatuhkan hukuman September 2011, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.

Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.- SinarHarian.

* Orangni: Adakah ini salah satu campurtangan kuasa atasan yang  hangat diperkatakan mantan KPN Tan Seri Musa Hassan..?

Alasan tembak 21 das tembakan menjadi penyelamat dari hukuman...

Mungkin selepas ini banyak lagi kes tembak berdas-das tembakan bakal menjadi alasan terbaik untuk dibebaskan dari hukuman....apa mungkin juga Pihak PDRM boleh guna bahan letupan (C4)  untuk digunapakai bagi tujuan  memberhentikan kenderaan yang hanya  dikenalpasti berkemungkinan penjenayah..

Disumpah,dijatuhkan kemudian kepalanya diserkup akhir dicabut-cabut

Malang....malang....hahahaha.....

Inilah nasib yang menimpa beberapa buah  kamera AES yang melanun dinegara ini,  belum sampai beberapa bulan seperti terkena sumpahan dari rakyat....

Dilanggar jatuh,disembur cat pun ada,diserkup dan terkini dicabut sendiri oleh pihak yang memasangnya, kerana dikatakan beropersi secara haram di negeri Selangor...

Orangni bukan nak sokong tindakan vendalisma...tapi apa yang berlaku memang wajar kerana tanda protes rakyat tehadap kerajaan yang memandang keuntungan kroni mereka semata-mata.

Kita tunggu dan lihat pula nanti di negeri Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan...mungkin banyak lagi kamera AES bakal dicabut dan dihumban kelongkang selayaknya....hahaha....

Syabas kepada yang membantah sistem saman yang menguntungkan poket kroni-kroni UMNO..haha....- Orangni.
Hampir tumbang...Ini gaya nak ambil gambar kelajuan kapal terbang ...hahaha...

Tergolek rebah kebumi....Ini gaya santai...hahaha...

Diserkup... Ini gaya mempersenda Datin Rosmah...hahaha...

Akhirnya....dicabut...hahaha...

Isnin, 3 Disember 2012

Leman Raja Lawak anak kepada As- Syahid Ustaz Ibrahim Libya..??

Wajah budak lelaki bersongkok (Bulatan Merah) dikatakan Leman Raja Lawak

Agak kecoh juga ruang wall FB Leman Raja Lawak Original apabila dipostingkan sebuah gambar dari FB Geng Artis PAS  yang dikatakan keluarga Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya ada gambar Leman Raja Lawak atau nama sebenar Sulaiman Bin Ibrahim.

- Cuma inginkan kepastian dari sahabat semua,betulkah khabar angin yg mengatakan Leman Raja Lawak Original atau nama sebenar ( SULAIMAN BIN IBRAHIM ) ini adalah anak kpd AL-SHAHID USTAZ IBRAHIM LIBYA..boleh tak tolong sapa2 jelaskan? please.ana dah tanya abg leman sendiri dia kata bukan,tapi pic ni ?????????- FB Geng Artis PAS.

Gambar hitam putih (gambar lama) tersebut terdapat empat individu dan salah seorang (Kanak-kanak pakai kopiah) dikatakan Leman Raja Lawak.

Leman ketika aku menghubungi beliau menafikan dakwaan tersebut. Bagaimana pun Leman terharu dengan perkara tersebut.

Nama dan wajah dalam gambar tersebut mungkin hanya kebetulan sahaja.memang nama saya Sulaiman Bin Ibrahim, tapi bukanlah  Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya bapa saya. Bapa saya masih sihat tinggal dikampung kata Leman

Leman menyatakan lagi  Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya adalah tokoh pejuang Islam yang ditersohor dan memang menjadi idola dalam perjuangan-nya.

Memang jauh ketokohan beliau dengan diri saya,namun semangat perjuangan  Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya wajar dijadikan contoh kepada semua orang melayu dinegara ini demi menegakan Islam berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir ujar Leman Raja Lawak.

** Al-Fathihah buat  Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan para syuhada yang terkorban dalam kejadian tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman.