Al-kisah 2 hari lepas
satu mesyuarat bulanan Perhubungan UMNO negeri Perak dah berlansung di bangunan
UMNO Ipoh Perak…biasa la UMNO mesyuarat memang
berkali-kali,sebab ada metting ada masyuk untuk poket sendiri…tapi apa yang di
mesyuaratkan perlaksanaanya habuk pun tarak.
Dalam mesyuarat ini dikatakan para ketua-ketua bahagian UMNO
membawa dokumen berkaitan laporan aktiviti dibahagian masing-masing untuk dipersembahkan
kepada pengerusi mesyuarat memanda Menteri Besar Perak yang tidak halal.
Sebanyak 24 laporan aktiviti Zamry terima…Sorang demi sorang Ketua UMNO
Bahagian memberi laporan tersebut dengan pelbagai gaya persembahan,ada yang gaya
bodek,ada yang gaya tiada syahwat dan sebagainya.
Menurut sumber diantara
bahagian UMNO yang dikatakan paling banyak aktiviti ialah dari YB Rosli dari
DUN Terong,sampai naik boring para ketua-ketua Bahagian lain dengar YB Rosli
terong merepet-repet baca laporan,maklumlah
YB Rosli sekarang terumbang-ambing di
Terong dalam isu calon PRU, bikin laporan hebat-hebat la….tapi auta saja semua
tu..…hehehe…
Tapi malang bagi
Ketua UMNO Bahagian Taiping Datuk Hj Shalimin yang dikatakan membawa laporan
aktiviti yang paling terendah jumlah aktiviti dalam bahagian,khabarnya hanya 2
ke 3 program saja yang dilaporan Shalimin dalam laporan tersebut.
Menurut sumber lagi berikutan kelemahan dan kekurangan dari laporan jumlah aktiviti Shalimin ini,telah dijadikan bahan
ketawa,sindir menyindir antara ketua bahagian selepas selesai mesyuarat .
Persoalanya sekarang kenapa keadaan ini berlaku..?? Adakah
sabotaj terhadap Ketua UMNO Bahagian Taiping masih berlarutan berikutan
permainan politik nak jatuhkannya oleh orang-orang UMNO diTaiping..?
Benarkah Shalimin tiada aktif dalam membuat program di Taiping??
Tapi aku tengok ada aktiviti Shalimin di Taiping,tak percaya
tengok sini .
Adakah orang-orang disekeliling Shalimin sendiri yang
berkomplot nak humban-nya keluar dari UMNO Taiping…?
Usaha jatuh menjatuhkan dikalangan pemimpin UMNO sendiri memang
biasa sesangat…jadi wajarlah UMNO di singkirkan dari peta politik tanahair ini.
Kelihatan ketua-ketua UMNO bahagian dok bergelak ketawakan Shalimin diluar bangunan UMNO Perak... korang nak tumpang gelak pun boleh.....hahahaha... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan