Sabtu, 9 Mac 2013

Gempar..!!! Sebuah Rumah Hampir Musnah Di Bom


Ketika isu keselamatan negara sekarang agak panas diperkatakan oleh rakyat berikutan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu Sabah,para  anggota keselamatan bertungkus lumus berkorban membenteras saki baki para penceroboh yang dikatakan dari tentera Sultan Sulu.
Siri-siri serangan dari udara dan darat dengan mengunakan pelabagai senjata dari pasukan keselamatan negara,meriam,mortar,jet dan sebagainya dilaporkan bertubi-tubi melaksanakan misi ini, tiba-tiba jauh dari lokasi ini (Sabah) sebuah rumah di Sentul telah hampir musnah kerana dipercayai telah  di bom.
Semuanya angkara hutang along, sebuah rumah dihuni 10 orang sekeluarga hampir musnah dalam kebakaran selepas dibaling objek dipercayai molotov koktel dalam kejadian di Taman Sri Rampai, Sentul, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian jam 4.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada kegagalan seorang ahli keluarga terbabit menjelaskan wang dipinjam daripada along.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, seorang mangsa iaitu wanita berusia 50-an melihat sebuah kereta dipandu lelaki tidak dikenali berhenti depan rumahnya dan membaling objek.
“Sebaik objek itu dibaling, dia mendengar letupan di bahagian depan rumahnya disusuli api yang menyambar. Wanita terbabit meminta semua ahli keluarganya menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah berkenaan.
“Hampir keseluruhan rumahnya terbakar akibat kejadian itu. Mangsa dibantu jiran yang menghubungi pasukan bomba dan penyelamat,” katanya.
Zakaria berkata, bomba tiba di tempat kejadian berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah lain namun rumah dan perabot milik mangsa musnah teruk.
RUMAH mangsa yang musnah.
“Hasil soal siasat mangsa percaya perbuatan berkenaan dilakukan along kerana seorang ahli keluarganya meminjam dengan mereka dan gagal melunaskan pinjaman itu,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat menggunakan api.-- MyM

Pengarah ajak Carmen ke ranjang


“Saya sudah tidak tahan. Baru setahun mengenali pengarah itu, dia sudah menunjukkan belangnya kerana lebih 50 kali mengajak saya melakukan hubungan seks.
“Kerana menolaknya, saya bukan saja dipukul dan ditampar malah diugut disebarkan fitnah kononnya menjalin hubungan dengan ramai artis lain,” kata pelakon baru, Carmen Chew Richy, 22.
Itu nasib menimpa seorang pelakon Cina yang baru setahun berjinak di dalam dunia lakonan, tetapi terjerat ‘permainan’ seorang pengarah lelaki berusia 38 tahun yang menjadikannya mangsa ugutan serta gangguan seksual.
Mendedahkan perkara itu, Carmen yang juga pelakon utama drama Kampung Simpang Burung berkata, dia mengenali pengarah itu pada April tahun lalu selepas diperkenalkan rakan.
“Pada awal perkenalan, lelaki itu menunjukkan sikap baik sebelum menawarkan beberapa lakonan. Sehinggalah pada Jun, saya dilantik sebagai pembantu peribadi kepada produksi miliknya,” katanya.
Kata Carmen, selepas hubungan mereka bertambah erat terutama hal kerja, pengarah itu beranggapan dia teman wanitanya dan melakukan gangguan seksual apabila meraba anggota badannya.
“Kerana menolaknya, saya ditampar dan dipukul Julai tahun lalu. Saya berbuat demikian kerana saya tahu dia sudah beristeri,” katanya.
Oleh kerana tidak tahan sikap miang pengarah terbabit, Carmen beberapa kali menyatakan hasrat berhenti kerja namun dihalang lelaki itu sejurus diminta melakonkan sebuah video korporat dan dibayar RM1,000.
“Saya sedih menjadi mangsa keadaan. Bukan saja diajak lakukan seks, diraba dan dipukul, malah sepanjang setahun bekerja, saya dibayar hanya RM2,000,” katanya. - MyM

Ustazah Midah Doakan Nizar Semoga Bertaubat - Ustaz Kazim Bangga

Sejak beliau menjemput bebebeberapa kali-kali Ustaz Kazim Elias berceramah di sekitar jajahan politiknya di Sungai Rapat Perak dan isu kandungan ceramah Ustaz Kazim telah ditetapkan oleh YB Hamidah unsurkan politik, dilihat YB Dato Hamidah macam dah ditauliahkan menjadi Ustazah Pilihan yang diluluskan Ustaz Kazim Al-Hafrak...hahaha...

Ustazah Jadian Midah dalam Tweet-nya mendokan  YB DS Nizar bertaubat kerana dunia ini sementara je. Midah ni tak henti-henti menbuat konterversi dalam Perak untuk mancari publisiti termurahnya dalam dunia politik yang penuh kehitaman di Perak.

Ustaz Kazim pula sekarang memang mengalak gila berceramah diserata pelusuk negeri Perak dek kerana kat negeri lain dah kurang laku sebab dah tahu tembelang ceramah politik-nya dipentas ceramah ugama. 

Kalau ada jemputan dari luar Perak pun hanya sebilangan amat kecil jumlahnya tidak seperti dulu yang mana jadual Kazim Al-Hafrak amat padat dan sekarag amat kureng.

Tak lama lagi mungkin Ustaz Kazim akan bergandingan dengan Ustazah Midah berkongsi pentas berceramah politik di-atas pentas ceramah ugama.

Terkini dikatakan UMNO Bahagian Taiping dibawah Ketua Bahagianya Dato Shalimin Chivas12  telah menjemput Ust Kazim untuk konon-nya berceramah ugama di tapak pasar malam Kemunting pada pertengahan bulan ini. 

Bagaimanapun sudah menjadi sifat munafik UMNO Taiping yang pakar menyembunyikan penglibatan dalam hal jemput Ust Kazim, dikatakan telah menukar tanggungjawap pengurusan ceramah Kazim ini kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Ini pun sebenarnya UMNO BN juga cuma nama-nya saja di munafik-kan...hahaha...
Bukti..!!! Salahsatu banner ceramah politik Kazim Al-Hafrak dikawasan Ustazah  Midah 
Khabarnya semua ketua UMNO Cawangan di Taiping dah dikerahkan  kumpul nama ahli untuk dipunggah upah ke ceramah Kazim Al-Hafrak di Kemunting nanti.

Jumaat, 8 Mac 2013

Jom Tengok..!!! Wajah Dajjal Berjaya Dirakam

Dajjal Pencacai UMNO..!!! muka inilah yang jadi tukang baling batu di ceramah bukit katil melaka


 KERJA DAJJAL UMNO: BUDAK SEKOLAH JUGA DIUPAH MENJADI SAMSENG 

Demi menghalang kebangkitan rakyat di Melaka, BN sanggup mengupahkan budak sekolah sebagai samseng mereka. 

Budak-budak lelaki dan perempuan yang berusia rendah ini bukan sahaja cuba untuk mencabar kesabaran penyokong-penyokong Pakatan, tetapi juga maki penyokong-penyokong Pakatan dengan perkataan kasar dan lucah dalam kejadian di Bukit Katil Melaka.

Nampaknya BN sanggup mengorbankan masa depan budak-budak sekolah demi kebudayaan samseng mereka ni.

Dimanakah masa depan anak cucu kita? Dimanakah masa depan Malaysia ?? Jika Barisan Nasional terus mentadbir selepas PRU-13...-


Sumber- FB

..............................................

Anggota Keselamatan Yang Terkorban Di Lahad Datu Angkara Wasathiyyah Najib


KUALA LUMPUR, 9 Mac - Najib Tun Razak berkata konon-nya konsep wasatiyyah perlu dijadikan teras utama dan hala tuju negara kerana ia mampu menjanjikan keseimbangan dan kesejahteraan dalam kehidupan dunia malah di akhirat.

"Konsep wasatiyyah seharusnya dijadikan amalan kehidupan bagi semua golongan dan peringkat seperti yang ditekankan dalam Islam.

"Kesederhanaan itu merujuk kepada kebijaksanaan sikap dalam membentuk hubungan yang baik, harmoni, saling menghormati di antara umat Islam dan penganut agama lain di mana ia memerlukan keseimbangan di antara soal duniawi dan ukhrawi," katanya. ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Institut Wasatiyyah Malaysia di sini malam tadi.

Bini rambut terjojol pun di anggap wasathiyyah..?
Turut hadir ialah isteri-nya DS Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin dan Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia Mohd Yusof Din.

"Malaysia sentiasa mengamalkan pendekatan dan konsep wasatiyyah walaupun negara sedang berdepan dengan masalah rumit.

"Oleh itu, falsafah wasatiyyah amat kena pada masanya untuk pemimpin negara menguruskan hala tuju negara," katanya.


Mengambil contoh insiden Lahad Datu dan Semporna, Najib menegaskan Kerajaan mengambil keputusan berpandukan konsep wasatiyyah sebelum melancarkan serangan terhadap penceroboh bersenjata di Sabah.
..........................................

Orangni: Najib ni cakap tak serupa bikin..!! Kalau dalam aspek nak jaga keluarga pun dia gagal,sehinggakan bini-nya Rosmah kehulu kehilir dengan mendedah rambut terjojol pun tidak berani dinasihatkan,adakah nak nasihat pun wasathiyyah..??

Ini dikaitkan pula kes kat Lahad Datu konon-nya kerajaan buat keputusan berkonsepkan wasathiyyah ala UMNO BN...hahaha... Nampak sesangat Najib banyak main politik dalam aspek keselamatan tanahair sehinggakan 8 nyawa anggota keselamatan terkorban kerana percaturan konon-nya wasathiyyah.

Ramai rakyat yakin sekira isu di Lahad Datu Sabah ini tidak dicampuri oleh kuasa politik Najib, nescaya pihak PDRM dan ATM mampu selesaikanya dengan lebih berkesan. Tambahan lagi didakwa ramai pihak mengatakan kejadian di Lahad Datu ini berpunca dari kerja kotor UMNO BN dalam isu pemberian I/C kepada pendatang asing demi politik jijik UMNO BN.


Kicap Buatan Bumiputera Dalam Botol Arak


Ani menunjukkan botol arak yang diguna semula diisi kicap dan dijual kepada pengguna.
SUNGKAI Perak -- Seorang pengguna terkejut apabila kicap yang dibeli di salah sebuah pasar raya dekat sini didakwa menggunakan bekas botol arak. 

Pengguna yang hanya dikenali sebagai Ani, 45, berkata, dalam kejadian Isnin lalu, dia membeli kicap buatan bumiputera itu di salah sebuah pasar raya, di sini. Katanya, dia tidak perasaan tentang perkara itu sehingga diberitahu anak perempuannya yang berusia 16 tahun. 

"Anak saya memberitahu botol kicap yang dibeli itu seperti botol arak,  kemudian saya memeriksa bahagian bawahnya dan  mendapati ada tertulis jenama  arak di situ," katanya  ketika ditemui di sini, semalam. 

Dia yang terkejut dengan penemuan itu, melarang anaknya itu untuk menggunakan kicap itu kerana ragu dengan status isi kandungannya. “Walaupun mempunyai tanda halal pada label botol, penggunaan bekas botol arak oleh pihak pengeluar kicap  itu menyebabkan saya ragu-ragu untuk menggunakannya. 

“Apa yang lebih membimbangkan, kicap buatan bumiputera yang berada di pasaran itu dikhuatiri ada yang menggunakan botol arak dan akan memberi masalah kepada umat Islam,” katanya. Ani berkata, jika produk itu tidak dipantau oleh agensi berkenaan, ia akan memberikan masalah kepada umat Islam kerana diragui status halalnya. Katanya, jika benar botol yang digunakan oleh syarikat itu adalah botol arak, seharusnya mereka lebih peka dengan sensitiviti umat Islam dan tidak hanya memikirkan untuk mengaut keuntungan semata-mata. 

Menurutnya, dia cuba menghubungi syarikat pengeluar kicap berkenaan namun tidak berjaya apabila nombor yang tertera tiada dalam perkhidmatan. 

“Saya bimbang jika isu ini tidak diberi perhatian daripada pihak yang berkenaan, mungkin banyak lagi bekas botol arak ini diguna semula untuk pengeluaran kicap di pasaran sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan umat Islam,” katanya. - SH
.....................................

Ust Azhar Idrus- Guna Gelas / Botol ; Jenama Arak



Hukum Menggunakan Botol Arak bagi mengisi air minuman seperti air mineral

Harus menggunakan botol arak bagi mengisi air ataupun bahan 
lain  (Seperti Kicap) dengan syarat botol itu dibasuh terlebih 
dahulu sehingga bersih.


Label arak yang ada pada luar botol itu pula perlu dibuang 
ataupun ditutup supaya perkara yang diharamkan agama 
tidak tersebar.
Wallahualam..

Sumber: Buku 'Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus mejawab'..

Ganas...!!! Kayu Bendera UMNO BN Belasah Kereta Polis



Kayu Bendera Dacing dipukul pada sebuah kereta polis
Belum reda lagi isu pencerobohan oleh anggota penceroboh militan Sulu di Sabah, tiba-tiba di Semenanjung Malaysia malam tadi berlaku kejadian saling tak tumpah ala-penganas yang diburu anggota keselamatan negara disana.

Kejadian ini berlaku di negeri Melaka,sebuah negeri yang terkenal dengan watak pahlawan Hang Tuah dan kaya dengan  adat sertabadap budaya melayu. Malangnya pada malam tadi dilapor sekumpulan manusia yang konon-nya berbangsa melayu dan menyokong parti yang konon-nya memperjuangkan hak melayu bertindak seperti manusia tidak bertamadun malah seperti binatang yang tidak tahu adap dan undang2.

Dilaporkan kejadian di Bukit Katil Melaka ini terjadi kerana rombongan DSAI bersama bas Merdeka Rakyat ke lokasi untuk program ceramah isu semasa dan mendatangkan ketidakpuasan hati puak pencacai penyokong UMNO BN disini. Bas Merdeka Rakyat telah menjadi mangsa tangan-tangan binatang bertopengkan manusia, habis cermin bas tersebut pecah dibaling batu dan turut menyaksikan beberapa ahli PR cedera serta dilaporkan seorang anggota polis turut cedera.

Tak cukup dengan semua itu, sebuah kereta polis turut di pukul dengan kayu yang diatas-nya berkibar bendera cap dacing,sungguh celaka puak-puak UMNO BN dari Melaka ini.(Gambar2 diatas)

Konon-nya presiden UMNO ke Sabah semalam untuk suntik semangat petriotik kepada anggota keselamatan disana,rupanya ahli-ahli UMNO BN di Semenanjung langsung tidak bersemangat petriotik,sebaliknya bersemangat seperti penganas militan yang menceroboh Lahad Datu.

Rakaman video 1:17 "Politik Ganas SAMSENG UMNO MELAKA!!!"telah mendedahkan aksi-aksi samseng ala-penganas dari penyokong UMNO BN.

Apapun Orangni ucapkan syabas kepada anggota polis yang berada dilokasi kejadian di Melaka semalam,kerana berjaya menyekat dan menghalau Syaitan-Syaitan UMNO BN dari terus membuat kacau. Tahniah anggota PDRM.

Khamis, 7 Mac 2013

Aku Mohon Bantu Bapa Saiful Bukhari

Mohon sebarkan info ini kepada semua...
Orangni mohon kepada semua yang sayangkan tanahair  supaya sebarkan berita yang meletop hari  ini, jika kita yang diketogerikan masyarakat Online sentiasa didedahkan dengan sumber maklumat terkini mengenai sesuatu informasi, cuba fikirkan Pak Cik,Mak Cik,Pak Long,Mak Long,Abg Nga,Adik,Abang,Kakak dan sebagainya yang tidak melayari laman internet (Offline).

Bertambah khuatir sekiranya golongan offline hanya terchongok depan TV3suku pada jam 8 malam setiap hari dan hanya mengadap Utusan Malaysia dan para sekutunya,sudah  tentu maklumat pendedahan dan pengakuan Azlan Mohd Lazim ( Bapa kepada Saiful Bukhari), hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak  bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sampai kepada mereka.

Orangni mohon copy dan print berita ini sebanyak mungkin untuk disebarkan dan jika esok hari ada surat khabar tanahair keluarkan berita berkaitan Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar atau yang sama maksud denganya sila beli sorang satu atau lebih untuk dibaca dan disebarkan kepada semua..

Prihatin dan tindakan anda amat-amat dihargai untuk mendedahkan kejahatan dan kezaliman UMNO BN...Takbir...!!!!



Najib Di Malukan Tentera Di Sabah

TUNGKU (Lahad Datu) 7 Mac 2013 - Lawatan  Najib Tun Razak ke Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini hari ini konon-nya untuk membakar semangat kepada anggota tentera yang berjuang dalam Operasi Daulat menentang penceroboh dari Selatan Filipina.

Terkonyong-konyong Najib bergaya lagak macam "Wira" tapi lengok gaya-nya  tak ubah hanya bermotifkan politik UMNO BN. 

Syabas kepada anggota tentera yang berkhidmat,berjuang dan berkorban untuk tanahair ini bukan kerana mempertahankan atau menyokong semangat politik yang dibawa oleh Najib ini.

Najib dimalukan oleh sekumpulan anggota tentera yang dikatakan bergambar dengan-nya, Najib macam biasa la..kalau nampak saja kamera nak ambil gambar,pasti isyarat 1Malaysia akan di gayakanya dengan penuh bangga. 

Malang bagi Najib hanya 3 anggota tentera saja yang mengayakan isyarat 1Malaysia bersama Najib...yang lain hanya angkat penumbuk mungkin dah biasa dengan laungan "TAKBIR..!!!" dan "Reformasi..!!!" selebihnya angkat senjata tanda semangat petriotik dan kebanyakan yang lain hanya buat don't now saja...hehehe....
Klik imej untuk lebih jelas
.Orangni: Najib ke Sabah untuk tujuan Politik bukan kerana Petriotik
Tanya sama Najib..
Apa sebab goyang
Nanti jawap Najib..
Undi pos dah hilang...
hahaha...


Ikan Paus di Pantai Merdeka Mati

7 Mac 2013/ SinarHarian
Pengunjung mengambil peluang melihat dengan lebih dekat dan merakamkan gambar bersama bangkai ikan paus.
SUNGAI PETANI - Pengunjung Pantai Merdeka di sini kelmarin gempar apabila menemui bangkai seekor ikan paus di pesisiran pantai itu kira-kira jam 7 malam. 

Ikan dianggarkan seberat satu tan dan berukuran kira-kira lima meter itu dipercayai tersasar dari Lautan Hindi dan memasuki ke kawasan Laut Andaman sebelum sesat dan terperangkap di Selat Melaka.

Difahamkan, sebelum itu, ikan berkenaan dilihat terapung sekitar jam 4 petang oleh nelayan dan terdampar kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin. Nelayan yang enggan dikenali berkata, pada mulanya dia ternampak satu objek besar seperti longgokan sampah di tepi pantai berkenaan.

Bagaimanapun, apabila objek itu dihampiri, dia terkejut setelah mendapatinya seekor ikan  yang besar dan tidak pernah dilihatnya sebelum ini. “Saya dapati ikan paus itu telah pun mati,” katanya.

Ini merupakan kejadian ketiga bangkai haiwan marin terdampar di kawasan tersebut selepas tsunami pada 26 Disember 2004. Pada 18 September 2006, penduduk Kampung Kepala Jalan terletak kira-kira tujuh kilometer dari lokasi penemuan itu pernah digemparkan dengan penemuan seekor penyu besar di pantai berkenaan.

Selepas itu, seekor bangkai ikan paus dari spesies Bryde’s Whale dianggarkan seberat 4,000 kilogram dan berukuran 12 meter ditemui di Kampung Pulau Sayak pada Februari tahun lalu. Penemuan kelmarin, menarik orang ramai mengerumuni kawasan pantai untuk melihat dengan lebih dekat bangkai ikan paus berkenaan.

Dipercayai, ikan paus berkenaan mati di laut beberapa hari lalu dan bangkainya dihanyutkan ombak ke pesisiran Pantai Merdeka.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Perikanan Negeri berkata, pihaknya telah menghantar pegawai untuk menjalankan siasatan di lokasi penemuan berkenaan.

Berdasarkan maklumat, sampel darah ikan paus terbabit juga diambil untuk dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) di Rantau Abang, Terengganu.

Tiba-tiba Kelibat Presiden Uncle Sam Muncul di Sabah..!!??


Macam President USA - Orangni tenung...sejak turun dari pesawat Nuri atau Sikorsky buatan Amerika Syarikat  yang mana Malaysia mengunakan model Nuri ini yang dikeluarkan pada tahun 1961. Bermakna pesawat tua dalam perkhidmatan ATM.

Macam President USA - Apabila Orangni teliti...gambar-gambarnya  bersama anggota ATM yang berunifom lengkap, beliau tersenggeh suka sama macam gaya president USA.


Agak mustahil President USA meniru gaya beliau...tapi kalau kata beliau yang tiru gaya President USA mungkin seluruh rakyat negara ini akan berkata "Betul"...hahaha....

Beliau hanya boleh tiru gaya President USA sahaja secara luaran saja,itu pun 100% dipercayai untuk cari sokongan undi pos dari anggota Keselamatan,maklumlah PRU dah nak dekat...inilah peluang yang ada untuk beliau mempergunakan untuk raih sokongan yang semakin merudum. Mengapa Orangni mengatakan beliau tiru luaran saja..???
2 gambar dibawah mungkin boleh menjawapnya.....hahaha.... 
Salahsatu pesawat  yang digunakan anggota tentera US ke medan perang
Anggota keselamatan negara kita guna pesawat awan tambang murah..???
Orangni menolak kenyataan yang mengatakan bahawa mengunakan pesawat awam sebagai muslihat untuk tidak dikesan oleh musuh,ini kerana anggota tentera yang naik pesawat tambang murah ini semua berunifom lengkap bukan menyamar pakai awam....hahaha....

Nampaknya Najib hanya di APCO-kan untuk meraih sokongan politik saja...tapi dari aspek lain Najib gagal.


Rabu, 6 Mac 2013

Penganas Sulu Nafi Itu Gambar Mayat Tenteranya..?

Sumber : FB

Penganas Sulu keluar kenyataan nafi gambar berkenaan adalah mayat Pengganas, kata Pengganas Sulu, ATM tersilap lepaskan Bom dikawasan ATM sendiri & gambar tersebut adalah mayat Anggota ATM/PDRM... 

FAKTA: 

  • 1. Kalau kena bom dari serangan Udara Jet Pejuang, mayat mesti hancur lebur... Kurang2 pun mesti cacat. Mayat dalam gambar berada dalam keadaan sempurna. Pakaian x koyak sikit pun - SEMPURNA pakaian & tubuh badan. 


  • 2. Serangan bom dibuat pada awal pagi Kelmarin dulu (Selasa, 5hb. Mac, 2013)... Keadaan mayat dah kembung2... Secara lojiknya mayat manusia x kan mengembung dalam masa 24 - 48 jam hatta lemas dalam air sekalipun. KESIMPULAN: Mayat dalam gambar bukan mangsa serangan bom. Gua yakin 100% semua jadi mayat sebab kena tembakan dalam kejadian tembak menembak pertama sepanjang Krisis Lahad Datu. 
***Geng jahat kot mana2pun mesti nak cerita hebat dia je...
............................
Sumber berkaitan juga mengatakan Jamalul ketika ditanya  Harian Filipina sebagai berkata."Bom telah digugurkan ke atas mereka tetapi dengan rahmat Allah, bom tidak meletup  tetapi di tersasar sebelah Malaysia," 

Laporan awal berkata bahawa tentera udara Malaysia telah menjatuhkan bom 1km tersasar dan askar Kiram dan mereka semata-mata berdiri  menonton jet pejuang dan tembakan meriam berat ke-atas sebidang  tanah kosong di Kampung Tanduo yang mana mereka duduki sebelum ini.- http://my.news.yahoo.com
.............................

Orangni: Spekulasi atau tanggapan dari berbagai pihak semakin menjadi-jadi berkaitan isu pencerobohan di Lahad Datu Sabah. Ada yang kata Sandiwara,lakonan dan sebagainya.

Semua pandangan berkaitan isu ini akan merungkai segala persoalan dalam kejadian yang dikatakan mengorbankan 8 anggota keselamatan tanahair. 

Apapun memang celaka dan haramjadah sekiranya semua tragedi Lahad Datu ini berlaku dengan agenda dan ber-skrip.

Paling malang dan menyedihkan ialah bagi anggota keselamatan yang terlibat seperti dijadikan pelakon tanpa disedari oleh mereka untuk sebuah sandiwara haramjadah dari Syaitan Yang Dikenali...!!!!

Panas dan Pelik..!!! Video PDRM Tidak Mengari (handcuffs) Penceroboh Tersebar

Teramat pelik dan menghairankan apabila melihat sebuah klip video 1:06 yang dimuat naik dilaman Youtube oleh Harian Merto berkaitan Operasi polis di Kampung Airport Semporna Sabah.

Dalam klip video ini memaparkan beberapa anggota keselamatan dari PDRM yang dikatakan memberkas militan penceroboh yang menjadi isu hangat di Sabah sekarang ini.

Apa kejadahnya militan penceroboh itu hanya diiring oleh beberapa anggota PDRM bersenjata tapi tangan tidak di pasangkan gari (Handcuffs)..??? 

Apakah ini tindakan yang betul dan suatu tindakan terdesak kerana kekurangan gari dalam logistik PDRM..?? 

Apa yang mengecewakan apabila dilihat militan penceroboh seperti dipaksa berlakon seperti tangan digari disilangkan di belakang. Malangnya aksi ini kantoi dengan rakaman klip video tersebut.

Orangni bukan mempertikaikan atau memperlekehkan kebolehan dan pengorbanan yang diberi oleh anggota keselamatan yang bertugas di lokasi, cuma dalam aspek keselamatan istilah "Tiada Kompromi" harus di laksanakan secara total dalam keadaan seperti di sabah sekarang.

Tidak bolehkah digunakan sebarang tali atau tali sling senjata untuk mengantikan gari..??? Atau ada agenda lain yang tersembunyi.....

Kelihatan anggota Keselamatan dalam Ops Kg Airport
Diberkas: Lelaki berbaju putih tangan dibelakang di-iringi anggota Keselamatan
Tangan seperti di gari....
Sebenarnya.....sekadar lakonan, kenapa jadi begini...???
Saksikan militan penceroboh tidak di gari.....
......................................
Tangan Suspek "Pengganas" Tidak Bergari...!!!
Gari tiada..??? atau ada Skrip...???
Sandiwara atau Skripwara...????

Dewan Di Ceroboh dan Jalur Gemilang Di Terbalikan

Dewan Orang Ramai Kg Expo Kemunting Taiping jadi mangsa UMNO Chivas..!!
Petang semalam dapat tengok Jalur Gemilang di Malangkan oleh UMNO Chivas12 Kemunting...

Sudah la Dewan Orang Ramai diceroboh untu dipergunakan secara haram untuk tujuan politik bahlol UMNO di Kemunting Taiping...Bendera Malaysia pun dipasang terbalik, apa punya biol puak UMNO Chivas12 Kemunting..!!!


ADUN Kemunting YB Zahir tak boleh disalahkan...sebab dia ni YB untuk tujuan koperat saja...urusan bisnes boleh jumpa YB Zahir,kalau isu pasang bendera terbalik...sorry..!!! YB Zahir bo..layan..


Tapi....kenapa  Cikgu Najmi B Awang tak ajar cara-cara yang betoi pasang bendera....???

Psss....mungkin Cikgu Najmi B Awang sibuk dengan blog-nya TaipingMali TaipingMalu....mana ada masa nak ajar walaupun kejadian pasang bendera terbalik ni tak jauh dari rumahnya...hahaha.....

Kalaulah kat pejabat kepunyaan PAS,PKR atau DAP pasang bendera terbalik.....mau jadi sewel UMNO Taiping mainkan isu ini...hahaha....


Tetak Pengarah Hospital Taiping Seorang Lelaki Serah Diri


Taiping Bandar Warisan : Lelaki yang bertindak menetak Pengarah Hospital Taiping sehingga parah menggunakan parang menyerah diri kepada pihak polis hari ini.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, DSP Leong Wen Yew berkata suspek telah menghubungi pihak polis untuk menyerah diri kira-kira jam 11.30 pagi tadi, di satu lokasi di Jalan Maharajalela, Taiping. 
"Suspek dijangka direman esok bagi membantu siasatan kes tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama. Dalam kejadian pada 11.20 pagi semalam di hospital berkenaan, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman cedera di badan, kepala dan tangan akibat tetakan seorang petugas hospital itu.
Suspek dipercayai tidak berpuas hati kerana dia diarah berpindah ke unit lain.
Dr Mohd Yassim dilapor turut patah tulang lengan dan kini menerima rawatan di Hospital Selayang, Selangor. - SH

Penceroboh Lahad Datu Guna "JIN" Untuk Bertempur..!!!

Tidak dapat pastikan kesahihan mengenai apakah benar sebuah artikal dilaman FB mengatakan terdapat suatu upacara seperti ritual pemujaan yang memaparkan foto Sultan Kiram bersama peralatan yang biasa digunakan dalam upacara pemujaan.

Konon-nya upacara ini dilakukan untuk pendinding atau kebal kepada bala tenteranya ke Sabah (Militan Penceroboh Lahad Datu).

Petikan dari sebuah laman FB: Selepas Rakyat Malaysia beramai-ramai Solat Hajat semalam dan hari ini ternyata Sultan Kiram dan tentera Suluk Kepanasan dan kini dilihat Sultan Kiram sedang membuat satu 'upacara' dinyakni sebagai 'peninding/kebal' menyeru Jin untuk meresap ke bala Tenteranya di Sabah.

Sekarang ATM & Police Malaysia bukan berperang dengan Manusia , kini mungkin berperang dengan 'JIN' atau Syaitan dikalangan Tentera Suluk Kiram . 

Semoga Rakyat Malaysia Penganut Ugama Kristian , Islam bersatu memberikan Doa kepada Tentera-Tentera Kita yang juga berbilang Agama untuk mengalahkan 'Jin Kiram' tersebut.


Gambar sumber FB
..........................................
Orangni: Mendampingi atau menggunakan jin ialah dengan cara tertentu, sama ada melalui menuntut, saka atau dengan seru atau pemujaan. Perbuatan ini dianggap salah jika dengan maksud melakukan perbuatan yang salah di segi syara’, kerana boleh membawa kepada pemujaan jin. 

Ada orang menggunakan jin atau disebut dengan berbagai-bagai nama seperti alam ghaib atau lain-lain, yang sebenar ia adalah dari jenis jin. 

Walaupun penggunaan makhluk jin ada menampakkan macam ada kebaikan yang kadang-kadang menonjol, tetapi ianya selalunya  boleh membawa kepada penyelewengan akidah, kerana amalan seperti itu bukan dari ajaran nabi.

Jauhi perkara khurafat dan anggota keselamatan negara jangan gentar berhadapan dengan para militan penceroboh tanahair. Anggota keselamatan yang berugama Islam hendaklah  jangan tinggalkan solat dan sentiasa mengingati Allah (Zikir). Teruskan perjuangan...Takbir...!!!!!