5 Mac 2013
Taiping - Akibat tidak berpuas hati kerana diarah berpindah ke unit lain, seorang lelaki bertindak menetak Pengarah Hospital Taiping sehingga parah menggunakan sebilah parang sepanjang dua kaki hari ini.
Dalam kejadian pada 11.20 pagi di hospital berkenaan, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman cedera di badan, kepala dan tangan selepas cuba menahan asakan serta tetakan oleh seorang petugas di Jabatan Pengimejan dan Diagnostik hospital itu yang berusia 53 tahun.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping DSP Leong Wen Yew berkata, kejadian berlaku ketika pengarah itu pergi ke pejabat suspek untuk menemuinya dan mereka dipercayai bergaduh kerana suspek diarah berpindah ke unit lain dan diminta mengosongkan pejabat unit sedia ada.
Akibat tidak berpuas hati, suspek beredar dari situ dan kemudian datang semula membawa sebilah parang sebelum menetak mangsa di ruang legar berhampiran Unit CT Scan hospital berkenaan, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata pengarah itu yang dipindahkan ke Hospital Selayang, Selangor untuk rawatan lanjut pada pukul 1 tengah hari turut mengalami patah tulang lengan.
Keadaannya dilaporkan stabil. Wen Yew berkata, polis percaya parang itu telahpun disediakan lebih awal kerana difahamkan ketegangan antara mereka terjadi sebelum berlaku insiden hari ini.
Suspek melarikan diri sebaik sahaja kejadian itu berlaku dan sehingga kini belum dapat dikesan walaupun polis menjejaki suspek di rumahnya, katanya.
"Kami meminta suspek menyerahkan diri kepada polis. Kami percaya suspek tidak pergi jauh," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda berbahaya lain yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda atau sebatan. - SH

...................................
Orangni: Tak pasal-pasal Tuan Pengarah Hospital dapat sakit akibat staf-nya sendiri yang tak puas hati...apapun suspek bakal dapat sakit akibat perbuatanya...
sebenarnya,ramai yang sakit dalam hospital taiping.bapa aku sakit bisul dalam telinga.saraf mukanya hampir rosak.doktor trong(daerah) mencadangkan ENT taiping.sepatutnya prosedur 20minit dah jadi 2 tahun.gara2 kepandaian eksperimen memasukkan ubat bius bukan kedalam telinga tapi hidung.hanya seorang pakar ENT,tapi masuk lewat dalam bilik bedah kerana terlalu ramai patients.doktor junior(melayu bumiputera islam) dan nurse(melayu bumiputera islam) mmg kena teruk dan marah pulak bapa saya kerana tidak memberitahu dimana sakitnya.4 doktor menesahkan penyakit itu,menuliskan dalam buku.tambah ekstrem,bapa saya semenjak sakit mmg tak boleh bercakap(saraf).tp doktor singh(yg senior tadi,bukan bumiputera juga kafir) dgn penuh tanggungjawab sedaya upayanya membetulkan keadaan.alhamdulillah,dia pulih cuma diktor terpaksa lubangkan eardrum utk mengelakkan tekanan nanah menekan saraf otak.
BalasPadamnak tambah...arwah ayahku sakit kanser paru2 masuk hosp taiping kena tebuk kat dada nakbuang air yg terkumpul tup tap aku sampai je kat wad arwah yg dikelilingi doktor2 pelatih siap ada pen kertas pulak diketuai seorg doctor meminta MAAF di depan aku sebab silap tebuk.Ingat ayah aku nie daging apa ke main silap2 tebuk. Yg tebuk tuh pelatihhhhh..dahla arwah ayah aku kena kanser sakit tak terkirer ditambah penderitaan silap tebuk. kitaorg pindah terus pi Colombia Asia Taiping. Bayar pun bayarlah. Ini ke penghargaan kepada bekas askar yg menjaga negara sehingga ke akhir hayat dilayan begini? Arwah ayah aku manusia bukan tikus ke,ikan ke ye.
BalasPadam