Pengikut

Jumaat, 8 Mac 2013

Ganas...!!! Kayu Bendera UMNO BN Belasah Kereta Polis



Kayu Bendera Dacing dipukul pada sebuah kereta polis
Belum reda lagi isu pencerobohan oleh anggota penceroboh militan Sulu di Sabah, tiba-tiba di Semenanjung Malaysia malam tadi berlaku kejadian saling tak tumpah ala-penganas yang diburu anggota keselamatan negara disana.

Kejadian ini berlaku di negeri Melaka,sebuah negeri yang terkenal dengan watak pahlawan Hang Tuah dan kaya dengan  adat sertabadap budaya melayu. Malangnya pada malam tadi dilapor sekumpulan manusia yang konon-nya berbangsa melayu dan menyokong parti yang konon-nya memperjuangkan hak melayu bertindak seperti manusia tidak bertamadun malah seperti binatang yang tidak tahu adap dan undang2.

Dilaporkan kejadian di Bukit Katil Melaka ini terjadi kerana rombongan DSAI bersama bas Merdeka Rakyat ke lokasi untuk program ceramah isu semasa dan mendatangkan ketidakpuasan hati puak pencacai penyokong UMNO BN disini. Bas Merdeka Rakyat telah menjadi mangsa tangan-tangan binatang bertopengkan manusia, habis cermin bas tersebut pecah dibaling batu dan turut menyaksikan beberapa ahli PR cedera serta dilaporkan seorang anggota polis turut cedera.

Tak cukup dengan semua itu, sebuah kereta polis turut di pukul dengan kayu yang diatas-nya berkibar bendera cap dacing,sungguh celaka puak-puak UMNO BN dari Melaka ini.(Gambar2 diatas)

Konon-nya presiden UMNO ke Sabah semalam untuk suntik semangat petriotik kepada anggota keselamatan disana,rupanya ahli-ahli UMNO BN di Semenanjung langsung tidak bersemangat petriotik,sebaliknya bersemangat seperti penganas militan yang menceroboh Lahad Datu.

Rakaman video 1:17 "Politik Ganas SAMSENG UMNO MELAKA!!!"telah mendedahkan aksi-aksi samseng ala-penganas dari penyokong UMNO BN.

Apapun Orangni ucapkan syabas kepada anggota polis yang berada dilokasi kejadian di Melaka semalam,kerana berjaya menyekat dan menghalau Syaitan-Syaitan UMNO BN dari terus membuat kacau. Tahniah anggota PDRM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan