Sabtu, 26 April 2014

Terbongkar..!! Lawatan Rasmi Barack Obama Ke Malaysia dikesan ada kekurangan

LIHATLAH KEKURANGAN OBAMA BERBANDING NAJIB

Gambar A: Obama melambai tangan ketika tiba di Malaysia bersendirian dipintu pesawat Air Force One ketika lawatan rasmi negara.
Gambar B: PM Najib  Rosmah dan Najib melambai tangan dipintu pesawat Delta Romeo (Datin Rosmah / Duit Rakyat) dalam semua lawatan rasmi negara. 
Gambar A: Sebelum Obama tiba.... kereta rasminya The Beast“ akan tiba dahulu...
Gambar B: Sebelum Najib turun pesawat khas.... Bini rasmi Najib "The Big Mama" akan turun dahulu...hahaha...

Khamis, 24 April 2014

Ustaz Kazim Elias dapat RM20ribu terus bodek Najib tak kufur sebab tolak hudud

Pernah di pelawa oleh Najib untuk jadi Macai berstatus tinggi dalam UMNO (MT UMNO) tapi ditolak olehnya... Penolakan tu sebab tak tahan mental di hentam kuat oleh orang-orang UMNO sendiri... Ada yang kata Kazim ni "Tok Guru Terompah" oleh seorang mantan ADUN UMNO.

Kemudian isu Kazim senyap kembali untuk beberapa ketika dalam permainan politik UMNO...dia dok sibuk dengan slot-slot ceramah kat TV astro.

Dan kini muncul lagi dengan mempertahankan kerajaan UMNO Munafikun bahawa kerajaan negara dibawah PM Najib tak kufur berkaitan hudud. 

Kazim kata dia setuju dengan kenyataan Najib bahawa ada beza menolak dengan dan belum melaksanakan dan ada banyak perkara yang perlu diteliti mengenai soal hudud.

Maklumlah dah dapat sedikit habuan dari Najib baru-baru ni....hahaha...

Khabarnya dapat hanya RM20ribu je  dalam program Bicara Pondok, Ijtimak Pondok 2014 kat Kedah baru-baru ni...terus bodek Najib....hahaha...

Hahaha...Kazim dapat 20ribu....
Terus membodek Najib dek kerana dapat habuan...inilah Ustaz dalam UMNO Munfikun

Kazim....cuba deme dengor apa kate Najib dalam video ni,dia tolak ke idak hukum Allah.. Bakal jadi mantan MB Perak pun ada terchongok tepi Najib....hahaha...

Madrasah Barisan Nasional,MCA dan MIC pun boleh guna

Madrasah Barisan Nasional...hahaha....

Siap ada pula tulis "ahli sunnah waljamaah". 

Cina MCA dan india MIC pun ahlinya juga ke..!!??

Setahu aku dalam Barisan Nasional ada banyak kompenan-kompenan...gamaknya ahli MCA,MIC dan GERAKAN boleh guna juga bangunan bernama Madrasah Barisan Nasional ni...hahaha... Dah macam nama bas ekpress pula puak UMNO ni buat kat Madrasah...

Orangni cadangkan UMNO BN ujudkan pula lepas ni tokong dan kuil Barisan Nasional pula...hahaha.....

Terkini: Akhirnya gelaran First Lady of Malaysia Rosmah ditarik balik

Sebelum ini Rosmah Mansor sinonim dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM) oleh rakyat Malaysia dan diluar negara Rosmah pernah digelar sebagai First Lady of Shopping .
Permaisuri Agong Terima Kunjungan Hormat Empat Wanita Pertama
Keratan media diatas seolah-olah mengesahkan gelaran FLOM yang disandang oleh Rosmah telah ditarik balik ataupun gelaran tersebut digunakan oleh Rosmah secara tidak sah.

Selasa, 22 April 2014

Terkini: 14 Cedera Warong Kopi Pak Mat Dihempap Pokok

Dahan runtuh timpa warong kopi Pak Mat di Kapong Tapah. 

Dilaporkan 14 orang tercedera, sebahagian sedang dirawat di hospital Selama.

Mohon bantuan dan sumbangan segera .


Pihak Sahabat PAS Dun Selama (SPDS) turut membantu Pertubuhan Kebajikan Khairat Assyabab untuk mengutip derma dan membina semula warong tersebut.









Mohon sumbangan segera ke akaun maybank 558211313335 atas nama Khairat Assyabab.
Mohon sms 01126528893 maklum jumlah. - FB

.........................
SELAMA - Dua parah manakala 12 yang lain cedera apabila sebatang pokok tumbang sebelum menghempap sebuah kedai makan di Kampung Tapah Sungai Bayor, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua mangsa dikatakan sedang bersarapan di kedai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selama, Mohd Fadzlie Che Husin berkata, kebanyakan mangsa berjaya dikeluarkan penduduk kampung.

"Hanya dua mangsa yang tersepit, namun berjaya dikeluarkan, semua mangsa kini dirawat di Hospital Selama," katanya.

Dua yang parah mengalami cedera di kepala dan muka sementara yang lain hanya luka dan calar di badan.

Kerja pembersihan di lokasi kejadian selesai kira-kira jam 8.45 pagi tadi.

Difahamkan semua mangsa sedang menjalani rawatan lanjut termasuk ujian sinar X dan akan dimasukkan ke Hospital Taiping sekiranya perlu.- SH

Astro Warna tak hormat umat Islam: Siaran Langsung Rancangan Gelak Ketawa Tanpa Henti 24jam pada hari Jumaat


Dilaporkan Astro Warna akan menyiarkan hiburan lawak tanpa henti selama 24 jam. 

Program yang dikenali Lawak Siang Malam ini akan bersiaran pada 10 malam mulai 25 hingga 26 April 2014 dan bakal diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records sebagai rancangan komedi secara langsung 24 jam tanpa henti. 

Lawak Siang Malam mengabungkan rancangan-rancangan popular di astro Warna seperti Maharaja Lawak Mega 2013, Karoot Komedia, Betul Ke Bohong dan banyak lagi. 

Astro Warna siap buat peringatan supaya penonton jangan lupa Makan, Minum dan Tidur kerana rancangan Komedi 24 Jam ini.

Amat mengecewakan ialah rancangan ini akan bermula pada hari Jumaat dimana didalam Islam hari jumaat adalah hari hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud : "Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah ayat 9).

Mungkin pihak astro boleh menjawap apa kena mengena dengan hari jumaat dengan rancangan tersebut kalau tak mahu tengok janganlah buka siaran tersebut... 

Tapi cuba lihat semua jadual rancangan-rancangan tersebut dibawah ini:
  • Skool Of Lawak Akhir
  • Buletin Lawak
  • Sembang Teh Tarik
  • Kuali Terbalik
  • Gelak Khas
  • Karoot Komedia X
  • Betul Ke Bohong
  • Redah Kasi Pecah
  • Sabtuday Sinar
  • Super Spontan
  • Zizan Show
  • Maharaja Lawak Mega Terbaik
  • Raja Spontan Era Akhir
  • Lagenda Lawak
  • Jelajah Lawak Sinar
Semuanya rancangan lawak tersebut tajuknya pun dah tahu...artis Melayu dan dah tentu orang Islam. 

Mustahil rancangan lawak orang melayu akan ditonton orang bukan melayu..(Kecuali lawak dalam filem P.Ramlee). Jadi selama 24jam orang melayu Islam akan dihidangkan dengan lawak siang malam.

Mungkin pihak penganjur dah lupa dengan tragedi kehilangan penumpang dan krew anak kapal terbang MH370 sehinggakan malam jumaat pun dijadikan malam permulaan hiburan gelak ketawa selama 24jam tanpa henti.
Tweet: Bukan main bangga dan sukanya artis bergelar Dato dengan program lawak 24jam bermula hari Jumaat

Orangni bukan anti pada komedi...tapi berpada-padalah...
....................

Allah berfirman yang bermaksud: “Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.” – (Surah at-Taubah, ayat 82) 

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.

......................

Untuk maklumat: Orangni bukan pelangan Astro...hahaha...

Isnin, 21 April 2014

Menteri Besar halau peniaga kerana pasang video

Pasang video ceramah tak boleh...hahaha....
Kutuk kerajaan UMNO tak boleh,tapi RTM dan TV3 dok hentam PR boleh pulak ditonton kat dalam kedai...
Bahlol punya MB...hahaha...

Gempar..!!! [Gambar] Mazidur dan Ahli UMNO Selangor sedang mandi-manda di KTM Serdang

Keratan FB Friends of BN - Barisan Nasional- Banjir di hadapan KTM Serdang sekarang. Sudahlah air kena catu, banjir melimpah. Mereka janji akan menyelesaikan masalah banjir, tapi apa kerajaan Selangor buat?.
Ada nampak Mamat Mazidur dengan ahli UMNO tak dalam banjir tu....hahaha...

Nampak sangat kebodohan UMNO BN...hahaha... 

Memang kerajaan Selangor tak buat apa dengan banjir kilat tu untuk masaalah catu air kat Selangor,sebab air banjir kilat tu bukan-nya boleh selesaikan masaalah catu air..bahlol betul UMNO Munafiqun ni...hahaha...
Apakata UMNO BN ajak Mamat Mazidur pegi mandi-manda kat kawasan banjir kilat tu..kot-kot boleh cerdik sikit...sebab baru-baru ni Mamat Mazibur tu mengamuk nak mandi kat rumah MB Selangor sebab benggang kes catu air. Khabarnya Mazidur siap ke rumah MB tersebut untuk merealisisikan hajat nak mandinya..tapi sekadar berani depan pintu pagar utama saja...hahaha....

Betul-lah pepatah masakini mengatakan "Hanya yang tak cerdik saja ada dalam UMNO"

** Kebetulan tadi ada orang tanya aku dalam hujan (Tepen Hujan Petang tadi) - " kenapa catu air di beberapa tempat,sedangkan hujan turun dengan lebat..."
Aku jawap - " Ibarat negara kita ni, konon-nya kaya dan aman...tapi kenapa kos sara hidup tinggi".

Moral: Catu air ini dugaan Allah, mungkin selama ini rakyat ramai yang membazir (air) rahmat dari Allah dan beban sara hidup rakyat tinggi adalah kerana sikap membazir mereka2 yang diamanahkan oleh rakyat...contohnya sewa beruang panda RM25 juta....kan membazir tu... Jadi turunlah kita pada 1 mei ini,untuk bantah pembaziran dan penindasan kerajaan Rejim UMNO Munafiqkun..




Ahad, 20 April 2014

Bongkar..!!! Video Konterversi sebelum Najib ketuai "Larian Hapuskan Rasuah"

Ini pada 20 April 2014

15 May 2010: Inilah video Konterversi sebelum Najib ketuai "Larian Hapuskan Rasuah"

Keratan MalaysiaKini: Mendiang Karpal Singh mendakwa tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula.  
http://www.malaysiakini.com/news/132520

** Rakyat Marhein tidak akan lupa apa yang Macai UMNO lupakan, kerana apa yang macai UMNO mahu lupakan adalah perkara penting yang tidak mungkin rakyat marhein lupakan 

"You Help Me,I Help You" kekal dalam ingatan rakyat yang benci RASUAH dinegara ini.... Najib buatlah larian hapuskan rasuah dari kutub utara ke selatan sekalipun... Rakyat tidak akan lupa...hahaha.....

Video asal "You Help Me,I Help You": http://www.youtube.com/watch?v=LwNLT428PqU