Pengikut

Selasa, 22 April 2014

Terkini: 14 Cedera Warong Kopi Pak Mat Dihempap Pokok

Dahan runtuh timpa warong kopi Pak Mat di Kapong Tapah. 

Dilaporkan 14 orang tercedera, sebahagian sedang dirawat di hospital Selama.

Mohon bantuan dan sumbangan segera .


Pihak Sahabat PAS Dun Selama (SPDS) turut membantu Pertubuhan Kebajikan Khairat Assyabab untuk mengutip derma dan membina semula warong tersebut.









Mohon sumbangan segera ke akaun maybank 558211313335 atas nama Khairat Assyabab.
Mohon sms 01126528893 maklum jumlah. - FB

.........................
SELAMA - Dua parah manakala 12 yang lain cedera apabila sebatang pokok tumbang sebelum menghempap sebuah kedai makan di Kampung Tapah Sungai Bayor, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua mangsa dikatakan sedang bersarapan di kedai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selama, Mohd Fadzlie Che Husin berkata, kebanyakan mangsa berjaya dikeluarkan penduduk kampung.

"Hanya dua mangsa yang tersepit, namun berjaya dikeluarkan, semua mangsa kini dirawat di Hospital Selama," katanya.

Dua yang parah mengalami cedera di kepala dan muka sementara yang lain hanya luka dan calar di badan.

Kerja pembersihan di lokasi kejadian selesai kira-kira jam 8.45 pagi tadi.

Difahamkan semua mangsa sedang menjalani rawatan lanjut termasuk ujian sinar X dan akan dimasukkan ke Hospital Taiping sekiranya perlu.- SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan