Ahad, 24 Jun 2012

Nizar bersampan dulu di Kg Dew saksi kelip2 sebelum ke Merdeka Rakyat

23 Jun 2012 ~ Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak Dato Seri Nizar yang terkenal dengan sikap suka menyantuni rakyat di Parlimen-nya bukan perkara asing disini. Dalam kesibukan tugas sebagai ahli Parlimen dan juga ADUN Pasir Panjang, Nizar tidak pernah kenal penat untuk turun padang kelokasi untuk melihat dan mendengar segala rintihan dan keluhan rakyat.

Baru-baru ini DSN sanggup turun ke kampung Dew untuk berjumpa dengan beberapa  penduduk disitu mengenai permasaalahan mereka disini. Walaupun pada malam tersebut beliau juga terlibat dengan sebuah program anjuran PKR di Taman Ria ( Pidato Perdana Merdeka Rakyat).

Dalam sessi lawatan  DSN  ke kampung Dew ini,beliau telah diberi taklimat ringkas mengenai produk pelancong (Kelip-Kelip) yang semakin terancam  oleh kerana beberapa aktiviti di tebing sungai (Kolam Udang). [ Klik Sini ]

DSN diberi peluang menaiki sampan bersama petugas Persatuan Kelip-Kelip disitu menyusuri sungai Sepetang untuk melihat sendiri keindahan suasana kelipan serangga Kelip-Kelip ini dimalam tersebut. Penduduk kampung disini berasa sukacita dengan kehadiran Ahli Parlimen kesini pada malam tersebut. 


Sdr Shukor dan Sdr Yusuf memberi taklimat kepada DSN,turut sama YDP Bukit Gantang Ust Nordin Jaafar.


DSN mengenakan jaket keselamatan sebelum turun kelokasi  Kelip2

Dalam kegelapan malam...menyusuri sungai Sepetang

Di pohon Merembang inilah menjadi tempat habitat Kelip2 

Saiz Kelip-Kelip ini hanya sebesar sebiji beras...

Selesai di Kg Dew.....DSN ke Merdeka Rakyat  berceramah dipentas pula

DSN bersama DSAI bersalam dipentas setelah selesai program Merdeka Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan