3 Pelancong Sesat
Teluk Dalam,Pulau Pangkor Perak: Tiga pelancong warga asing nyaris sesat selepas gagal mencari jalan keluar ketika melakukan aktiviti ‘jungle tracking’ di Hutan Simpan Teluk Dalam, dekat Pulau Pangkor, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor, Mohd Nadzir Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2 petang sebelum lima anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Abdul Aziz Yahaya dikerahkan ke tempat kejadian.
“Tiga warga asing itu terdiri dua warga Perancis dikenali Saladin Lorene, 24, dan Edmond Jonathan, 26, manakala seorang lagi warga Austria dikenali sebagai Hervet Skcenkr datang melancong di pulau ini.
“Mereka telah melakukan aktiviti ‘jungle tracking’ di kawasan hutan simpan Teluk Dalam pada jam 10 pagi tadi sebelum dilaporkan sesat kerana gagal mencari jalan keluar,” katanya.
Menurutnya, operasi mencari mangsa itu dijalankan sekitar kawasan selama satu jam 15 minit sebelum berjaya mengesan mangsa tidak jauh dari tempat mereka dilaporkan hilang.
“Mereka bertiga ditemui dalam keadaan selamat walaupun agak keletihan kerana telah berjalan terlalu lama.
“Kawasan hutan simpan ini memang sering dikunjungi pelancong terutama pelancong asing yang mahu menikmati keindahan alam semulajadi dan sudah beberapa kejadian sesat telah dilaporkan berlaku sebelum ini,” katanya.
...............................................................
Henti Segera Kerja Korek Laut- 300 nelayan Pulau Pangkor dah Bengang...!!!!
PULAU PANGKOR - MCA Bahagian Pulau Pangkor mengambil pendekatan mengumpulkan seramai 300 nelayan dan pengusaha ikan bilis Pulau Pangkor untuk mendesak pihak berkenaan supaya menghentikan kerja-kerja pengorekan laut di kawasan pencarian ikan bilis.
Difahamkan, akibat kerja pengorekan itu, ia telah memusnahkan kawasan ekosistem laut seterusnya menyukarkan nelayan untuk mendapatkan hasil ikan bilis.
Nelayan, Abdul Aziz Mohd, 68, berkata, pengurangan tangkapan ikan bilis begitu mendadak pada masa kini berbanding lima tahun yang lalu.
“Jika dahulu kami mampu mendapat ikan bilis dalam lingkungan lima atau enam tan, tetapi kini hanya mampu menangkap satu tan sahaja dalam masa sebulan.
“Pelbagai masalah termasuklah selut begitu banyak,” katanya ketika ditemui semasa perhimpunan aman nelayan di Pulau Pangkor, semalam.
Seorang lagi nelayan, Chan Chen Hock, 61, berkata, sepanjang menjadi nelayan sejak 40 tahun lalu tidak pernah menghadapi masalah selut.
“Ekosistem laut seolah terjejas disebabkan masalah pengorekan laut untuk projek pembangunan di situ.
“Hasil ikan bilis semakin lama semakin kurang disebabkan masalah berkenaan sehingga menjejaskan pendapatan nelayan,” katanya.
Menurutnya, kawasan berkenaan juga penyumbang kepada 60 peratus hasil ikan bilis Pulau Pangkor.
“Kami amat harapkan masalah ini diselesaikan kerana nelayan di sini bergantung sepenuhnya pada mata pencarian ikan di laut,” katanya.
Pengusaha ikan bilis Pulau Pangkor, Tan Guan Yak, berkata, bukan sahaja masalah pengurangan ikan bilis malahan aktiviti pelancongan juga bakal berdepan masalah.
“Akibat kerja pengorekan laut itu menyebabkan air laut bertukar warna kepada keperangan dan boleh menimbulkan masalah jika ia hanya dibiarkan begitu sahaja.
“Bagaimana dengan mata pencarian penduduk di sini yang bergantung pada hasil laut dan juga aktiviti pelancongan jika keadaan ini berterusan,” katanya.
Katanya, kawasan laut yang dikorek itu akan mengambil masa berbelas-belas tahun untuk pulih semula jika terus dikorek.
“Pernah 12 tahun dahulu bahagian utara Pulau Pangkor dijadikan sebagai tempat pembuangan selut dan sehingga kini kawasan berkenaan masih belum pulih sepenuhnya.
“Bagaimana dengan keadaan di kawasan yang memang menjadi lubuk ikan bilis tetapi telah dimusnahkan sedikit demi sedikit akan pulih kembali jika kerja ini tidak dihentikan,” katanya.
Pada majlis itu juga tandatangan 300 nelayan diambil bagi membuat bantahan kepada pihak berkenaan supaya mengambil tindakan.- Sinar Harian
Orangni:Zambry...Zambry...berjawatan ADUN Pulau Pangkor merangkap-rangkap pula MB Perak yang tidak halal. Zambry dok sibuk dengan mempertahankan jawatan MB, Pulau Pangkor ditinggalkan dengan dilanda berbagai masaalah.... Hinggakan rakan kompenan dalam BN pun dah tak suka dengan Zambry, MCA sanggup himpunkan 300 Nelayan, menurut sumber semua nelayan tersebut mejoritinya dari penyokong Pakatan Rakyat.
Sudah-sudah la Zambry... jangan la dok sibuk hentam YB Nizar dan pimpinan Pakatan yang lain...hang dok sibuk cerita hal orang lain...tempat hang sendiri pun macam-macam masaalah...Kes korek Laut di Pulau Pangkor tu mungkin hang punya projek haram......tunggulah,ada yang dok koerek cerita tu...
Syabas MCA Pulau Pangkor...lepas kasi hantam lagi sama itu Zambry....hahaha....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan