Selasa, 16 April 2013

19 Bilik Gerakan UMNO Tutup Sebab Mahukan Tok Raja Bertanding

Malam tadi dalam tinjau-tinjau di sekitar Parlimen Larut, Orangni dapat melihat beberapa khemah yang dibuat bilik gerakan UMNO di N6 DUN Kubu Gajah bergelap tiada sebarang aktiviti,hanya sebuah dua saja kelihatan beroperasi.

Timbul tanda tanya..! Adakah mereka bercuti..? hahaha...

Rupa-rupanya menurut sumber disini mengatakan hampir 19 bilik gerakan UMNO disini tutup kerana ahli UMNO disini tidak berpuashati dengan calon pilihan Najib Rosmah iaitu Hasbullah Alias,mereka mahukan penyandang DUN N06 Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang lebih dikenali sebagai Tok Raja disenaraikan kembali dalam senarai calon PRU13. 
Tok Raja Ditendang Najib
Biasa la....sebab Orangni ada katakan sebelum ini,bila seseorang  ahli UMNO nama tak dicalonkan, itulah pengakhirnya kehidupan mereka. Hilanglah projek,hilang kawan-kawan dan hilanglah segalanya baginya...haha...

.......................................

N6 KUBU GAJAH (PRU 12)
Jumlah Pengundi: 10,985
Peratusan Kaum: M: 91.5% C: 2.76% I: 5.73% L: 0.01%
1. Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN) (4,114)
2. Mohd. Nazri Din (Pas) (4,048)
Majoriti: 66
Jumlah undi: 8,336
Peratus mengundi: 75.89%
Undi rosak: 174
Penyandang: Mohd. Jafri Mohd. Yunus (BN)
(Majoriti: 1,379 undi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan