Pengikut

Isnin, 15 April 2013

Senarai Calon UMNO BN Perak Ada yang Jadi "Kera Kena Belacan"

Dah memang perangai orang UMNO,jadi kera kena belacan...haha.. terutama yang namanya tidak naik sebagai calon pilihanraya.

Pada orang macam ini, bila nama tak dicalonkan, itulah pengakhirnya kehidupan mereka. Hilanglah projek,hilang kawan-kawan dan hilanglah segalanya baginya.

Sedangkan kalau kita lihat dari sejarah, jatuh bangun wakil rakyat dari kalangan UMNO dah jadi perkara lumrah jadi kera kena belacan kalau tidak dicalonkan.

Sekarang dah ternyata UMNO BN sudah bergolak pasal calon sebab ada demonstrasi yang dijalankan so called penyokong-penyokong BN dan UMNO hari ini yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon di kawasan mereka.

Khabarnya belum pun rasmi watikah perlantikan calon dibuat, tapi dah ada demonstrasi tak puas hati dari penyokong seseorang yang dah jadi kera kena belacan...hahaha...

Ini lagi buruk perangai dari orang PAS, PKR dan DAP. Istilah kera ini di nyatakan oleh orang UMNO sendiri kepada pimpinan UMNO BN......"kena belacan " Orangni yang tambah....hahaha.....



...........................................

INI PETIKAN LAPORAN DARI BLOG PRO UMNO BN:
Puak-puak kera ini, dilaporkan tidak berpuas hati dengan pemilihan calon yang ditentukan kepimpinan parti masing-masing, menunggu sehingga pengumuman rasmi dibuat barulah nak melancarkan mogok atau bantahan, sedangkan apa yang berlaku di Kelana Jaya pagi tadi, calon belum pun diumumkan secara rasmi tapi bantahan mula dah!! Apa sudah jadi Kelana Jaya? Bercakap tentang Kelana Jaya ini menarik juga kerana disinilah Tan Sri Muhamad Mohd Taib menjadi Ketua Bahagiannya. Bergegar dunia siber politik ini semalam bila ada ura-ura Mat Taib akan menyertai PAS setelah kecewa diketepikan UMNO sekian lama.

Balik pada cerita tadi.

Penulis katakan, jenis orang yang kebulur sangat nak jadi calon macam ini bukan benar-benar nak berkhidmat kepada rakyat.

Segala kerja-kerja membantu rakyat yang dijalankannya sebelum ini juga sah tidak ikhlas kerana ia dibuat semata-mata untuk mengejar kedudukan sebagai calon, bukan sebab nak sangat bantu rakyat.

Justeru kepada orang-orang yang kecewa sangat tak dipilih sebagai calon, ingatlah dengan hakikat itu. Buat apa nak tunjuk buruk perangai sangat sedangkan perkara itu (pencalonan) belum menjamin apa-apa lagi pun!! Mungkin belum sampai masa kita lagi, belum ada rezeki kata orang.- Peraktoday
............................................
Orangni: Dapat jangkakan kerusi DUN Kubu Gajah salah satu lokasi "Kera Kena Belacan" UMNO Perak....hahaha......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan