Rabu, 22 Oktober 2014

Mengapa saya perlu bersolidariti untuk Tok Guru pada 28hb ini

MARI BERSAMA-SAMA PERTAHANKAN TOK GURU
       Sebagai rakyat Malaysia yang belajar daripada guru, di-didik oleh guru dan diajar supaya sentiasa menghormati seorang guru maka dengan itu saya ingin mengajak kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sayangkan guru dikalangan mereka yang bergelar ahli PAS untuk turun bersama-sama ke Solidariti 4 Presiden.

Butiran maklumat seperti berikut :
  • Tarikh 28 Okt
  • Hari Selasa
  • Waktu 9 pagi
  • Tempat Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu
Sebagai seumpama soldadu yang mendukung perjuangan Islam ditanahair ini mana mungkin kita tergamak membiarkan ketua kita,guru kita,ulamak kita....dianiayai,difitnah serta di-aibkan. 

Ayuh...Tanamkan elemen "kekuatan jemaah" sebagai tunjang untuk membina pasak yang kukuh.

Jasa yang cukup besar oleh TGHH terhadap PAS dan rakyat Malaysia khususnya, gerakan Islam antarabangsa amnya. Sudahlah kita dibentangkan dengan agenda antarabangsa menjatuhkan beliau, apakah kita sekadar mendengar sahaja?

Bangkitlah pertahankan Tok Guru..!!!. 

Bangkitlah kalian sepertimana bangkitnya rakyat Mesir menolak kezaliman Zhohir Baibars yang menghalau Syeikh al Izz Ibn Abdus Salam keluar dari bumi Mesir kerana ketegasan pendiriannya.

PAS bukanlah parti picisan yang hanya sekadar tahu berdemo atau bersila. Akan tetapi PAS merangkumi segenap aspek Islam yang syumul. Ia dipimpin oleh Ulamak Murabbi agar laluan dan jalan yang dilalui tidak terpesong jauh atau tenggelam dipukul ombak.

Bangkitlah kita mempertahankan pimpinan kita ini. 

Kekuatan tidak terbina dengan satu atau dua individu, akan tetapi kekuatan akan terbina dengan Islam dan jemaah yang memperjuangkannya.

Ayuh bersama-sama pertahankan Tok Guru..!!!!

- Orangni tetap  bersolidariti untuk Tok Guru pada 28hb ni....

3 ulasan:

  1. Jadi persoalan mengapa perlu bersoldodu? semata-mata menyokong tubuh badan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Juga jadi persoalan mengapa perlu berAngkatan Muda KeAdilan? semata-mata menyokong tubuh badan dalam isu peribadi ?

      Padam
  2. bersodariti untuk orang yang kena fitnah, bukan untuk orang yanfg buat fitnah,

    BalasPadam