Rabu, 22 Oktober 2014

SOLIDARITI 28 OKTOBER: SUHAIZAN KP PKR...??

Ramai yang bercakap soal solidariti untuk Anwar Ibrahim ketika ini. Isu kezaliman yang telah berlaku itu dimainkan semula wayangnya. Hinggakan umum mula melupakan siri-siri drama kejahatan Anwar Ibrahim kepada Pakatan Rakyat khususnya.

Apakah anda semua telah lupa akan segala apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim?Ingatkah kalian akan :

1-Telenovela 16 September
2- Drama Bersiri "Kajang Move"
3- Kisah Cinta "Penyingkiran MB Selangor"
Dan siri-siri drama yang lain?

Tiga drama diatas adalah hasil arahan Anwar Ibrahim selaku pengarah. Pengarah yang telah menyusun atur perjalanan skrip panjang tersebut sehingga mengheret rakyat dan sehingga mengkhianati amanah rakyat demi matlamat peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Bahkan kerana arahannya itu hampir-hampir Selangor jatuh ke tangan UMNO. Suatu perkara yang tidak diingini oleh penyokong Pakatan Rakyat, namun itulah hasil arahannya. Mujur kebijaksanaan TGHH dan PAS berjaya menyelamatkan negeri Selangor daripada jatuh ke tangan UMNO & BN.

Namun hari ini orang mula mendendangkan solidariti buat Anwar Ibrahim seolah-seolah mereka lupa episode kejahatan yang dilakukan olehnya. Dibuat pelbagai jelajah untuk memberikan sokongan buatnya untuk berdepan dengan drama baru pada tarikh 28 Oktober nanti. Walaupun dalam kenyataan terbaru Azmin mengakui bahawa kempen ini agak lesu mungkin kerana kekecewaan rakyat terhadap siri-siri pengkhianatan DSAI ini.

Cuma yang lebih pelik dan hairan, munculnya Ketua Pemuda PAS Malaysia saudara Suhaizan Kaiat yang menyatakan sokongan padu buat Anwar Ibrahim. Walhal apakah Suhaizan lupa tarikh yang sama juga Tuan Guru Presiden akan berdepan dengan mahkamah diatas tuduhan palsu isu pil kuda yang dicipta oleh PKR?

Dimana solidariti Suhaizan buat Presidennya sendiri? Andai buat Anwar Ibrahim, dikeluarkan kenyataan rasmi daripada Suhaizan untuk menyatakan bahawasanya Pemuda PAS Malaysia akan turun ke mahkamah pada 28 Oktober ini bagi menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim diatas semangat Pakatan Rakyat, dimana pula kenyataan dan arahan rasmi daripada Ketua Pemuda PAS Malaysia buat untuk semua pemuda PAS Malaysia supaya turun ke Mahkamah Kuala Terengganu untuk menyatakan solidariti kita buat Tuan Guru Presiden dan diatas dasar cintakan jemaah? Pelik bukan. Seperti berpencak sebagai KP PKR, bukannya KP PAS.

Sebagaimana pepatah yang menyebutkan "ANAK DIPANGKU DILEPASKAN, BERUK DI HUTAN DISUSUKAN". Itulah senario yang berlaku kepada Suhaizan Kaiat kala ini seolah-olah Anwar Ibrahim itu pula adalah Presiden kepadanya. Dan PKR itu pula adalah partinya. Wala dan ketaatnya buat Anwar dan PKR bukan lagi kepada TGHH & PAS.

** Apapun Orangni tetap bersolidariti untuk TGHA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan