Kelihatan ketua-ketua UMNO bahagian dok bergelak ketawakan Shalimin diluar bangunan UMNO Perak... korang nak tumpang gelak pun boleh.....hahahaha... |
Sabtu, 3 November 2012
Ketua UMNO Bahagian Taiping di ketawakan Ketua Bahagian seluruh Perak
Pemimpin PKR diserbu dalam konsert Al-Arqam
Anggota Penguat Kuasa JAIS menghalang bekas pengikut Al-Arqam meneruskan majlis sambutan ulang tahun kelahiran Ashaari Muhammad dalam serbuan di Bandar Country Homes, Rawang, malam semalam. |
Jumaat, 2 November 2012
Zambry Kadir arahkan Samseng UMNO balun Mazlan Aliman..!!??
Saya (Mazlan Aliman) yang menaiki Hilux Hj Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, direntap keluar dari kenderaan dan ditolak dengan kasar. Keadaan semakin tegang apabila jumlah mereka kian ramai. Mereka terjerit sambil memaki hamun. Menaikkan banner yg ditujukan kepada saya secara peribadi.
10 orang polis dari Balai Polis Lasah yg cuba mengawal suasana gagal meredakan ketegangan dan hampir sahaja tercetus perkara2 yg tidak diingini. Alhamdulillah, kehadiran 15 anggota Unit Amal diketuai Pengarah Amal Negeri Perak, Arif Muhammad serta Unit Keselamatan Pimpinan(UKP) seramai 8 orang berjaya menangani suasana provokatif yg dilakukan penduduk dipercayai Umno.
Bendera Umno dan BN dikibarkan. Samseng2 ini mengepung kami, menendang kenderaan ANAK yg cuba masuk serta mengugut utk memukul saya dengan menjerit ' kita balun Mazlan ramai2!'
KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA adalah aktiviti jelajah ke seluruh negara. Bertemu penduduk tempatan dan mengedarkan risalah. Kami masuk secara baik termasuk untuk menziarahi pimpinan tempatan dan memberi sumbangan kepada gen 2 Felda yg susah, ibu tunggal dan pesakit kronik.
Akhirnya, bila suasana semakin tidak terkawal, polis menasihati rombongan ANAK mengalah dan berundur. Walaupun dukacita dengan sikap tidak demokratik penduduk khususnya Umno, kami akur kerana tidak mahu berlaku perkara2 yg tidak diingini.
Sedihnya, tatkala Hj Razman membaca doa, mereka terus terjerit2 macam orang meroyan.
Peronda polis mengiringi konvoi kami keluar dengan selamat.
Demokrasi apakah ini?- FB
UMNO mempunyai talian hayat di 54 parlimen yang mempunyai tanah rancangan. Jadi Umno mahu FELDA terus menjadi kawasan putih...mereka meroyan gila khinzir la ganggu Felda..
Sorang lagi menteri bakal senasib Shahrizat
Nazri Aziz |
Nadim nak Nazri |
Orgni: Bertambah meracau la PM bernama Najib....hehehe....
Khamis, 1 November 2012
UMNO Taiping: Kami ada video tau dah keluar satu video ada lagi 3 kot..?
Kisah sebelum ini [ Klik Sini ] dan [ Sini ]
Video yang memaparkan temubual seorang blogger UMNO (Rupanya tiada...tapi suaranya aku kenal...hehehe...) dengan seorang AJK dalam senarai yang dibol merah, Tuan Haji Ismail Youb Ahmad dah dimuat naik ke Youtube dan blog UMNO Taiping.
Video ni adalah kononya penafian ada komplot nak menjatuhkan Ketua UMNO Bahagian Taiping dalam Majlis korban...
Apapun kita tunggu lagi 3 video yang bakal mungkin dikeluarkan...sebab yang dibol merah ada 4 individu dan kalau boleh dari semua senarai AJK tu lagi cantikkkkk.....hehehe....
Aku tunggu...kita tunggu...semua menunggu.....hahaha......
Kesian Tuan Haji ni...tak pasal2 jadi mangsa dalam pergolakan UMNO Taiping (Klik gambar untuk lebih jelas) |
Rabu, 31 Oktober 2012
"Kami ada vedio tau" bikin UMNO Taiping panas
Semalam aku ada posting tajuk "PANAS...!!! UMNO Taiping sah bergolak Zahir dan Shalimin dijadikan korban vateran UMNO".
Hari ini dah ada respon dari UMNO Taiping nampaknya...hahaha...
Khabarnya mereka akan selongkar selidik isu agenda nak jatuhkan Zahir dan Shalimin semasa satu perjumpaan dirumah mantan ketua bahagian UMNO Taiping pada hari raya korban lalu.
Isu "Kami ada vedio tau" menjadi panas nampaknya, ayat ini tertera dibahagian bawah posting blog "Taiping Aman Jaya" yang mendedahkan segala kepincangan dalaman UMNO Taiping.
Menurut blog tajaan UMNO Taipingmali, Shalimin,Zahir,Zambry Kadir pun nak tengok vedio tu, bahkan Muhyiddin pun nak tengok juga..dan mencabar vedio ni di upload diyoutube.
Wah...!!! Panas betul isu ni...TPM pun dah tau rupanya... Najib dah tau belum..?? Hahaha.....
Paling sadis dan brutalnya ialah beberapa nama yang terdapat dalam senarai AJK (yang dibol merah) tepaksa menjawap...kesian...kesian...kesian....Dato Malik pun akan disoalsiasat Taipingmali khabarnya....huuuu.....dasyat...
Diantara mereka ini ada yang berjawatan Tok Ketua Kampung dan JKKK. Semua AJK ini dikatakan otai-otai orang lama UMNO Taiping yang diketuai Dato Malik mantan Ketua Bahagian UMNO Taiping.
Khabarnya...Dato Malik dok berusaha keras tungging terbalik nak calonkan bininya DatinYatimah sebagai calon wanita di DUN Kemunting pada PRU akan datang.
Keujudan blog misteri "Taiping Aman Jaya" ini sekurang-kurangnya mendedahkan segala masaalah dalaman UMNO Taiping kepada pengetahuan umum.
Tapi malangnya sebentar tadi aku cuba buka blog ni...tapi dah hilang dari laman web...
Kenapa hilang aku tak tahulah...mungkin juga tangan yang sibuk nak selidik siapa punya blog,siapa punya kerja...tapi dia punya kerja sebenarnya....hahaha.....
Orgni: Cikgu Najmy.....Orangni blogspot bukan milik PAS Taiping je.....tapi milik semua la.......hahahaha....
Gambar-gambar kesan ribut yang mengemparkan penduduk Miri
Selasa, 30 Oktober 2012
PANAS..!!!! UMNO Taiping sah bergolak Zahir dan Shalimin dijadikan korban vateran UMNO
Taiping Aman Jaya:Bukti dari Blog UMNO Taiping yang mendedahkan kepincangan dalaman UMNO |
antara topiknya ialah 101cara mengalahkan B/U di pru nanti yang dikelolakan sendiri oleh sang mantan, seronok tak terkiralah penyokong penyokong sang mantan yang masih bertongkat kuku.
dan topik lain di aidil adha ialah cara cara mengorbankan KB dan KP, haru sungguh dah tua kutuk tak sadar diri, untuk KB sila pantau dan jangan percaya the red dotted names! Untuk Pusat, sekarang masanya untuk mencegah, mencegah lebih baik dari mengubati....
Dato' Dr Abdul Malek Md Hanafiah Mantan KBU Taiping |
Shalimin syok sendiri |
YB Zahir YB Banner |
Pemuda UMNO meniru Pakatan Rakyat akhirnya...
Pemuda Umno tuntut kerajaan tangguhkan sistem AES
Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan- Sinar Harian Online.
Isnin, 29 Oktober 2012
Solat Sunat Aidiladha masjid Selama Perak dicemari risalah dari "Syaitan Yang Dikenali"
Risalah Haram dari "Syaitan yang Dikenali" di tinggalkan di masjid Pekan Selama Perak (Klik Gambar untuk lebih jelas mata melihat...) |
Ahad, 28 Oktober 2012
PANAS..!!! Musim Haji 2012: Haji Najib tengok juara bercium depan mata..!!!
Klik Gambar untuk lebih clear...hehehe... |
Zambry Kadir bela pendatang asing di Pulau Pangkor..?
Ekoran masalah itu, seramai 300 nelayan membuat demonstrasi aman dengan berarak hingga ke pondok polis Sungai Pinang Kecil sebagai tanda bantahan dan mendesak tindakan segera diambil.
“Pendapatan kami tergugat disebabkan pemilik bot atau kapal lebih suka menggunakan khidmat nelayan asing kerana gaji dibayar lebih murah.
“Sebagai contoh, upah yang dibayar sebanyak RM3 bagi sekilogram ikan diturunkan kepada RM2 menyebabkan kami nelayan tempatan terpaksa menanggung rugi sedangkan kami ada keluarga yang mahu ditanggung,” katanya.
“Kita juga bimbang dengan dakwaan mengatakan mereka membawa masuk benda terlarang selain mewujudkan beberapa gejala sosial negatif lain,” katanya.
Arif memberitahu, sebanyak 99 peratus penduduk pulau itu bekerja sebagai nelayan dan jika peluang itu diberikan kepada nelayan asing, warga tempatan kini sudah tidak mempunyai pekerjaan. - Sinar Harian
Ini Zambry..... tak boleh pakai....!!!!! |
Bob Lokman tidak kecewakan penduduk Kecewa
Penduduk kampung ramai dah mula bertanya-tanya " Mana Bob Lokman...?" Pengerusi majlis Ust Syahir ada berkata tadi" InsyaAllah Bob Lokman tidak akan kecewakan kita semua..khabarnya beliau masih dalam perjalanan''.
Alahamdullillah, 11:15 malam kemudian Bob Lokman tiba dilokasi ceramah setelah bergegas dalam kesesakan jalanraya dari Kelantan menuju ke Kampung Kecewa,Bukit Bertam Batu Kurau Perak.
Diawal ceramah Bob Lokman melahirkan rasa kecewanya dengan keadaan jalanraya di negeri Kelantan yang amat menyulitkan penduduk Kelantan ketika pulang beraya seperti sekarang ini.
Negeri Kelantan yang mejoriti terbesarnya adalah orang Melayu Islam,tetapi kerajaan pusat dibawah UMNO BN menafikan hak kerajaan Kelantan dengan tidak memberi royalti minyak yang dijanjikan dan kini telah mencecah RM10 bilion lebih.
Berbagai informasi politik dan ilmiah Islam disampai Bob Lokman dalam ceramah tersebut. Bob Lokman juga berharap semua jentera parti serta penduduk kampung Kecewa berkerja kuat mulai sekarang bagi memasti kemenangan Islam tercapai di negara ini.
Program ceramah ini dibuat sempena Hari Raya Korban (Aidiladha) yang sebelah siangnya berlansung majlis menyembelih sebanyak 4 ekor lembu yang di sempurnakan oleh Us Akmal dan beberapa pimpinan PAS Kawasan Larut.
Ust Akmal Kamaruddin melaksanakan sembelihan korban di Kampung Kecewa |