Pengikut

Selasa, 30 Oktober 2012

PANAS..!!!! UMNO Taiping sah bergolak Zahir dan Shalimin dijadikan korban vateran UMNO


Sah…sah…sah….

Taiping Aman Jaya:Bukti dari Blog UMNO Taiping yang mendedahkan kepincangan dalaman UMNO

UMNO Taiping memang sah bergolak dasyat sekarang ini…

Sila baca artikal dibawah ini (Warna merah) yang dipostingkan oleh sebuah blog bernama “Taiping Aman Jaya”yang dipercayai dari blogger UMNO sendiri,aku yakin ini tulisan blogger UMNO yang popular di Taiping…mungkin juga Taipingmali…hehehe…sebab blog ni cam baru je…

Blog ini di create seolah-olah untuk menegur dalaman UMNO tapi hakikatnya mendedahkan pergolakan dalaman UMNO Taiping.


Bukan sekadar jamuan dan korban, agenda agenda lain termasuklah mengutuk mengata mencaci KBU Taiping yang sedia ada, dengan bangga dan mendabik dada kononnya dialah yang paling cerdik dalam semua AJK sedia ada. Agenda lain termasuklah memberi segala maklumat dalaman mesyuarat AJK U bahagian, kepada mantan, perancangan perancangan untuk mensabotaj U turut dibincangkan pada waktu yang sama.

antara topiknya ialah 101cara mengalahkan B/U di pru nanti yang dikelolakan sendiri oleh sang mantan, seronok tak terkiralah penyokong penyokong sang mantan yang masih bertongkat kuku.
dan topik lain di aidil adha ialah cara cara mengorbankan KB dan KP, haru sungguh dah tua kutuk tak sadar diri, untuk KB  sila pantau dan jangan percaya the red dotted names! Untuk Pusat, sekarang masanya untuk mencegah, mencegah lebih baik dari mengubati....

** KB= Ketua Bahagian *** KP= Ketua Pemuda

Yang bestnya kat bawah posting ni ada ayat gertak “p.s. kami ada video tau “….hahaha… tak payah dedah pun ramai dah tahu keadaan dalaman UMNO Taiping sekarang ibarat tongkang pecah berada ditengah laut yang sedang dilanda ribut taufan.

 Dato' Dr Abdul Malek Md Hanafiah
Mantan KBU Taiping
Majlis jamuan Aidiladha yang berlansung dirumah Mantan Ketua Bahagian UMNO Taiping ,Dato Dr Abdul Malek Md Hanafiah ini dilaporan menjadi medan untuk menyembelih career politik Datuk Shalimin dan Dato Zahir. Mereka dikatakan sedang merancang untuk menjatuhkan UMNO Taiping sekiranya Shalimin dan Zahir masih bertahta dalam jawatan ataupun calon dalam PRU akan datang.

Shalimin syok sendiri

Khabarnya ini perancangan dari ahli-ahli vetaren UMNO Taiping ini berlaku kerana dikatakan dah amat-amat meluat sangat dengan sikap dan perangai  Ketua Bahagian UMNO Taiping sekarang (KB) Datuk Hj Shalimin..entah apa sebabnya aku pun tak tahu,yang aku tahu baru-baru Shalimin rasmi majlis arak kat Taiping [ Klik Sini ]. 

YB Zahir YB Banner
Begitu juga dengan Ketua Pemuda UMNO Taiping (KP) Dato Mohd Zahir yang juga ADUN Kemunting yang dikhabarkan semakin lemah syawat dalam berpolitik di Taiping, ada sumber mengatakan Zahir ni takut bini…hehehe…pergerakan politiknya jadi terbatas kerana di remote control oleh bininya. Ada juga sumber mengatakan Zahir ni semakin kurang dana pulus dalam menyantuni rakyat,khabarnya nak laksanakan bantuan kepada rakyat pun terpaksa meminjam sana sini.

Patutlah otai-otai UMNO Taiping (Vateran) fedup dengan kedua-dua mereka ni...sorang syok sendiri dengan jawatan Setpol MB dan sorang lagi syok dengan status YB Banner tepi jalan,dengan poket kosong...habuk pun tarak.

Apapun sekarang UMNO di Perak khususnya di Taiping semakin dalam keadaan kritikal bergolak…jentera parti dah tak kuat..agenda sulit dalaman 24jam berlaku, jatuh menjatuhkan dah jadi tradisi turun temurun. 

Rakyat mana sanggup memilih lagi pemimpin dikalangan UMNO lagi..??? rasanya yang tinggal hanya sorang dua je macam Cikgu Najmy si TaipingMali….hehehe…

Jamuan sambutan aidil adha di rumah mantan Ketua Bahagian Taiping, ohh ramailah lah yang datang termasuklah yang dah ditandakan merah pada list yang diatas.
bertanda merah didakwa geng kuat mantan KBU Taiping.
Orgni: Terima kasih kat blogger UMNO yang dedah mendedahkan semua ini....
Terima kasih Taiping mali...
Lain kali dedah lagi...
hehehe.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan