Sabtu, 14 Julai 2012

[ Bergambar ] Bantah akta ISA 15 Julai 600 peserta Larut dihalang polis.....mana kelibat Datuk Fauzi Shaari ..??

Ini rasanya dah kali ketiga dalam bulan julai ini dibuat himpunan membantah akta zalim,akta kejam atau akta tidak berperikemanusia yang masih berada dimuka bumi tanahair ini, kononya Najib dah bubarkan tapi masih terdapat 45 orang tahanan dibawah akta celaka itu didalam kem tahanan kemunting (KEMTA).

Kali pertama dalam bulan julai himpunan ini kehadiran peserta tidaklah memberansangkan,sekitar 50 saja,kali kedua jumlahnya bertambah mencecah lebih 300 peserta dengan kehadiran 3 artis dan beberapa pimpinan peringkat kawasan dan hari ini kali ketiga jumlahnya bertambah berlipat kali ganda...1500 peserta hadir,itu tidak termasuk hampir 600 ke 1000 peserta yang terkandas kerana sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak polis yang dikatakan sengaja menyekat rombongan peserta yang keseluruhanya dari Kawasan Larut dari menyertai himpunan ini menurut Ust Akmal Kamaruddin. Jelas  sistem demokrasi dinegara ini telah komuniskan oleh mereka hari ini.

Seorang peserta dari Larut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang diperlakukan oleh pihak polis hari ini. Kami datang agak jauh dari Selama,Batu Kurau dan ada yang dari Ijok semata-mata ingin bersama menyatakan sokongan kami dalam membantah akta ISA ini,kami ada lesen motorsikal,kami pakai topi keledar dan kami tak bawa apa-apa bendera politik...kami hanya datang hanya sebagai rakyat yang cintakan keadilan dinegara ini ujarnya. Paling agak mengecewakan ialah tiada kelibat Datuk Fauzi Shaari yang menyertai PAS setelah tamat berkhidmat sebagai orang no.3 tertinggi dalam polis...kami harapkan beliau turut hadir memberi sokongan kepada kami dalam membantah akta zalim ini setelah sertai perjuangan PAS tambahnya lagi. Didalam perhimpunan kali ini menampilkan pemimpin Pakatan Rakyat serta barisan artis turut serta seperti Datuk Seri Nizar,Ust Nasruddin Hassan At Tantawi,Aishah Srikandi,Bob Lokman,Leman Raja Lawak dan ramai lagi....kecuali kelibat Datuk Fauzi Shaari...

Bob Lokman,Aishah Srikandi dan Leman turut serta Himpunan Bantah ISA 

Barisan FRU dihadapan pintu KEMTA menyambut kami hari ini..haha..

Peserta mula berkumpul

Barisan pimpinan yang prihatin hadir bersama rakyat

DSN sedang berucap diakhir program ini



Artis wanita sekali Ceramah RM2,500...apa hal ni..??

Apa mau nak dikatakan,diungkapkan atau nak diterjemahkan...kalau sesetengah artis sekali naik pentas ceramah penganjur kena bayar sehingga RM2,500..!!! Inilah desas desus yang bertiup kencang didalam PAS sekarang.

Aku bukan nak pertikai mana-mana pihak atau mau sibuk hal artis-artis wanita yang dok naik pentas PAS....tapi apa kewajaran dikenakan bayaran yang boleh dikatakan sangat tinggi.

Ada yang setengah tu didakwa masih lagi pun serah borang dah minta bayaran ribuan ringgit untuk sekali naik pentas..ada yang mengatakan ada individu lain yang dikatakan menjadi pengurus tak rasmi menentukan harga-harga ini. Nama individu yang disebut-sebut  dipanggil Mat ...   hahaha..Malas aku nak sebut nama individu tersebut,tak mahu imejnya terjejas yang dikatakan berasal dari negeri penyu bertelur...hahaha....tapi sebelum imej PAS terjejas...lebih baik individu tersebut fikir apa tujuan buat sedemikian dalam perjuangan.

Kalau nak jadi pengurus kepada artis wanita yang rapat dengan PAS tu..buatlah dengan ikhlas dan kesedaran...bukan kerana maksud lain... Artis wanita tu perlukan bimbingan dalam perjuangan Islam...

Ketua Pemuda PAS Malaysia hadir Himpunan Bantah ISA 15 Julai

Ust Nasruddin Hassan At-Tantawi ketua pemuda PAS Malaysia dilaporkan akan hadir turut serta dalam perhimpunan bantah ISA esok pagi jam 11 /15 Julai dihadapan kem tahanan Kemunting Taiping Perak.

Ramai dikalangan rakyat sesangat mengharapkan lebih ramai lagi dikalangan pimpinan dalam Pakatan Rakyat dapat hadir dalam perhimpunan bagi membantah akta zalim ini, harapan tinggi juga  mengharapkan nama-nama ikon dapat turut sertai seperti Datuk Fauzi Shaari, Hj Abdullah Omar bekas OCPD dan ramai lagi hadir menyokong membantah akta yang zalim ini.

Jumaat, 13 Julai 2012

Ini yang akan ada diperhimpunan bantah ISA 15 Julai ini

Dato Seri Nizar,Aishah Srikandi,Fareedah Ameerah, Ust Abu Bakar, Leman Raja Lawak,Bob Lokman, Ust Zawawi, Ust Fakhrudin,Ust Akmal  kamarudin dan Syeh Ibrahim (Pengerusi GMI ) inilah nama-nama ternama yang akan hadir ke perhimpunan bantah ISA dihadapan pintu kem Tahanan Kemunting Taiping (KEMTA) pada 15 Julai ini.

Mungkin ramai lagi pemimpin,pelakon,pelawak,penulis lirik,penyanyi dan sebagai yang bakal hadir sama di perhimpunan kali ini...apa yang pasti sb tentu ramai..hahaha... Apapun demi membantah akta zalim ini terus berada dimuka bumi tanahair ini rakan sahabat wajar hadir jika kelapang masa...

Khamis, 12 Julai 2012

Terbukti..!!! Selama Perak dilanda ribut selepas omong kosong Muhyiddin

12 Julai 2012 ~ Selama Perak : 4 buah kampung dan lebih 80 keluarga di Selama dalam perlimen Larut terjejas dan mengalami kerugian besar apabila ribut yang membawa angin kencang telah merosak-kan kediaman serta harta benda penduduk disini.

Kejadian ribut kencang ini dilaporkan berlaku pada sebelah lewat petang sejurus berakhirnya program Muhyiddin Yassin di kg Sg. Seputeh yang juga didalam DUN Selama Larut Perak.
Dalam program Perasmian mini RTC ini Muhyiddin ada menegaskan bahawa pemimpin UMNO BN sanggup turun kebawah untuk mendengar rintihan rakyat dan tiada kerajaan didunia ini yang lebih baik selain UMNO BN dan ini telah terbukti ujar Muhyiddin.

Terbukti..?? Apa dah jadi...? Sebaik habis saja program tersebut,seolah-olah Allah menguji akan apa yang Muhyiddin katakan dan lain-lain pemimpin UMNO terutamanya di Larut Perak.. Kejadian ribut yang merosakan puluhan rumah penduduk kampung berlaku sejurus majlis selesai,dimana rombongan UMNO yang dikatakan turun kebawah..? Apa yang berlaku ialah lepas program berakhir  semua orang-orang kuat UMNO cabut balik, MB Zambry balik,Shafie Afdal pun balik semua hilang cabut balik...tinggallah omong-omong kosong Muhyiddin serta tinggallah rakyat yang sedang menderita akibat ribut.

Syukur tiada kejadian cedera dan kehilangan nyawa berlaku ujar Ust Akmal Kamarudin yang turun kelokasi bersama skuad prihatin PAS Larut. Ust Akmal yang mengetuai skuad prihatin PAS Larut bergegas ketempat kejadian sejurus mendapat laporan dari penduduk disini. Segala permasaalah penduduk didengari dan InsyaAllah akan dibantu secepat mungkin bagi memulihkan keadaan penduduk disini kata Ust Akmal lagi.
Ust Akmal meninjau salah sebuah rumah mangsa ribut

Skuad Prihatin PAS Larut bertungkus lumus dari awal kejadian hingga lewat malam tadi membantu penduduk kampung. Skuad Prihatin PAS berkhidmat tidak mengira masa dan tidak mengira fahaman politik,semua akan dibantu,bukan sekadar pandai omong kosong saja. Perlaksanaan adalah keutamaan dalam membantu rakyat yang menghadapi musibah seperti ini ujar salah seorang ahli Skuad Prihatin PAS Larut. Berikutan itu rata-rata penduduk disini mengucapkan terima kasih kepada rombongan Skuad Prihatin PAS Larut yang tampil membantu mereka.
- rakan sumber : Teratak kampung

BERSATU..!!! UMNO Taiping pecah tanah UMNO Bukit Gantang pecah kepala

Muhyiddin dimajlis pecah tanah di Taiping...konon-nya tanah belakang kedai mamak A.Rahman Taiping ini adalah tanah kurnia menurut sumber yang masih diragui..... banyak betul tanah kurnia yang UMNO dapat...rakyat nak dapat tanah punya la susah...

Bersatu untuk poket kroni UMNO boleh dipercayai...hahaha..

Merempat dibangunan yang disita,begitulah nasibnya UMNO Bukit Gantang sekarang. Dalam menjalankan kerja-kerja politik didalam keadaan yang memalukan,kali ini UMNO Bukit Gantang dirundung kesedihan yang melelehkan air luir...apa tidaknya..!! Jiran Parlimennya UMNO Taiping baru-baru ini melakukan majlis pecah tanah untuk dibuat bangunan baru mereka yang bernilai 1juta dijankakan siap dalam masa setahun dari sekarang. Majlis ini disempurnakan Muhiyiddin Yassin..

UMNO Taiping buat majlis pecah tanah...UMNO Bukit Gantang pecah kepala dibuatnya...hehehe.. Dalam majlis tersebut Muhyiddin mengingatkan kepada UMNO Perak dibawah Zambry Kadir MB Perak supaya BERSATU kalau mahu menang di Perak pada PRU akan datang. Sungguh melucukan harapan Muhyiddin ini..dikala UMNO Bukit Gantang buntu tiada bangunan beroperasi secara sah,tiba2 UMNO Taiping boleh planing bikin bangunan baru...bersatu apa macam tu..???

YB Rosli yang perasan nak jadi calon Parlimen Bukit Gantang dilaporkan sedih dan kecewa dengan jiran Parlimen-nya itu... UMNO Parlimen Bukit Gantang seperti dianak tirikan oleh UMNO negeri dan  pusat. Manakala UMNO Taiping berlagak macam abang long dengan adanya Datuk Salimin yang dikatakan merebut tempat politik YB Zahir ADUN Kemunting yang semakin terpinggir.

BERSATU dalam istilah UMNO hanya pada lambakan duit dan kuasa saja...yang lainya hanya indah dibibir saja...habuk pun tarak..hahaha...

Demi sokongan politik....sokong isteri menderhaka pada suami

Hang tengok ni...naya punya kes,kesian kat perempuan tu..tak pasal2 kerana politik dia kena cerai...- kata seorang mamat kat Taman aku pagi tadi sambil menunjukan surat khabar Utusex Malaya kat aku, sambil sedut asap rokok aku tengok mamat tu begitu taksub dengan tajuk utama didada surat khabar tu yang mengisahkan seorang isteri diceraikan kerana tak sehaluan dalam politik konon-nya. Aku memang tak pernah beli atau baca surat khabar Utusex Malaya ni..bagus juga Mamat ni jadi tukang pembaca berita kat aku...hahaha..

Aku jadi pendengar yang baik..tak balas apa2 hujah cerita Mamat tu...haha...yang aku nampak Mamat tu memang dah termakan dakyah propaganda lidah jahat UMNO BN yang bagi aku terang-terang menyokong isteri derhaka kepada suaminya. Bagi aku kalau nak sensasikan kisah cerai berai suami isteri ni wajarlah dilihat dari aspek hukum syariat Islam itu sendiri,bukan main sokong mana2 pihak dalam isu cerai ini,sebab ini isu peribadi rumahtangga seseorang dalam Islam.

Kalau dah sah si isteri itu curang atau derhaka pada suaminya,maka menjadi hak suami membuat keputusan yang sewajarnya..mula bolehlah nasihat2 tapi kalau dok lawan tokey 24jam...suami mana yang sanggup.? Mungkin Najib saja yang sanggup jadi suami dayus No.1 Negara,Rosmah nak buat apa pun tak kisah,nak lawan arahan suami hatta lawan perintah Allah pun Najib tak kisah...hahaha..

Kesian aku pada mamat dan mereka2 yang termakan dakyah jahat sebuah media massa macam Utusex Malaya ni, kerana terlalu percayakan apa yang dituliskan dalam Utusex Malaya mereka tak perasan dah sokong isteri derhaka kepada suami..

Penulis artikal "Isteri tidak sokong PAS dianggap sesat akhirnya diceraikan talak satu" dalam Utusex Malaya 12 Julai 2012 secara jelas main politik kotor,sempit dan mempermainkan hak seorang suami Islam,kerana amat jelas menyebelahi dipihak yang menderhaka. Apa komen ustaz,ulama UMNO dan tok mufti dalam negara ini.? Adakah nak jadi dayus macam Najib terhadap Rosmah juga..? Membiarkan media massa arus perdana yang dikuasai UMNO BN terus jadi lidah busuk dan jahat penyampai maklumat kepada rakyat. - Orangni


Lagi..dan lagi...dan lagi artis sertai PAS.....

Ning Baizura dikata sudah memakai tudung sejak akhir-akhir ini...apa mungkin mengikut jejak langkah Aishah dan Abby Abadi...sama-sama kita doakan..
Ning Baizura nak masuk PAS ini sudah ramai antara kita dengari sejak beberapa hari lalu. Kenapa ya...? Pokok tidak akan bergoyang kalau tidak dituip angin...tapi akan tumbang kalau dilanggar gajah...hahaha..


InsyaAllah aku sedang menjejaki melalui beberapa  artis yang sudah sertai PAS mengenai kesahihan cerita ini.. Tidak mustahil perkara ini akan terjadi. Tunggguuuuu...!!!

Rabu, 11 Julai 2012

Gempar.!!! UMNO Larut guna bomoh sambut Muhyiddin ke Selama Perak

Semalam 11 Julai 2012 aku ke kampung Sungai Siputeh,Selama Perak untuk tinjau suasana panas kerja-kerja Majlis Daerah Selama (MDS) menurunkan bendera politik disepanjang jalan disitu,kejadian banner rasmi lawatan Muhyiddin diturunkan setelah didesak penduduk kampung yang seramai mencacah 300orang telah memberi tamparan sangat hebat buat UMNO Perak khususnya UMNO Larut disini .
Suasana hambar di tapak program Muhyiddin dikg Sg Seputeh Selama lewat petang semalam,gerai2 yang didirikan masih banyak kosong....agaknya kat gerai ni bomoh umno tak mai renjis kot...hehehe.

Dalam masa yang sama aku dapat juga melihat kerja2 persiapan  program Majlis Pelancaran Mini RTC yang akan dirasmikan oleh Muhyiddin Yassin hari ini.

Semasa dilokasi semalam aku diberi tahu oleh seorang penduduk kampung tersebut bahawa pada pagi tersebut terdapat suatu upacara ritual yang dipercayai dari seorang bomoh disekitar tapak program dengan merenjis-renjis sesuatu bersama mangkuk yang dipercayai bekas kemeyan. Kejadian ini turut disaksikan oleh beberapa penduduk kampung yang mengakui melihat sendiri kejadian khurafat ini dilakukan. 

Apa motif khidmat bomoh digunakan dilokasi program UMNO tersebut masih menjadi tanda tanya, adakah ini arahan MB Zambry Kadir atau arahan Datuk Daud sebagai pendinding khurafat...? Hanya Datuk Daud dan orang UMNO disitu yang tahu...hahaha...

Menurut sumber dilokasi sekarang tiada bendera UMNO BN dipasang bagi menyambut ketibaan Muhyiddin hari ini, Syabas kepada MDS yang tegas dan telus  melaksanakan tugas...

Update Vedio Pecah Berita..!!!! Muhyiddin dimalukan banner rasminya diturunkan

Saksikanlah..... Vedio yang mencemarkan UMNO seluruh Perak yang memalukan Muhyiddin yang bakal datang ke Kg Sg Seputeh Selama Perak esok hari untuk program peringkat Negeri....

Kalau dah tahu disitu kubu terkuat PAS di Perak...mengapa tak cerdik orang-orang UMNO di Selama Perak cadangkan lokasinya disitu....saja cari masaalah dan saja nak bikin malu diri sendiri...hahaha....



Cerita sebelum ini Klik Sini dan Sini  
serta Sini

[ Pecah Berita] Muhyiddin dimalukan oleh UMNO Selama,banner rasminya di turunkan

11 Julai 2012 ~ Kg. Sungai Seputih Selama Perak. Berikutan esok Muhyiddin nak datang rasmi suatu program disini terjadi kejadian yang agak panas bagi penyokong UMNO di Selama Perak.

Inilah banner yang diturunkan....TPM dimalukan oleh UMNO Larut sendiri...
Isu turunkan bendera politik sempena program tersebut telah mencemarkan nama UMNO dan Muhyiddin sendiri...apa taknya habis bennar rasmi Muhyiddin dipintu masuk majlis pun diturunkan setelah didesak oleh penduduk kampung yang mejoriti besarnya penyokong PAS.

Disebab ada  perjanjian Majlis Daerah Selama dengan penduduk disini (Ahli PAS) untuk berlaku adil dalam tindakan ini maka dilihat pihak PAS di Selama dapat berkerjasama dalam kerja turun bendera ini,berlainan dengan UMNO yang cuba bermain kotor dengan menaikan bendera dan banner mereka semula selepas diturunkan yang dikatakan diupah oleh seorang Dato dengan upah sehelai bendera 1 ringgit sahaja... ( nak gelak aku dengar....hahaha...).

Kalau mengikut kesesuaian lokasi program....memang UMNO Larut tidak cerdik dalam memilih lokasi,jika diikutkan Selama mempunyai banyak padang2 yang luas dan sesuai dengan lokasi di Kg Sg Seputih ini,tambahan pula disini adalah kubu terkuat PAS di Selama Perak.... Saja cari masaalah...hahaha...

**Vedio klip kejadian akan aku upload seketika nanti..

Gambar- Pintu gerbang PAS yang jaraknya dengan lokasi program Muhyiddin hanya 100meter berjaya dipertahanan oleh lebih 300 penduduk kampung yang turun kelokasi petang tadi, turut hadir memberi sokongan moral ialah ust Akmal Timbalan Ketua Pemuda Larut.

Isu Bendera Politik: Kerana Muhyiddin nak datang Selama MDS dan Polis pening kepala

Dijangka esok 12 July Muhyiddin Yassin akan turun ke Kg. Sungai Seputih dalam DUN Selama Perak untuk satu program atas nama RTC (Rosmah Tak Cantik...hahaha..).

Dikhabarkan pihak Majlis Daerah Selama (MDS) telah keluarkan arahan untuk turunkan semua bendera politik disepanjang lalu Muhyiddin dari Balai Polis Sg Bayor ke Kg Sg Seputih yang telah diketahui umum adalah kubu kuat PAS sejak sekian lama.

Pihak PAS akan akur dengan arahan menurunkan benderanya sekiranya pihak UMNO BN juga turut menurunkan bendera...apa yang masaalahnya apa yang dilihat dilokasi program kerja-kerja menaikan bendera UMNO BN sedang rancak dijalankan,bahkan sebuah pintu gerbang yang penuh gambar Muhyiddin dan bendera BN sedang disiapkan.

Dapat dilihat ada sikap masing2 tak mahu turun bendera malah makin rancak naik-kan bendera...hahaha.. Ini yang memeningkan pihak MDS dan Polis dalam melaksanakan arahan menurunkan bendera, kerana Muhyiddin nak datang habis sekampung jadi masaalah, MDS pun dah pening dengan kedatangan TPM ini..Apa yang ditakut risaukan dengan kibaran bendera...kalau takut dengan bendera PAS janganlah pegi buat program dalam kubu PAS..kan cari penyakit namanya tu...hahaha..

Selasa, 10 Julai 2012

Gabenor bank negara terima takziah lewat dari Najib


Bukan nak kutuk tanpa fakta....tapi inilah kenyataanya, Azah Aziz ibu kepada Gabenor bank negara yang meninggal dunia pada 10 pagi 9 julai kelmarin dan hari ini baru sebentar tadi Perdana Menteri Najib Tun Razak ucap takziah dalam tweetnya... Siap disindir oleh seorang follower twitter.."ohoo..awalnya pak hantar ucapan takziah :-)".

Kalau ibu kepada Tan Sri Dr. Zeti meninggal dunia pun Najib baru tahu atau lupa..apalagi pada rakyat..Najib hanya ingat dengan duit di bank negara berapa banyak yang boleh diguna untuk shopping Rosmah saja...mereka yang jaga bank negara sah dia tak ingat langsung...

Ahmad Maslan melucah dengan Tok Penghulu..?

UMNO semakin senak perut....
UMNO semakin sesak nafas nak m@mpussss...
Itulah gambaranya sekarang...tak habis-habis melucah rakyat tak kira kecil besar,tua atau muda semua ditabur dengan fitnah lucah...

Aku dapat sms dari seorang kawan yang isi kandunganya menceritakan pemimpin UMNO (Ahmadn Maslan) sanggup menayangkan filem lucah kepada Tok2 Penghulu di Pusat Islam Kuala Lumpur hari ini dalam sebuah program yang dinamakan "Memperkasa Institusi Penghulu/Pengawa bersama PM" Tajuknya nampak hebat..tapi isinya penuh dengan propaganda melucah dan memfitnah...inilah kerja UMNO dihujung usia hayatnya...

Tak hairanlah kes rayuan kes liwat difail semula rayuan oleh peguam negero....rupanya Pemimpin UMNO dah mula main isu ini semula walaupun semua  rakyat dah tahu ini kes fitnah dari UMNO semata-mata.


[ 2 Vedio ] Ucapan hebat Leman Raja Lawak 5 dan Ust Akmal di Kem Tahanan Kemunting

Saksikan 2 klip vedio ucapan yang hebat dari Leman Raja Lawak dan Ust Akmal (Pemuda PAS Perak) di perhimpuanan bantah ISA di KEMTA pada 8 Julai 2012 yang lalu yang dihadiri juga artis Hairie Othman dan Abby Abadi bersama beberapa pimpinan PR,GMI dan Mahasiswa serta rakyat yang prihatin dengan nasib tahanan disini. Cerita berkaitan klik [ Sini ]

                           KEMTA 080712 Akmal Kamarudin


                          KEMTA 080712 Leman Raja Lawak

Isnin, 9 Julai 2012

10 Julai 2012 : HARI JOGET SELURUH SEKOLAH MALAYSIA

Memalukan apabila  murid2 perempuan disekolah menengah kat Taiping kata "Ada cikgu perempuan melayu pakai seksi waktu bersenam joget pagi tadi..tergedik-gedik macam Rosmah..".
Seorang murid lelaki kat sekolah Taiping juga meluahkan rasa kesian pada Ustazah dan Ustaz yang turut dipaksa bersenam joget hari ini, jelas kelihatan dimuka ustaz yang beliau tak suka acara ini kata seorang murid disini.
** Apa nak jadi dengan masadepan anakbangsa sekiranya Menteri Pelajaran pentingkan politik saja...kerana politik sekolah seluruh negara dipaksa berjoget..hari ini 10 July 2012 tercatit sejarah yang merosakan sistem pembelajaran disekolah oleh orang kuat UMNO  Mahyiddin Yassin....

[Panas] Midah buka TABIKA KEMAS dalam kem Tahanan..?

Midah buka TABIKA KEMAS dalam KEMTA..???
Semalam masa himpunan protes ISA yang berlansung kat depan pintu masuk KemTahanan Kemunting Taiping (KEMTA) yang dihadiri 3 artis [ Klik Sini] secara tak sengaja lensa kamera aku terklik sebuah banner di pagar KEMTA. TABIKA KEMAS KEMTA,Dibuka sekarang..!!!! yang bestnya untuk keterangan tertera nama MIDAH...hahaha...  Kalau sebut je nama Midah kat Perak ni,semua orang akan kata Midah ADUN Sungai Rapat yang popular dikalangan UMNO sebagai YB Wanita yang takcerdik yang suka bikin kacau kalau ada ceramah PAS,pantang ada ceramah PAS kat kawasan dia, dia akan buat juga ceramah sebelah ceramah PAS...hahaha.. (Sorry Cikgu Al-Hussyen..) 

Apa yang menariknya ada peserta himpunan kata "Agaknya ibubapa mana la nak hantar anak2 ke KEMTA ni...tambahan pula budak2 kecik...cikgunya Midah pulak tu...naya budak2 yang belajar dalam TABIKA KEMTA..dah la kena siksa....cikgunya (Midah) pula tak cerdik". 


Ahad, 8 Julai 2012

Kazim sibuk buffet buka puasa sebelum Ramadhan

Banner berbuka puasa dengan Kazim di Petronas Kemunting Taiping...

Inilah Ustak Kazim Al Pengampu UMNO..
Baru 19 Syaaban...
Puasa Ramadhan entah kemana...?
Anak bulan pun tok mufti tak teropong lagi..?
Ustak Kazim dah sibuk jaja program buffet bulan Ramadhan kat hotel..
Terpampang banner muka Ustak Kazim diserata Taiping....
Dewasa 25 hinggit...kanak-kanak 10 hinggit...buka puasa dengan Kazim..
Ada santapan rohanilah....jasmanilah...nasyiblah...
Kata nak ikut  wasathiyyah Najib...hahaha..
tak mau membazir...sederhana je...hahaha...
Buka puasa dengan Kazim ada nyanyi-nyanyi...hebat tu Kazim...
Zambry,Hasbullah dan Azimuddin tentu suka...hahaha...
Program buat kat hotel dan sapu duit orang yang datang buka puasa....
Inilah Ustax Kazim yang cakap tak serupa bikin ataupun Ustax pengampu UMNO....hahaha...
* Menurut sumber, Ustay Kazim sibuk cari dana untuk jadi calon UMNO di Batu Kurau...lepas buffet mungkin ada jualan baju raya dan songkok raya jenama Kazim pulak...hahaha....

Hairie Othman,Abby Abadi dan Leman Raja Lawak bersama dalam protes bantah ISA di KEMTA

Hairie Othman,Abby Abadi dan Leman Raja Lawak membantah akta zalim ISA
8 July 2012~ KEMTA Kemunting Taiping Perak: Hari ini suatu kejutan dan tercatit sejarah dalam bidangseni tanahair telah berlaku di negeri Perak apabila perhimpunan protes ISA yang berlansung dihadapan pintu utama KEMTA dihadiri 3 orang artis yang prihatin dengan tahanan yang dilaporkan seramai 45 orang didalamnya diperlakukan penginayaan terhadap mereka yang sebelum ini dilaporkan telah melakukan mogok lapar untuk memprotes dari dalam kem tersebut.

Abby Abadi yang pernah memengang watak Insektor Aliza dalam filem Gerak Khas melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. "Mana slogan mesra,cepat dan betul yang dilaungkan pihak polis...mana slogan Janji Ditepati yang dicanang pemimpin UMNO BN yang kononya ISA dimansuhkan...??? Mengapa masih ujud kem tahanan sebegini dalam negara,saya kecewa melakon watak polis yang digambarkan baik..sebaliknya pihak polis bershubahat melakukan kezaliman terhadap tahanan semata-mata mendengar pihak atasan" Ujar Abby ketika diberi peluang berucap dalam perhimpunan ini.
Manakala Hairei Othaman yang suatu masa dulu pernah berlakon watak Leftenan Adnan mengajak semua rakyat bersatu menentang akta zalim ini dari terus berada dimuka bumi Malaysia ini, Leman Raja Lawak dalam mesej lawaknya mempersoalkan sikap pemimpin UMNO yang tidak cerdik memberi komen dalam twitter bahawa makan lambchop lebih baik dari layan kehendak perhimpunan ini.

Perhimpunan aman hari ini mencecah 300 peserta dan telah memberi semangat buat keluarga mangsa tahanan yang hadir sama dan pihak penganjur (GMI) berterima kasih kepada semua yang terlibat dan merakamkan syabas buat artis yang terlibat hari ini.Perhimpunan ini  diakhiri dengan gimik membakar gambar Najib dan Hishamuddin yang didakwa menipu rakyat dengan mengatakan akta zalim telah dimansuhkan sebaliknya ianya sebuah janji kelentong kepada rakyat. Turut serta dalam perhimpunan ini ialah beberapa pemimpin parti politik seperti Ust Akmal Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak,Ust Fakharudin YDP PAS Taiping,Sdr Khairul wakil PKR serta berberapa tokoh hebat dari  mahasiswa tanahair.

Dijangkakan perhimpunan sebegini bakal diadakan pada minggu hadapan dengan harapan pihak yang berkenaan dapat membebaskan tahanan yang teriniaya didalam kem tersebut. Semoga perhimpunan akan datang akan lebih ramai lagi penyertaan dari Pimpinan Pakatan Rakyat.

Gambar sebahagian perhimpunan protes ISA yang dihadiri 3 Artis






Bakar tanda protes kezaliman Najib  dan Sepupunya...