Bob Lokman,Aishah Srikandi dan Leman turut serta Himpunan Bantah ISA |
Barisan FRU dihadapan pintu KEMTA menyambut kami hari ini..haha.. |
Peserta mula berkumpul |
Barisan pimpinan yang prihatin hadir bersama rakyat |
DSN sedang berucap diakhir program ini |
Bob Lokman,Aishah Srikandi dan Leman turut serta Himpunan Bantah ISA |
Barisan FRU dihadapan pintu KEMTA menyambut kami hari ini..haha.. |
Peserta mula berkumpul |
Barisan pimpinan yang prihatin hadir bersama rakyat |
DSN sedang berucap diakhir program ini |
Apa mau nak dikatakan,diungkapkan atau nak diterjemahkan...kalau sesetengah artis sekali naik pentas ceramah penganjur kena bayar sehingga RM2,500..!!! Inilah desas desus yang bertiup kencang didalam PAS sekarang.
Aku bukan nak pertikai mana-mana pihak atau mau sibuk hal artis-artis wanita yang dok naik pentas PAS....tapi apa kewajaran dikenakan bayaran yang boleh dikatakan sangat tinggi.
Ada yang setengah tu didakwa masih lagi pun serah borang dah minta bayaran ribuan ringgit untuk sekali naik pentas..ada yang mengatakan ada individu lain yang dikatakan menjadi pengurus tak rasmi menentukan harga-harga ini. Nama individu yang disebut-sebut dipanggil Mat ... hahaha..Malas aku nak sebut nama individu tersebut,tak mahu imejnya terjejas yang dikatakan berasal dari negeri penyu bertelur...hahaha....tapi sebelum imej PAS terjejas...lebih baik individu tersebut fikir apa tujuan buat sedemikian dalam perjuangan.
Kalau nak jadi pengurus kepada artis wanita yang rapat dengan PAS tu..buatlah dengan ikhlas dan kesedaran...bukan kerana maksud lain... Artis wanita tu perlukan bimbingan dalam perjuangan Islam...
Dato Seri Nizar,Aishah Srikandi,Fareedah Ameerah, Ust Abu Bakar, Leman Raja Lawak,Bob Lokman, Ust Zawawi, Ust Fakhrudin,Ust Akmal kamarudin dan Syeh Ibrahim (Pengerusi GMI ) inilah nama-nama ternama yang akan hadir ke perhimpunan bantah ISA dihadapan pintu kem Tahanan Kemunting Taiping (KEMTA) pada 15 Julai ini.
Mungkin ramai lagi pemimpin,pelakon,pelawak,penulis lirik,penyanyi dan sebagai yang bakal hadir sama di perhimpunan kali ini...apa yang pasti sb tentu ramai..hahaha... Apapun demi membantah akta zalim ini terus berada dimuka bumi tanahair ini rakan sahabat wajar hadir jika kelapang masa...
Ust Akmal meninjau salah sebuah rumah mangsa ribut |
Bersatu untuk poket kroni UMNO boleh dipercayai...hahaha.. |
Hang tengok ni...naya punya kes,kesian kat perempuan tu..tak pasal2 kerana politik dia kena cerai...- kata seorang mamat kat Taman aku pagi tadi sambil menunjukan surat khabar Utusex Malaya kat aku, sambil sedut asap rokok aku tengok mamat tu begitu taksub dengan tajuk utama didada surat khabar tu yang mengisahkan seorang isteri diceraikan kerana tak sehaluan dalam politik konon-nya. Aku memang tak pernah beli atau baca surat khabar Utusex Malaya ni..bagus juga Mamat ni jadi tukang pembaca berita kat aku...hahaha..
Aku jadi pendengar yang baik..tak balas apa2 hujah cerita Mamat tu...haha...yang aku nampak Mamat tu memang dah termakan dakyah propaganda lidah jahat UMNO BN yang bagi aku terang-terang menyokong isteri derhaka kepada suaminya. Bagi aku kalau nak sensasikan kisah cerai berai suami isteri ni wajarlah dilihat dari aspek hukum syariat Islam itu sendiri,bukan main sokong mana2 pihak dalam isu cerai ini,sebab ini isu peribadi rumahtangga seseorang dalam Islam.
Kalau dah sah si isteri itu curang atau derhaka pada suaminya,maka menjadi hak suami membuat keputusan yang sewajarnya..mula bolehlah nasihat2 tapi kalau dok lawan tokey 24jam...suami mana yang sanggup.? Mungkin Najib saja yang sanggup jadi suami dayus No.1 Negara,Rosmah nak buat apa pun tak kisah,nak lawan arahan suami hatta lawan perintah Allah pun Najib tak kisah...hahaha..
Kesian aku pada mamat dan mereka2 yang termakan dakyah jahat sebuah media massa macam Utusex Malaya ni, kerana terlalu percayakan apa yang dituliskan dalam Utusex Malaya mereka tak perasan dah sokong isteri derhaka kepada suami..
Penulis artikal "Isteri tidak sokong PAS dianggap sesat akhirnya diceraikan talak satu" dalam Utusex Malaya 12 Julai 2012 secara jelas main politik kotor,sempit dan mempermainkan hak seorang suami Islam,kerana amat jelas menyebelahi dipihak yang menderhaka. Apa komen ustaz,ulama UMNO dan tok mufti dalam negara ini.? Adakah nak jadi dayus macam Najib terhadap Rosmah juga..? Membiarkan media massa arus perdana yang dikuasai UMNO BN terus jadi lidah busuk dan jahat penyampai maklumat kepada rakyat. - Orangni
Ning Baizura dikata sudah memakai tudung sejak akhir-akhir ini...apa mungkin mengikut jejak langkah Aishah dan Abby Abadi...sama-sama kita doakan.. |
Suasana hambar di tapak program Muhyiddin dikg Sg Seputeh Selama lewat petang semalam,gerai2 yang didirikan masih banyak kosong....agaknya kat gerai ni bomoh umno tak mai renjis kot...hehehe. |
Inilah banner yang diturunkan....TPM dimalukan oleh UMNO Larut sendiri... |
Dijangka esok 12 July Muhyiddin Yassin akan turun ke Kg. Sungai Seputih dalam DUN Selama Perak untuk satu program atas nama RTC (Rosmah Tak Cantik...hahaha..).
Dikhabarkan pihak Majlis Daerah Selama (MDS) telah keluarkan arahan untuk turunkan semua bendera politik disepanjang lalu Muhyiddin dari Balai Polis Sg Bayor ke Kg Sg Seputih yang telah diketahui umum adalah kubu kuat PAS sejak sekian lama.
Pihak PAS akan akur dengan arahan menurunkan benderanya sekiranya pihak UMNO BN juga turut menurunkan bendera...apa yang masaalahnya apa yang dilihat dilokasi program kerja-kerja menaikan bendera UMNO BN sedang rancak dijalankan,bahkan sebuah pintu gerbang yang penuh gambar Muhyiddin dan bendera BN sedang disiapkan.
Dapat dilihat ada sikap masing2 tak mahu turun bendera malah makin rancak naik-kan bendera...hahaha.. Ini yang memeningkan pihak MDS dan Polis dalam melaksanakan arahan menurunkan bendera, kerana Muhyiddin nak datang habis sekampung jadi masaalah, MDS pun dah pening dengan kedatangan TPM ini..Apa yang ditakut risaukan dengan kibaran bendera...kalau takut dengan bendera PAS janganlah pegi buat program dalam kubu PAS..kan cari penyakit namanya tu...hahaha..
UMNO semakin senak perut....
UMNO semakin sesak nafas nak m@mpussss...
Itulah gambaranya sekarang...tak habis-habis melucah rakyat tak kira kecil besar,tua atau muda semua ditabur dengan fitnah lucah...
Aku dapat sms dari seorang kawan yang isi kandunganya menceritakan pemimpin UMNO (Ahmadn Maslan) sanggup menayangkan filem lucah kepada Tok2 Penghulu di Pusat Islam Kuala Lumpur hari ini dalam sebuah program yang dinamakan "Memperkasa Institusi Penghulu/Pengawa bersama PM" Tajuknya nampak hebat..tapi isinya penuh dengan propaganda melucah dan memfitnah...inilah kerja UMNO dihujung usia hayatnya...
Tak hairanlah kes rayuan kes liwat difail semula rayuan oleh peguam negero....rupanya Pemimpin UMNO dah mula main isu ini semula walaupun semua rakyat dah tahu ini kes fitnah dari UMNO semata-mata.
Midah buka TABIKA KEMAS dalam KEMTA..??? |
Banner berbuka puasa dengan Kazim di Petronas Kemunting Taiping... |
Hairie Othman,Abby Abadi dan Leman Raja Lawak membantah akta zalim ISA |
Bakar tanda protes kezaliman Najib dan Sepupunya... |