Pengikut

Ahad, 8 Julai 2012

Hairie Othman,Abby Abadi dan Leman Raja Lawak bersama dalam protes bantah ISA di KEMTA

Hairie Othman,Abby Abadi dan Leman Raja Lawak membantah akta zalim ISA
8 July 2012~ KEMTA Kemunting Taiping Perak: Hari ini suatu kejutan dan tercatit sejarah dalam bidangseni tanahair telah berlaku di negeri Perak apabila perhimpunan protes ISA yang berlansung dihadapan pintu utama KEMTA dihadiri 3 orang artis yang prihatin dengan tahanan yang dilaporkan seramai 45 orang didalamnya diperlakukan penginayaan terhadap mereka yang sebelum ini dilaporkan telah melakukan mogok lapar untuk memprotes dari dalam kem tersebut.

Abby Abadi yang pernah memengang watak Insektor Aliza dalam filem Gerak Khas melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. "Mana slogan mesra,cepat dan betul yang dilaungkan pihak polis...mana slogan Janji Ditepati yang dicanang pemimpin UMNO BN yang kononya ISA dimansuhkan...??? Mengapa masih ujud kem tahanan sebegini dalam negara,saya kecewa melakon watak polis yang digambarkan baik..sebaliknya pihak polis bershubahat melakukan kezaliman terhadap tahanan semata-mata mendengar pihak atasan" Ujar Abby ketika diberi peluang berucap dalam perhimpunan ini.
Manakala Hairei Othaman yang suatu masa dulu pernah berlakon watak Leftenan Adnan mengajak semua rakyat bersatu menentang akta zalim ini dari terus berada dimuka bumi Malaysia ini, Leman Raja Lawak dalam mesej lawaknya mempersoalkan sikap pemimpin UMNO yang tidak cerdik memberi komen dalam twitter bahawa makan lambchop lebih baik dari layan kehendak perhimpunan ini.

Perhimpunan aman hari ini mencecah 300 peserta dan telah memberi semangat buat keluarga mangsa tahanan yang hadir sama dan pihak penganjur (GMI) berterima kasih kepada semua yang terlibat dan merakamkan syabas buat artis yang terlibat hari ini.Perhimpunan ini  diakhiri dengan gimik membakar gambar Najib dan Hishamuddin yang didakwa menipu rakyat dengan mengatakan akta zalim telah dimansuhkan sebaliknya ianya sebuah janji kelentong kepada rakyat. Turut serta dalam perhimpunan ini ialah beberapa pemimpin parti politik seperti Ust Akmal Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak,Ust Fakharudin YDP PAS Taiping,Sdr Khairul wakil PKR serta berberapa tokoh hebat dari  mahasiswa tanahair.

Dijangkakan perhimpunan sebegini bakal diadakan pada minggu hadapan dengan harapan pihak yang berkenaan dapat membebaskan tahanan yang teriniaya didalam kem tersebut. Semoga perhimpunan akan datang akan lebih ramai lagi penyertaan dari Pimpinan Pakatan Rakyat.

Gambar sebahagian perhimpunan protes ISA yang dihadiri 3 Artis






Bakar tanda protes kezaliman Najib  dan Sepupunya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan