Pengikut

Isnin, 30 Mei 2011

Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan



NONE
Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.


Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sebelum ini, Bernama melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting. - MK





ANDA GUSAR..????
DENGAN KENAIKAN TARIK ELEKTRIK 7%...???

Berikutan kenaikan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi oleh kerajaan rejim UMNO BN.

Sebuah kompeni dari anak syarikat JIBROS cucu kepada kompeni kecantikan muka tapak kaki kerbau BIK MAMA Ent. hari ini telah melancarkan Jiberator model JIBROS 111 berkuasa elektrik 111megawatt. Harga dipasaran sekarang RM111,0000 seunit.

JIBROS 111 berupaya menampung keperluan pengunaan elektrik bagi sebuah rumah yang mempunyai 3 bilik dan 1 bilik air.

Tahap bunyi enjin Jibrator JIBROS ini melepasi ujian ISO1111 APCO.

Moral: Kerajaan rejim UMNO BN dapat menyelesaikan masaalah rakyat berikutan kenaikan takrik elektrik dengan melancarkan Jeberator JIBROS ini kerana ia-nya mengunakan minyak RON95 yang harganya belum naik lagi...hehehehe....

*Bagi yang memengang kad ahli rejim UMNO akan diberi potongan harga 111%

Ahad, 29 Mei 2011

Gila Talak dan Angngau UMNO

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

NONEMenurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

umno pasBagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.






Moral: Rejim UMNO semakin tenat dan nazak akibat penyakit "Gila Talak" ataupun "Ang'ngau"