Pengikut

Ahad, 23 Oktober 2011

SEJARAH TANAH AIR BAKAL DIKELENTONG LAGI DENGAN SATU RAKAMAN TEMUBUAL EKSKLUSIF BERUSIA SETENGAH ABAD

Kali ini bukan dari seoarang Profesor,bukan dari YB-

YB bebas dan bukan dari blogger-blogger UMNO BN...

Tapi dari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik kenyataan dari mulut Najib Tun Raz

ak dimedia arus perdana:
Kuala Lumpur, 23 Okt – Kerajaan mempunyai bukti kukuh bahawa Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) berdasarkan rakaman tembualnya dengan anggota polis serta catatan sebuah buku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak .

RAKAMAN TEMUBUAL itu yang kini berada dalam simpanan polis, Mat Indera sendiri mengaku mempunyai fahaman dan ideologi komunis selain terlibat merancang dan menembak anggota polis dalam insiden Bukit Kepong di Muar pada 1950.

*** Penulis (Mungkin semua orang) ternanti-nanti akan bukti rakaman tersebut yang menjangkau usia hampir 59 tahun...
Wah..!!!!! maka ini-lah rakaman yang bakal mengegarkan sejarah teknologi tanah air ini,yang selama ini disimpan oleh UMNO BN,tentunya rakaman ini dibuat sekitar tahun 1952 atau 1953. Selama ini rakaman terantik visual dan audio yang rakyat semua tahu adalah sekitar 1957 (Sejarah kemerdekaan negara).

Sama-samalah kita nantikan.....RAKAMAN,RAKAMAN,RAKAMAN,RAKAMAN INI....
Dan mungkin ada lagi satu adegan sumpah laknat berlaku secara eksklusif untuk mengakui kebenaran rakaman ini.


*Mat Indera*
-Nama penuh Mat Indera ialah Ahmad Bin Indera
-Dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
-14 oktober 1952 diberkas oleh pihak British.
-Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping.
-Di dalam penjara mat Indera didera.Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping.Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Selasa, 18 Oktober 2011

(Gambar) MyKad Baru Bermula Januari 2012!!

mykad9 (Gambar) MyKad Baru Bermula Januari 2012!!

Beginilah antara rupabentuk Mykad baru ini nanti bagi menggantaikan mykad lama. Kebetulan antara kami baru sahaja menukar Mykad sebelum ini, yang mana mengalami kerosakan di bahagian cipnya. Cepat sangat berkaratnya. Padahal, bukannya terdedah di tempat yang lembap apatah lagi tempat yang basah. Tetapi itula…

“Kalau dah nak jadi, jadi juga”

Tetapi, ada tetapinya walau secanggih mana pun kaedah encrypt, kad pengenalan (IC lama) masih dianggap antara yang ada “kualitinya tersendiri” ditambah dengan hasil handwritting yang agak unik. Memang legend kad pengenalan lama seperti di bawah ini.

mykad2 (Gambar) MyKad Baru Bermula Januari 2012!!

Yang mana kebetulan, mykad anda dah sampai tahap kena bertampal-tampal tepi dengan salotape (pita pelekat), mungkin inilah peluang terbaik anda untuk menukarnya dengan yang baru.

Tetapi kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, pengguna MyKad lama tak wajib untuk tukar kepada MyKad baru. Terpulang….kepada kepada kita semua. Cuma yang baru nak buat itu, semestinya Mykad baru ini pilihan yang terbaik

Antara kelebihan dan penambaikan Mykad baru ini adalah :

  • Mampu menangani masalah pemalsuan dan ketahanan serta kualitinya.
  • Diperbuat daripada bahan ‘polycarbonate’ yang lebih tahan
  • Menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.
  • MyKad baru ini juga mengandungi cip yang telah diuji kualiti ketahanan di Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM) serta makmal-makmal semi konduktor yang diiktiraf.

mykad (Gambar) MyKad Baru Bermula Januari 2012!!

Dalam pada masa yang sama kami nak berkongsi koleksi gambar kad pengenalan lama milik Perdana Mneteri malaysia yang terdahulu. Antaranya :

1) Kad Pengenalan Lama Tunku Abdul Rahman

mykad4 (Gambar) MyKad Baru Bermula Januari 2012!!

2) Kad Pengenalan Lama Tun Abdul Razak

mykad5 (Gambar) MyKad Baru Bermula Januari 2012!!

3) Kad Pengenalan Lama Tun Hussein Onn

mykad6 (Gambar) MyKad Baru Bermula Januari 2012!!

4) Kad Pengenalan Tun Dr Mahathir Mohamad

mykad7 (Gambar) MyKad Baru Bermula Januari 2012!!

5) Kad Pengenalan Tun Abdul Ahmad Badawi

mykad8 (Gambar) MyKad Baru Bermula Januari 2012!!

P/S : Cuma diharap, Mykad baru ini penambaikan yang dilakukan ini berjaya ditingkat daripada segi ketahanannya seperti yang diwarwarkan. Apa pandangan dengan Mykad baru kali ini?