Pengikut

Ahad, 26 Februari 2012

Himpunan Hijau 2.0 TV3 lapor 3ribu... AsiaOne dan CNN lapor lebih 5ribu..

Himpunan Hijau 2.0 berlansung hari ini di beberapa lokasi seluruh tanah air,tempat yang menjadi perhimpunan utamanya ialah di  padang MPK 4 Kuantan Pahang yang mana lokasi projek Lynas dari Australia di buat. 

Bilangan kehadiran penyokong bagi membantah projek Lynas ini menjadi tajuk panas dibeberapa media massa arus perdana  tanah air dan juga laman blog pro UMNO BN. Semua menganggap Himpunan Hijau 2.0 (Green Gathering 2.0 Stop Lynas, Save Malaysia) ini gagal dalam sambutan. TV3 dan RTM melaporkan hanya 3 ribu orang sahaja hadir dan disahkan oleh pihak PDRM.


Dikhabarkan, melalui satu laporan yang dipetik Bernama (baca : Tiewnama), hanya TIGA RIBU orang sahaja yang hadir dalam perhimpunan mega membantah pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Sedangkan menurut satu laporan yang disahkan oleh portal berita Malaysiakinilebih 10 RIBU yang hadir berdasarkan kepada kapsiti padang dan kiraan matematik yang dilakukan oleh seorang pembaca.

Kiraan matematiknya adalah seperti berikut:

1) 40 baris dari pentas, orang ramai duduk rapat dengan anggaran kira-kira 8 kaki persegi bagi setiap orang. 

2) Lebih jauh dari pentas utama, kiraannya adalah sedikit longgar, mungkin 12 kaki persegi bagi setiap orang. 

3) Peserta himpunan memenuhi kira-kira seperti 130% lebih besar daripada padang bola sepak. 

4) Saiz standard bagi sebuah padang bola sepak adalah kira-kira 90m kali 120m atau kira-kira 116,424 kaki persegi. 

5) Dengan menambah 30% lagi keluasan akan menjadi 151,351 kaki persegi. 

6) Mengambil orang ramai yang longgar pada kiraan 12 kaki persegi bagi setiap orang, kita akan mendapat 
12612 orang. 



Penulis mengajak semua melihat 2 laporan dari laman antarabangsa iaitu CNN dan AsiaOne yang mengeluarkan berita mengenai jumlah kehadiran melebihi 5 ribu orang.


But more than 5,000 people, many wearing green and holding banners reading "Stop pollution, stop corruption, stop Lynas," gathered in Kuantan to call for the plant to shut down, chanting "We want Lynas to close down".- AsiaOne.


Green Gathering 2.0 Stop Lynas, Save Malaysia. Citizens from various parts of Malaysia, of all ages and multi races attended at MPK4 Kuantan, Malaysia. Protest against Lynas an Australian company from building rare earth refinery at Gebeng, Pahang. Its radioactive waste is going to be kept there which is a great treat to the residents health and the environment for centuries.-CNN

Laporan mana yang betul...
Media Massa Arus Perdana..??
Perdana Menteri 1Monggol..??







Katak dan Perasit adalah talian hayat terakhir UMNO Perak

Katak + UMNO + Perasit + UMNO
[ Klik imej untuk lebih jelas ]

Penulis melintasi persimpangan berdekatan TOL Kemunting sebentar tadi mendapati 2 banner ceramah anjuran yang tidak perlu berselindung disebalik nama-nama NGO digantung disini. Penulis dan orang ramai pun sudah tahu ini adalah ceramah anjuran UMNO Parlimen Larut dan UMNO Parlimen Bukit Gantang. 

Dikhabarkan UMNO Larut mengunakan atas nama NGO ( MAAP )  untuk anjurkan ceramah Dr Hasan Ali JATI 666 (Perasit Devil) dan UMNO Bukit Gantang pula menjemput YB Go..Gobolehblahkrisnan (Katak). Mereka ini akan di gabung bersama dengan pasangan dari pemimpin UMNO iaitu Lokman Noor Adam Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ust Kazim Elias yang juga dari UMNO. 

Lokasi dan masa…malas penulis nak paparkan disini,sebab bukan kerja penulis membuat publisiti untuk ceramah bagi Parti yang menyokong perdagangan dengan Israel…hehehe…

Dilihat sejak akhir-akhir ini pihak UMNO khususnya di negeri Perak semakin tenat bagi mencari dan mengembalikan sokongan rakyat,semuanya kerana ingin mempertahankan pemerintahan UMNO yang dirampas secara haram dari Pakatan Rakyat. 

UMNO Larut dan UMNO Bukit Gantang amat jelas terpaksa membangsatkan maruah dengan menjemput wakil-wakil bebas yang mempunyi rekod buruk dalam arena politik naik keatas pentas ceramah berganding bersama dengan penal mereka (UMNO). MB Haram Zambry pula sudah tidak mampu berbuat apa-apa mengenai gerak kerja pemimpin dibawahnya kerana Zambry sendiri dalam keadaan posisi tidak selamat dalam percaturan politik Najib Apco. 

Ada sumber mengatakan setiap ceramah Dr Hasan Ali pihak UMNO sanggup membayar dengan kos yang amat tinggi...!!!!