Pengikut

Selasa, 27 Mac 2012

Stadium Perak Jadi Tempat Pembuangan Sampah...Zambry tak jemput TV3..??




"Beginilah keadaan negeri dibawah Pakatan Rakyat..bla..bla...yang tak mampu jaga kebersihan....sampah banyak...bla....blu...bla...kotor...bla..bla..ibarat burung gagak memutihkan bulunya...tetap akan hitam...karam singh untuk TV3 suku..."- Sebahagian sedutan ulasan Karam...hahaha...


Dalam negara ini kalau cerita sampah banyak,cerita sampah tak dikutip,sampah busuk mesti di bayangkan 4 buah negeri oleh media massa arus perdana seperti TV3.. Selangor,Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan lah akan jadi mangsa lensa dan ulasan Karam singh angkat tangan 8 kali..


Namun kalau perkara sedemikian berlaku di negeri dibawah kerajaan UMNO BN maka senyap sunyilah semua itu...Lihatlah apa yang berlaku di stadium Ipoh Perak,ianya sebuah kawasan tumpuan umum di yang menempatkan acara-acara sukan,tempat makan dan sebagainya dilaporkan dipenuhi sampah sarap...  Kalaulah perkara ini berlaku di 4 buah negeri dibawah Pakatan Rakyat maka jadi sasaulah pihak media arus perdana datang membuat laporan dan kemudianya di ikuti ulasan puak pemimpin UMNO BN yang konon-nya nak jadi hero sampah..haha..


Menurut sumber, masalah itu timbul sekitar dua minggu lalu, iaitu selepas perlawanan bola sepak antara Perak dengan Kelantan yang berlangsung di stadium berkenaan.Namun, timbunan sampah masih belum dibersihkan hingga menimbulkan bau yang busuk.

Turut meloyakan tekak apabila menghidu bau busuk dari cecair yang dipercayai minuman basi yang diletakkan di bahagian kerusi penonton dan pintu pagar stadium yang tidak dibersihkan oleh pihak bertanggungjawab.
Difahamkan, pihak pengurusan telah melakukan kerja-kerja pembersihan tetapi hanya menolak sampah dari kerusi penonton di tingkat atas menggunakan mesin angin ke bahagian bawah.Namun, sampah sarah itu dibiarkan pula di satu sudut, seolah-olah menunggu ia lupus begitu sahaja.
Di kawasan lain, kelihatan sampah sarap bersepah-sepah di atas rumput yang turut kelihatan panjang dan sudah pasti pemandangan itu menyakitkan mata sesiapa sahaja yang memandang.Adakah kerana kekalahan Perak menyebabkan pihak pengurusan kecewa dan enggan membersihkan stadium selepas perlawanan?
Mana pergi MB Zambry Kadir dan mana pergi exco belia dan sukan Perak Dato' Zainol Padzi Paharudin..?? Adakah terlalu sibuk dengan kerja menyambut Najib dan Mahyudin ke Perak yang berulang-ulang kali sehinggakan tak sempat tengok2  tempat penting macam persekitaran stadium Ipoh..???!!!!.

Ahad, 25 Mac 2012

UMNO Larut anjurkan Konvoi Kupon bernilai RM15 dapat free baju T

Ini program UMNO... Siapa berani kacau...tak pakai helmat pun tak apa.

Konvoi kupon berbaju T percuma...akan datang UMNO kena bagi topi kaledar percuma untuk keselamatan anak muda....hahaha...

25 Mac 2012 telah berlansung satu program anjuran UMNO BN Larut Perak  yang boleh di namakan sebagai Program konvoi Kupon 15 hinggit..hahaha.. peserta yang terdiri golongan anak muda juga di beri percuma sehelai baju T yang tertera PRU13 pemuda BN Larut..nama saja pemuda BN,tapi boleh dikatakan semua dari anak muda berbangsa melayu…jelas menunjukan anak muda  cina dan india memang dah tak sokong BN lagi.

Menurut sumber mengatakan  Pemuda UMNO Larut  Sdr. Anuar Ariffin terpaksa mengeluarkan pulus yang tebal  untuk anjuran konvoi Himpunan Perdana Pemuda UMNO Larut yang berkumpul di Astaka Batu Kurau. UMNO Larut terpaksa gunakan pendekatan  seolah-olah memberi habuan…( Adik beradik sepupu sepapat rasuah le tu..hehehe..). .[ Klik Sini]
Ust Akmal menunjuk-kan bukti kupon dan baju T percuma  dari UMNO Larut yang semakin tertekan dalam meraih sokongan muda

Seorang anak muda yang sertai Konvoi Kupon ini diberi RM15 dan sehelai baju T yang aku anggarkan sehelai RM10, maka kos seorang  peserta RM25 dan menurut sumber yang sertai program ini menganggarkan sejumlah 1500 orang  dalam konvoi kupon tersebut. UMNO Larut dikatakan gagal dalam program ini kerana  sasaran mereka ialah 3 ribu peserta..apapun  lebih  RM40 ribu  telah dibelanjakan, itu tidak termasuk kos-kos makan free dan sebagainya. Kalau anak muda  yang sertai konvoi kupon ini dapat RM15….yang atas-atas tu mahu lebih lagi nilai kupon-nya…hahaha…

Amat ketara dan jelas UMNO Larut khususnya  UMNO Perak sudah  kritikal nazak sebab terpaksa  mempergunakan anak muda dengan  unsur-unsur negetif demi mengharapkan sokongan anak muda  bertambah . Najib dan Mahyudin mungkin akan datang lagi ke Perak…hahaha..sebab Zambry sudah di-ibarat seperti burung gagak tua yang hanya melompat-lompat kerana tak mampu terbang disebabkan keguguran bulu sayapnya.

Apa yang  menghairankan ialah terdapat dikalangan peserta yang masih berumur belasan tahun dan agak mengejutkan ada dikalangan mereka yang tiada lesen memandu dan berkonvoi dengan tidak memakai topi kaledar.  Apa bila ditanya oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut Sdr Ust Akmal  mengapa menunggang motosikal tidak pakai topi keledar kepada  seorang peserta disini ? peserta tersebut  menjawap “Ini program UMNO la…Polis mana berani buat apa-apa..mereka pun dibayar gaji oleh UMNO..”    ?????? Dibayar gaji oleh UMNO..!!!.  Rupanya  inilah yang didik oleh kepimpinan UMNO dengan sumber dan dakyah yang salah dan mungkin menyalahi undang-undang. 

Ust Akmal  dalam ceramahnya di Bukit Jana Taiping bersama Chegu Bard pada malam tadi menyatakan bahawa program Konvoi Pemuda UMNO Larut ini dibuat atas sebab mereka rasa tercabar,malu dan tertekan dengan program konvoi anjuran PAS Larut baru-baru ini, program tersebut  berjalan dengan jaya-nya dengan  kejayaan menghimpunkan lebih 2 ribu anak muda yang menyokong Pakatan Rakyat . Namun dalam program konvoi anjuran PAS Larut amat berbeza sekali pendekatan yang diberi,peserta di pastikan mempunyai lesen yang sah,dipastikan ada roadtax,dipastikan ada cermin sisi yang lengkap dan mesti memakai topi kaledar serta tiada kupon-kupon duit minyak,tiada baju free…pendek kata semua yang sertai haruslah datang dengan jujur dan iklas.

Kupon Konvoi bermotor RM15...kalau kereta mahu RM150..haha..

Baju T yang diberi percuma oleh UMNO Larut bakal dibuat kain lap kaki di pintu tandas...haha..