Pengikut

Isnin, 2 April 2012

PBTM Cawangan Dun Kuala Sepetang Taiping Perak gagal,memalukan dan ada kelentong

Terbukti memalukan persatuan..!!!

31 Mac 2012 -- Simpang Taiping Perak:  Persatuan Bekas Tentera  Malaysia (PBTM) Cawangan Dun Kuala Sepetang telah bermesyuarat Agong kali ke -17 disini. Telah dirasmikan oleh Dato Hj Ismail bin Saffian. (Calon UMNO BN yang tewas dengan DS Nizar dalam PRK Bukit Gantang lalu ).  

Menurut  rakan aku yang menghadiri mesyuarat ini mengesahkan kehadiran ahli  pada mesyuarat tersebut amat-amat merosot dan memalukan,hanya  40 ahli bekas anggota tentera yang hadir.  Sedangkan sedia maklum bahawa di sekitar Kuala Sepetang khusunya di Taiping ini mempunyai bilangan pesara tentera yang teramat ramai. Rata-rata yang hadir dalam mesyuarat tersebut adalah dilihat mereka yang hanya cenderong menyokong UMNO BN saja. Juga dimaklumkan ada sesetengah yang hadir  seketika kemudianya  angkat kaki  pulang apabila mendapat tahu perasminya ialah Ismail Saffian yang juga Setiausha sulit kana kepada MB Zambry Kadir. Sehingga begitu sekali bekas dan pesara tentera menolak mereka-mereka ini.

Juga dimaklumkan bahawa  pihak PBTM Kuala Sepetang ada memaklumkan bahawa ada terdapat 400 Lot tanah untuk  bekas anggota tentera disini pohon.  Perkara tersebut  telah disanggah oleh salah seorang  ahli  didalam mesyuarat dengan mengatakan ini semua kelentong besar. Mengikut sumber lagi  mengatakan janji-janji  kosong sedemikan sudah lama di lambakan kepada ahli PBTM sejak sekian lama. Hakikat sebenarnya sudah banyak permohonan tanah dibuat oleh ahli PBTM disini yang berkesudahan menanti dan terus menanti  hingga kini dan yang  berjaya dalam permohonan hanya dari puak kroni UMNO BN sahaja.  PBTM jelas dilihat sebagai sebuah persatuan  yang  berkepentingan politik terhadap UMNO BN saja. Mereka yang sanggup bodek dan ampu  terhadap kepimpinan UMNO BN saja mampu berada didalam-nya.

Satu perkara yang memalukan dan boleh dianggap gagal bagi PBTM Cawangan Kuala Sepetang ialah mengenai penyata keewangan yang di selitkan dalam dokumen minit mesyuarat tersebut. Bukan aku hendak mempertikaikan mengenai  urus tadbir segala jumlah didalam penyata tersebut yang dilihat baki akhirnya tak sampai  RM250 saja, apa yang menjadi muskhil dan pelik mengapa tiada tanda tangan dari Bendahari Kehormat dan 2 pemeriksa kira-kira..??? Adakah sah penyata akaun sedimikian dalam sesuatu mesyuarat..??  Amat memalukan sebuah persatuan yang konon-nya  gah membela bekas anggota  tentera Malaysia tetapi  menunjukan kelemahan dalam perkara asas sedemikian…Adakah penyata tersebut tidak ditanda tangan kerana menunjukan ada unsur-unsur  negetif…?? 1001 persoalan boleh ditimbulkan….hahaha….  

Ahad, 1 April 2012

Gempar..!!!! Kesan kemusnahan selepas lawatan OKU ke Taiping

Gambar yang dirakam pada 1 April 2012 jelas menunjukan kerosakan Padang Esplanade akibat lawatan  Muhyiddin 


2012 adalah tahun melawat negeri Perak..tidak hairan kalau ramai orang yang datang ke Perak sekali sekala untuk melancong ....tapi  agak menghairankan kalau datang berulang-ulang kali…baru masuk bulan mac dah berkali-kali dua Orang Kuat UMNO (OKU)  ini datang Perak..kejap Najib datang Perak tak lama kemudian  Muhyiddin pula datang..lepas Najib datang lagi kemudian  Muhyiddin ...Najib.. Muhyiddin ..Najib.. Muhyiddin ..begitulah mereka berdua silih berganti datang Perak.. Mungkin Zambry pun dah naik risau dengan gelagat dua OKU  ini..macam dah tak ada negeri nak ulang alik lawat..MB Haram Zambry Kadir pun naik pucat dengan keadaan ini…hahaha…

Kesan dari kekerapan dua OKU  ini ke Perak sudah ada kemusnahan yang jelas dapat dilihat dengan mata kasar sekarang, sekiranya  ke Taiping anda boleh lihat tapak kemusnahan iaitu sebuah padang dihadapan bangunan Majlis Perbandaran Taiping ( Padang Esplanade ) hancur,musnah dan lunyai akibat dari kesan tapak khemah gergasi untuk sebuah majlis pada 24 Mac lalu yang di rasmikan  Muhyiddin . Padang ini adalah tempat  orang ramai sekitar Taiping bermain ragbi, bola sepak dan lain-lain aktiviti sukan tapi sekarang telah rosak teruk kerana majlis OKU.

Mahyudin datang dalam masa hanya 1 jam saja ke padang esplaned tapi  kemusnahan padang terpaksa ambil masa berbulan mungkin bertahun untuk dipulihkan dan memerlukan kos-kos tertentu pula. Majlis Perbandaran pun satu hal…demi bodek OKU didahulukan,kemusnahan apa saja dilupakan..hahaha… 

Pada bulan april ini ada lagi kemusnahan yang bakal berlaku di Taiping…kali ini dengan 1 Platun tempur  berkekuatan 126 artis yang diketuai Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi… Nampaknya Menteri Pertahanan wajib  tukar  nama kepada Menteri  Pertahanan dan Hiburan…hahaha…  Kali ini Taiping Perak bukan saja hancur  pada lokasi  tapak program malah kemusnahan dari segi sosial akhlak anak muda.[ Klik Sini]

Orang Kuat Umno  datang semua musnah..!!!!