Pengikut

Ahad, 27 Januari 2013

UMNO kecewakan lebih 50 pasukan futsal di Perak: Gelanggang Digari..!!!

Apalah nak jadi...?

Sejak akhir-akhir ini tindakan UMNO semakin hari,semakin bodoh. Anak-anak muda nak bersukan pun di halang kerana mereka (UMNO) tak setuju dengan program yang mereka anggap dan rasa program tersebut semua-nya dari penyokong Pakatan Rakyat.

Jika sebelum ini aku kongsikan kisah "JKKK diusir keluar rumah serta merta sebab tukar fahaman politik" yang berlaku di dalam Parlimen Larut dan kali ini  kisah kejam yang sama juga berlaku di DUN Batu Kurau yang juga dalam Parlimen Larut.

Mangsa kekejaman dan kebodohan UMNO kali ini menyebabkan lebih 50 pasukan  futsal  yang terdiri daripada golongan muda di sini terpaksa bermain  futsal  untuk sebuah pertandingan fustal di padang bola yang lain kerana  gelanggang futsal yang sedia ada dikampung Pantai Besar, Batu Kurau telah dikunci oleh orang UMNO.

"Pintu masuk gelanggang ini tak penah digari sejak mula dibina,tapi kali ini digari kemas dengan menggunakn 3 gari yang baru dibeli hanya kerana esok ada kejohanan futsal anjuran Pas Larut" - Kata seorang penganjur pertandingan Fustal disini.
Gelanggang fustal di kunci... khas untuk orang UMNO saja main kat sini..
Sumber: FB


** UMNO tak bagi pertandingan  fustal kat gelanggang ini dibuat mungkin kerana pertandingan yang dianjurkan ini tiada unsur judi yang menjadi minat dan syarat pada UMNO...hahaha....



Kejam..!!! Sebab tukar fahaman politik JKKK diusir keluar rumah serta merta

Bukan sebab tak bayar sewa bulanan ataupun ada tertunggak sewaan bulanan,tapi hanya kerana berubah sokongan kepada bulan mereka sekeluarga diusik keluar dari rumah yang disewa mereka.

Paling menyedihkan apabila keluarga tersebut telah dijanji-kan oleh pemilik rumah tersebut untuk menjual kepadanya. Tapi disebabkan tak sokong UMNO..mereka sekeluarga dihalau keluar dari rumah.

Begitulah keadaanya, rakyat boleh menjadi  kejam dan zalim akibat taksub dengan pemerintahan yang zalim UMNO BN.

Kejadiaan ini berlaku didalam Parlimen Larut Perak, "Dulu dia janji nak jual terus rumah ni, saya baiki banyak dah rumah ni,tiba sekarang dia halau saya dan keluarga saya keluar dari rumah ni segera, sanggup dia gi potong elektrik dan air rumah ni.."

Ujar abg Baha yang mempunya 7 orang anak...beliau terpaksa angkut barang dan keluar segera dari rumah tersebut di Kg Sg Star.

" Saya ni JKKK dan pernah ditawar utk dilantik SU JKKK...saya tak boh (tak mahu) dan saya nak sokong PAS sekarang sebab tu lah tuan rumah orang kuat umno halau saya"- kata Abg Baha yang kecewa dengan perangai ahli UMNO di sini.

Rombongan Skuad Prihatin DUN Selama (SPDS) membantu abg Baha (Baju merah 2 dari kiri) angkut barang pindah rumah...
Sumber: FB