Pengikut

Ahad, 17 Februari 2013

Isu Artis KL Gangster Nafi Sertai PAS - Orangni mau kasi tau.....

Kisah sejengkal jadi sedepa dan dari sedepa jadi berjela-jela panjang kisahnya....itulah yang berlaku disebalik isu seorang artis tanahair yang Orangni siarkan dalam tajuk "Artis KL Gangster hadir ke-kuliah Timbalan Mursyidul Am PAS"  baru-baru ini.

Cerita asal yang sebenarnya ialah Orangni ada berkesempatan menemui sdr Adam Corrie dimajlis kuliah yang disampaikan oleh  YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din iaitu Timbalan Mursyidul Am PAS di Surau Maarof Simpang Taiping.

Orangni sempat berbual ringkas dengan sdr Corrie yang sporting setelah selesai majlis kuliah yang tiada kena mengena dengan program mana-mana parti, sebab tiada bendera politik dipasang disekitar majlis tersebut, akan tetapi diatas kapasiti Dato Dr Harun Din sebagai pimpinan kanan didalam PAS tidak salah Orangni mengunakan tajuk "Artis KL Gangster hadir ke-kuliah Timbalan Mursyidul Am PAS"

Segala jalan cerita penafian dalam Sinarharian Online memang betul dan yang mengubah van yang menghalang kereta sdr Adam corrie adalah Orangni sendiri.

Cuma Orangni agak tak berapa  seronok dengan beberapa entri blog yang mencedok (copy & paste) cerita asal tetapi  menokok tambah cerita hinggakan mengatakan Sdr Adam Corrie ahli PAS.
Orangni  langsung tidak menyatakan sedemikian, apa yang Orangni ketengahkan ialah artis menghadiri majlis kuliah dari Timbalan Mursyidul Am PAS bukan sertai PAS atau sudah jadi ahli PAS.

Diharap keseronokan mengunakan media baru ini janganlah berlebih-lebihan menambah rempah ratus didalam mencedok bahan,cedok bahan tidak mengapa tapi menambah rempah ratus berlebihan selalunya lari dari rasa asal-nya......hahaha....

Orangni juga berharap Sdr Adam Corrie teruskan pencarian ilmu Allah dimana saja demi Islam....takbir...!!!
................................................

Jangan Terkejut..!!! Najib letak jawatan PM dalam seminggu 2 lagi

Mengikut tweet terbaru dari YB Mohammad Nizar menyatakan " Jangan terkejut jika Najib meletak jawatan PM dlm seminggu dua ini memandangkan asakan dan desakan dalaman UMNO yang diketuai Tun M dan TPM"

Orangni tidak mahu hurai panjang isu Najib jika hendak letak jawatan sebagai PM, letak-lah bila-bila masa pun sebab sememangnya amat dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia. 

Pergolakan dalaman UMNO diperingkat pusat memang sudah diketahui ramai,bau busuk masaalah dalaman UMNO sudah tidak boleh dihilangkan bau-nya lagi.

Isu broker kuasa dalam UMNO sudah banyak kali di dedahkan oleh blogger yang pro UMNO sendiri.
Foto dari Blog UMNO: Team Tun M  sudah mula mengankat  Muhyiddin sebagai penganti Najib
Tun M dikatakan broker politik UMNO  yang paling berkuasa dalam UMNO untuk  menentukan jawatan PM di Malaysia sekiranya UMNO BN masih berkuasa. Jadi tidak mustahil Najib bakal meletakan jawatan atau dipaksa letak jawatan akan berlaku dalam waktu terdekat ini.

..................................................