Pengikut

Selasa, 26 Februari 2013

Kerana Dendam YB Rosli Buat Tak Tahu Rumah Ketua Wanita UMNO Di Hempap Pokok

Gambar sekadar hiasan
Kampung Dew Bukit Gantang -- Sepasang suami isteri nyaris maut apabila sebatang pokok kelapa sawit tumbang di atas rumahnya di Kampung Dew Bukit Gantang, dekat sini.

Kejadian yang berlaku pada  25  Feb  sekitar jam 6:00 petang  menyebabkan baha­gian dapur rumahnya rosak teruk terutama di bahagian bumbung dan dinding dapur.


Che Su Bt Zakaria, 48, yang juga Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Dew dikatakan ketika kejadian sedang bersama suaminya, Ghazali B. Ishak 52, menonton TV.

Rumah Ketua Wanita UMNO ini memang ber­ada berhampiran ladang kelapa sawit dan berkemungkinan kejadian ini berpunca daripada batang pokok kelapa sawit yang sudah reput kebetulan pada semalam hujan lebat bersama angin kencang berlaku disekitar Taiping dan Bukit Gantang.

Kejadian ini telah dimaklumkan oleh Ketua UMNO Cawangan Sdr.  Azman Ismail kepada Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang YB Dato Rosli Husin yang juga ADUN Terong selepas kejadian semalam.


Namun tiada apa-apa  tindakan selanjutnya diambil oleh YB Rosli, malah  YB Rosli tidak turun pun melihat rumah Ketua Wanita UMNO yang ranap dihempap pokok tersebut. 

Menghairankan juga tiada seorang pun wakil dari UMNO Bukit Gantang turun melihat lokasi kejadian.

Berikutan itu penduduk Kampung Dew telah sepakat hari ini membantu keluarga Wanita UMNO dengan bergotong-royong membaiki bahagian rumah yang rosak dengan kos yang menelan hampir RM800.

Rata-rata penduduk di Kampung Dew disini amat kecewa dengan sikap tidak ambil peduli seorang Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang terhadap masaalah bencana alam yang dihadapi penduduk kampung. Begitu juga sikap Ketua Kampung disini yang turut tidak ambil tahu apa yang berlaku.

Orangni di fahamkan YB Rosli dan semua orang kuat UMNO Bahagian Bukit Gantang berdendam dengan penduduk kampung Dew kerana pernah mengadu beberapa masaalah berkaitan  sungai,kolam udang haram dan kelip-kelip yang menjadi aset pelancong kepada  Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar suatu masa dahulu. (Klik Sini)
Adakah kerana beberapa sumbangan DSN kepada penduduk Kg Dew menjadi punca  YB Rosli  berdendam




Isnin, 25 Februari 2013

Ust Kazim Pernah Jadi Bomoh Politik..?

Politik Bomoh dan Bomoh Politik kedua-duanya sama saja. Politik Bomoh adalah cara Tok Bomoh bermain politik dalam kerjayanya,manakala Bomoh Politik hanya popular dikala hampir berlaku pilihanraya dan ketikanya PRU atau  PRK. Orangi ni buka nak mengulas pasal kerjaya perbomohan ini,cuma ingin menyentuh kenyataan media hari ini yang bertajuk "Guna bomoh untuk menang pilihan raya".


Cerita orang politik menggunakan bomoh untuk memanjangkan karier politik mereka bukan sesuatu yang baru kerana sering diperkatakan sebelum ini.


Memang sukar untuk percaya dalam zaman moden ini masih ada pemimpin yang melakukan perkara-perkara seperti itu demi mencapai cita-cita politik, tetapi memang tidak mustahil ia masih berlaku.


Menariknya cerita Guna bomoh untuk menang pilihan raya inilah memaparkan pendedahan ringkas tanpa imbasan khusus kepada mana-mana individu ahli politik yang diwakili, konon-nya Ustaz Mohd Kazim Elias mendedahkan beberapa pemimpin parti politik pernah menemuinya untuk mendapatkan petua agar lebih disenangi rakyat.

Wah..!! Rupanya Ust Kazim pernah jadi tempat ahli politik tanahair minta khidmat petua macam Tok Bomoh... Hebat..!!!

Ust Kazim terima-kah permintaan ahli politik tersebut..????

Siapa pemimpin tersebut..????

Dari parti politik manakah pemimpin yang Ust Kazim maksudkan..UMNO,MCA,MIC,PPP,PBB,DAP,PKR atau PAS....?????

Bukan Orangni meragui kenyataan ringkas Ust Kazim tersebut, cuma amat perlu Ust Kazim bagi sedikit klu-klu siapa gerangan pemimpin tersebut. Jangan main cakap saja...hahaha....

Tak jadi hal rasanya kalau Ust Kazim bagi tahu siapa pimpinan tersebut atau bagi sindiran macam yang selalu Ust Kazim buat dalam siri-siri ceramah sekarang, sebut warna pun jadilah.....hahaha...