Pengikut

Selasa, 9 Julai 2013

Kenapa YB Jadi Sangat Sibuk Di Bulan Ramadhan Kali ni..???

Tahukah anda bahawa Ramadan tahun ini boleh dikatakan akan menjadi satu bulan yang sangat sibuk untuk ahli-ahli politik terutamanya pada mereka yang bergelar Ahli Parlimen, Orangni rasa yang terlibat jadi sibuk hanya dikalangan YB dari PAS dan UMNO saja...yang lain tu tak kot...hehehe...
Selalunya aktiviti politik biasanya berkurangan semasa bulan puasa yang menjadi tempoh refleksi rohani bagi umat Islam di mana sikap buruk seperti bercakap tentang keburukan orang lain tidak dilakukan, tapi tahun ini semuanya agak berubah. Hentam menghentam dalam Dewan Rakyat akan diteruskan...hahaha..
Dah tu sampai lewat malam pun YB-YB akan bersidang,hinggakan berbuka puasa dan bersolat terawih pun di dalam Parlimen, bersahur kat mana entah la...dan tentunya menyebabkan ahli politik di negara ini akan mempunyai rehat yang sedikit..Mmmpp rehat sedikit tak apa...janji tanggungjawap banyak diselesaikan dari rehat banyak habuk pun tarak..haha....
Selain Dewan Rakyat yang dok bersidang, Ahli politik dari Umno dan PAS juga perlu bersedia untuk menentang satu sama lain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut 24 Julai ini...fuh..!!! Kesibukan yang agak melampau ni...hehe..

Lepas bersidang diKL (Parlimen) Zupppp..... ke Kuala Besut,pup-pap-pup-pap kerja politik kat area PRK....Zupppp...ke Parlimen bersidang...pergi-balik-pergi-balik....memang sibuk....Taaaaapiiiiii....(Dengan Izin ) many can claim tu....hehehe.....
Apapun diharap kepada YB-YB semua dapat menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang kesibukan ini...mana nak tahu,malang tak berbau...tup-tup satu lagi PRK selepas N1...hahaha....

Pendedahan Tentang Calon PAS PRK Kuala Besut

KUALA BESUT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan,  Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long(gambar) seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Kuala Besut.

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru. Rumahnya hanya setengah kilometer sahaja dari Markas Besar PAS untuk pilihan raya kecil ini.

Ini adalah pertama kali beliau menjadi calon PAS walaupun selama ini beliau adalah penyumbang kewangan utama untuk PAS.

Ustaz Abdul Hadi memperkenalkan Che Long dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.

Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.

Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

PRK itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut.

Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi.- Harakahdaily