Pengikut

Rabu, 4 Jun 2014

MEJAR ZAIDI DI DAKWA

JEMPUT DATANG SEMUA

Salam BERSIH,
Untuk makluman semua, perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad akan bermula semula pada:
Tarikh : 10 Jun - 12 Jun 2014. Masa : 9.00 pagi Tempat : Kompleks Mahkamah Tentera Pangkalan TUDM, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur
Untuk pengetahuan semua, Mejar Zaidi telah didakwa dengan 7 tuduhan atas tindakan beraninya membuat laporan polis pada 1 Mei 2013 yang lalu mengenai isu dakwat kekal.

Akibat daripada itu, Mejar Zaidi kini berhadapan tindakan Mahkamah Tentera setelah didakwa melanggar etika/peraturan Angkatan Tentera Malaysia.

Bagi pihak BERSIH 2.0, kami mempertahankan Mejar Zaidi dan menekankan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah, malah telah pun menunjukkan kesetiaannya terhadap negara dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap isu dakwat kekal.

Oleh yang demikian, BERSIH 2.0 menjemput rakan-rakan sekalian untuk hadir bersama ke Mahkamah Tentera Sg Besi pada tarikh seperti dinyatakan di atas untuk menunjukkan sokongan moral kepada Mejar Zaidi dan keluarganya. Kita harus berdiri bersama Mejar Zaidi yang mana pada ketika ini berhadapan dengan hukuman penjara jika disabitkan sebagai bersalah.

Peringatan Penting:
1. Apabila anda tiba di pintu masuk utama, anda harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan pas masuk. Sila beritahu anda dari organisasi mana.
2. Setelah mendapat pas masuk, anda kemudian harus memandu/menunggang kenderaan ke dalam kompleks mahkamah. Jika menaiki teksi, sila turun di dalam kompleks, Perjalanan dari pagar ke Kompleks Mahkamah adalah sejauh 2 KM.
3. Anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, laptop atau apa-apa alat rakaman ke dalam Kamar Mahkamah. Pihak keselamatan mahkamah akan meminta anda meninggalkannya di dalam peti simpanan diluar mahkamah. (dinasihatkan untuk menyimpan alat-alat ini di dalam kereta)
4.Alat tulis dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kamar Mahkamah. 
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mandeep/Adam di talian 03-77723275/019-4380428


Kehadiran pihak anda adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.


copy paste from Tukar Tiub

Selasa, 3 Jun 2014

TERBONGKAR..!!! PM Najib Lakukan Amalan Syirik dan Haram Di-Sarawak [Bergambar]

Sila baca artikal dibawah ini:

Miring

Tarikh Keputusan: 
 9 Dec, 1995
Huraian Tajuk/Isu: 
Kertas ini membincang tentang amalan upacara Miring yang dijalankan oleh masyarakat Iban. Hukum tentang Miring ini diperlukan kerana ianya telah menjadi acara sambutan oleh masyarakat tersebut bila tetamu melawat ke tempat mereka. Ini kadang-kadang melibat tetamu Islam sama ada mereka dijemput melakukan Miring atau berada dalam majlis tersebut. Setelah mengkaji secara mendalam dan membincangkan secara terperinci kertas tersebut, maka ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak dengan sebulat suara berpendapat seperti berikut :-
Keputusan: 
Bahawa amalan Miring yang diamalkan oleh Masyarakat Iban dalam pandangan Islam adalah haram kerana ianya amalan keagamaan dan berunsur syirik.
Orang Islam adalah dinasihatkan jangan mengambil bahagian dalam upacara Miring - http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/miring-0
 Korang tengok gambar dibawah ini:
** Agaknya Jakim dan majlis fatwa Malaysia akan ubah upacara Miring ini menjadi halal seperti mana isu cokelat Cadbury..???? Sama-sama kita semua tunggu...hahaha......